MAKANAN JALANAN PENUH KEJU, BUAT ORANG RASA BERDOSA TAK CUBA

27.3.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

MAKANAN JALANAN PENUH KEJU, BUAT ORANG RASA BERDOSA TAK CUBA. Tu dia sampai berdosa bagai teruk jugak la. Apa sangat buat sampai makanan ber cheese ni jadi berdosa pada orang orang. Mana tak berdosa ja kalau sampai mengugat nafsu orang kan. Nak2 lagi nafsu orang tengah berdiet ni.. Memang satu dosa jugak la bagi mereka. Yelah rasa macam satu dosa je kalau tak beli makan. Tu la kot dia di gelar makanan paling pendosa yang ada di jalanan. Tapi kalau dah kau tinggal kat malaysia terpaksa kena hadap jugak la dugaan makanan yang di jual merata rata yang mampu buat kau berkembang mekar bagaikan sepohon pokok yang cukup baja. hahahaa


Sekarang ni semua nak upgrade makanan dengan letak cheese. Sampai makan nasi pun ada menu yang di campur cheese. tapi aku ada benda yang boleh terima kalau di campur dengan cheese & ada makanan yang aku rasa tak matching kat tekak aku kalau letak cheese. Macam pisang goreng cheese tu sampai sekarang aku tak pernah makan sebab aku rasa macam kombinasi yang meloyakan. Sebab pisang tu dah di goreng dalam minyak.. lepas tu letak pulak cheese. So, macam tak menepati selera aku je walau belum pernah rasa. Tapi nak buat macam mana tak ada keinginan nak cuba kan.. So, pisang goreng cheese memang tak berjaya la menaikkan nafsu serakah aku. hahahaha

Dulu aku tak suka kek keju @ cheese cake & pernah trauma sebab kena food poisoining masa pregnant 6 bulan lepas makan cheese cake. Lama jugak aku tak makan tapi sekarang jadi suka juga tapi bukan la selalu aku makan. Cuma kalau nak makan tekak aku dah boleh terima. Dulu aku tak minat sangat spaghetti cabonara sebab letak cheese tapi sekarang dah boleh terima. Pendek kata.. dulu memang tak suka sekarang cinta mula berputik dengan cheese je cuma masih bukan semua makanan ber cheese ni aku boleh terima.

Tapi.. yang ni aku tak tau samada aku boleh ke terima.. Makanan tempatan yang di upgrade letak cheese. Almaklum la zaman sekarang ni semua nak di hipster.. di western kan.. Maka bukan perkahwinan je campur. Makanan pun dah hadapi transformasi percampuran antara timur & barat. Tak tau berdosa ke tidak aku share makanan ber cheese ni dengan korang tapi kalau korang nak tengok boleh tengok kat sini >> Inilah Makanan ber cheese Yang Mungkin Buat anda Rasa berdosa kalau tak cuba <<

Ada berani cuba? Kalau aku macam tak berapa taste je.. Pan Asia sangat bagi aku perkahwinan campur antara makanan ni dengan cheese ni. Aku kan melayu asli hahahhaa.

3 comments:

  1. Amboiii... Sampai berdosa tu ekstrem sgt tuh... Huhu

    ReplyDelete
  2. saya suka keju..yg blom try lg karipap n satay cheese. tq for sharing

    ReplyDelete
  3. pelik je tgk gambar karipap cheese tu..huhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!