PELAWAK PIE ANGGAP FITNAH 'DAH MATI' SEBAGAI DOA UMUR PANJANG

25.3.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

PELAWAK PIE ANGGAP FITNAH 'DAH MATI' SEBAGAI DOA UMUR PANJANG. Mungkin dah jadi trend kot pengamal media sosial sekarang. Nak cepat dapat rating & traffic buat je fitnah artis meninggal dunia. Bukan sorang dua artis yang kena malah dah ramai. Nak2 lagi yang sedang uzur yang tu la jadi sasaran depa nak menyebarkan berita palsu konon dah mati. Gamaknya seronok sangat kot kalau ada selebriti yang meninggal dunia ni.


Mangsa terbaru pelawak & pelakon Pak Pie.. Di katakan meninggal dunia. Tapi pak pie ni memang sempoi dari dulu sampai sekarang. Bila orang tanya komen dia pasal fitnah dia dah meninggal dunia tu dia just cakap.. Tu yang akan buat umur dia makin panjang katanya. Hahaha... Apa nak kesah kan pak pie. Tak payah nak touching sangat. Sebab soal hidup mati ni tertulis sejak azali. Bukan kerana fitnah orang nyawa kita jadi pendek bagai.


Biarlah attention seeker mencari publisiti murahan dengan menyebar berita berita palsu macam tu. Sampai masa nanti buku akan bertemu ruas. Mungkin sekarang depa masih berada di zon selesa & boleh buat perkara terkutuk macam tu tanpa risau di kenakan tindakkan atau menerima pembalasan di dunia. Sampai satu masa setiap perbuatan ada balasan.

Gambar terkini Pak pie & cucu

Buat penyebar berita palsu tu.. Ingat hari ni kita sihat & tak rasa was was nak memfitnah orang dah mati jangan nanti sampai ajal kau mati mereput sorang sapa pun tak tahu. Sebab orang malas nak ambil pot pasal kau yang suka sangat mematikan orang hidup semata mata nak meraih perhatian untuk kepentingan peribadi & mungkin untuk cari duit.

Orang - orang macam ni aku kategorikan terlebih bijak mungkin sebab masa belajar dia tak cukup makan & rehat sebab kena buat benda2 ni bagi menampung keperluan hidup dia di kampus >> perkara yang pelajar IPT terpaksa buat untuk pastikan terus hidup & dapat meneruskan pengajian sehingga graduate << Tu sebab habis belajar bijak yang dia ada buat orang rasa nak pijak. Hidup kalau stress memang boleh mengubah manusia jadi tak berapa manusia.

Moral of the story.. Bergurau tentang hidup & mati orang lain adalah gurauan paling kurang ajar. Tak guna belajar tinggi2.. boleh buat kerja hanya dengan hujung jari. tak perlu berpanas.. duduk kat rumah tekan2 kebot pun dapat duit tapi cara mencari sumber rezeki tu adalah dengan cara menyebar fitnah tentang orang lain. Betapa rugi ilmu yang ada dapat kalau sekadar hanya pandai menabur fitnah.

2 comments:

  1. Semoga pak pie sihat selalu... Amin...

    ReplyDelete
  2. entah apa la tujuan nya si penyebar fitnah ni..kalau dia nak page,blog dia dapat view tinggi, berapa sen sangat la yang dia dapat dari page dan blog ni?/ada ke sampai sejuta..adoi..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!