LEBUHRAYA SESAK BUKTI GST MENGUNTUNGKAN RAKYAT

11.3.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

LEBUHRAYA SESAK BUKTI GST MENGUNTUNGKAN RAKYAT. Lebuhraya memang jarang nak lengang kalau musim cuti. Tu hakikatnya.. Kalau lebuhraya kat ibukota ni memang sentiasa sesak sebab jalan tu di gunakan orang untuk berulang alik pergi kerja. Tapi kalau benda tu menjadi ukuran beban atau tak rakyat malaysia memang rasa nak tawa dalam tangisan jugak la.


Kalau dari BN ni bukanlah aku nak kutuk tapi kenapalah kebodohan ahamad maselan di warisi oleh ahli2 yang lain. Terbaru statement Wakil rakyat Bagan Serai (BN) yang katanya lebuhraya masih sesak, umat islam masih mampu menunaikan umrah, rakyat malaysia masih mampu melancong ke luar negara sebagai bukti perlaksanakan GST menguntungkan rakyat katanya. Kenapalah kau bagi contoh highway... Bagilah contoh IKEA. Kat situ lagi menguatkan hujah bahawa GST tak pernah membebankan pengunjung IKEA. Mereka masih boleh bershopping & makan MeatBall tanpa was was walaupun terpaksa bercium bontot sesama sendiri. Lepas habis shopping mereka kembali ke alam maya mengeluh tentang kenaikan kos sara hidup di Malaysia yang semakin tinggi.

Sumber pixelmedia

Bila suara mewakili kepala hotak menteri2 yang hidup mewah maka yang kedengaran memang menusuk ke jiwa la. Makan pun kalau kat luar banyak di taja. Singgah pasar malam pun berpusu2 peniaga nak sedekah makanan kat depa walau dah kaya.. Singgah makan kat mana2 restoran pun berebut tokei restoran nak belanja.. Mana la nak rasa beban. Kita ni jangankan pakcik jual nasi lemak nak sedekah... Makcik jual kuih minta karipap sebiji free pun belum tentu dia bagi. Nak makan sesudu gula pun kena beli apatah lagi sewan teh o suam. Lebuhraya sesak tu dah itu ja laluan orang nak pergi cari rezeki. Memang la masih ada yang pergi melancong ke luar negara.. tapi bukan semua yang mampu.

Minta wakil2 rakyat ni.. Jadilah wakil kepada rakyat yang betul2 memahami keperluan & kesusahan rakyat. Bukan sekadar nama je wakil rakyat tapi keluarkan pendapat & idea yang tak pernah mewakili suara rakyat tapi lebih kepada mewakili poket sendiri. Tak guna la di angkat sebagai wakil rakyat kalau asyik dok cakap mewakili tekak sendiri je. Berhentilah mengeluarkan hujah2 bodoh yang menyakiti hati rakyat. Dah tua2 pun bodoh.

Ni la punca rakyat mula memberontak & melanggar undang2 bila perasaan hormat kepada pemimpin negara mula hilang. Macam mana nak #RespectMyPm kalau MyPM pun buat buta tuli je dengan kesusahan rakyat. Maka terpaksa langgar undang2 & peraturan demi menampung keperluan hidup macam buat benda ni >> Inilah Peraturan Yang Semakin Malas Orang Nak Ikut << Kalau pemimpin tak pernah hiraukan kesusahan rakyat maka mereka akan buat apa sahaja untuk protes termasuk membuat perkara yang melanggar undang2 & peraturan. Kalau ikut rules sangat mungkin protes tu tak bagi kesan sangat katanya. Kena buat yang extreme sikit. Sebab pemimpin sekarang jenis tak tau malu & macam tak ada hati je.

Moral of the story.. kita doakan semoga wakil rakyat & pemimpin negara berotak di kepala seperti manusia normal bukan berotak di lutut.

2 comments:

  1. Dia tak tahu berapa lama pulak nak kena ikat perut simpan duit nak pergi umrah, melancong, bercuti bagai tu. Habis tu nak tengok je golongan orang kaya pergi ke luar negara?! Kita pun nak merasa jugak, tapi bila dapat peluang pergi dikatakan kita tak susah, nampak senang.
    Pasal lebuhraya sesak, dah itu jalan utama nak pergi kerja, ditambah dengan penambahan kenderaan yang banyak di atas jalanraya memanglah sesak.
    Tang mana untungnya rakyat..?!
    Tu pasal sekarang ada je yang memberontak sebab orang2 macam ni lah.. ish.. geram pulak kite baca statement dia tu..

    ReplyDelete
  2. ishhhh!!! kalau la akak ni ada ilmu itam dan tak pikir dosa pahala nak je aku sumpah diorang ni jadi cicak tokek...kadang2 cakap main sedap mulut je tak sedo bumi yg di pijak langgit yg di junjung...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!