PENDEDAHAN PILOT,CREW CABIN & ENGINEER SYARIKAT PENERBANGAN MAS

16.3.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

PENDEDAHAN PILOT,CREW CABIN & ENGINEER SYARIKAT PENERBANGAN MAS. Baca tajuk je mesti ramai nak tahu apakah pendedahan yang dibuat kakitangan MAS ni. Dah la baru2 ni isu MH370 kembali di perkatakan lepas katanya serpihan pesawat di temui di pulau reunion. asyik jumpa serpihan pesawat tapi tetap tak ada kaitan dengan MH370 je. Gamaknya banyak kot pesawat penumpang yang pernah hilang dalam dunia ni.


Dalam apapun pekerjaan memang tanpa minat atau cintakan kerjaya tu mustahil la mampu bertahan kan? Kalau buat kerja semata mata sebab nak dapat gaji untuk menampung keperluan hidup.. memang susah nak ikhlas. Apatah lagi meletakkan diri dalam risiko macam bekerja dengan syarikat penerbangan. Nak kena ada minat jugak.. baru kita enjoy buat kerja & bersungguh bila bekerja. Nak mencapai bidang yang kita suka bukan semudah cakap je kena usaha. Sebab yang malas usaha la kadang2 dia kerja dalam bidang yang dia tak minat. Sebab bidang yang dia minat mungkin memerlukan kecemerlangan dalam akademi tapi pergi sekolah asyik panjat pagar jer.. nak cemerlang celah mana ye dak?

Macam tu jugak kalau ada di kalangan adik adik yang berminat nak bekerja dengan MAS.. jangan ingat muka lawa & ensem jer boleh jadi pramugara & pramugari. Kalau result asyik dakwat merah jer.. maybe kau boleh kerja dengan MAS cuma bukan jadi krew kabin la.. Apatah lagi kalau nak jadi pilot atau Aircraft engineer. Kalau setakat result asyik cukup2 makan je maka kau kerja pun nanti mungkin gaji cukup2 makan.

Pada mereka yang mungkin ada impian nak jadi pilot,kabin crew atau aircraft engineer tu elok la baca pendedahan dari kakitangan MAS ni sebelum buat keputusan menjebakkan diri dalam bidang tu. Bukan apa takut menyesal di kemudian hari jer. Penting kita selidik dulu pekerjaan yang kita nak pilih supaya pilihan kita tu pilihan tepat. Apa yang kita nampak sekarang macam best jer jadi pilot, cabin crew & aircraft engineer tapi di sebaliknya kita tak tahu. Jadi meh baca kat sini pendedahan yang di buat kakitangan MAS ni >> Minat Nak Jadi pilot,cabin crew & aircraft engineer MAS, anda mesti baca pendedahan ni dulu <<

Amacam?? best ke lepas baca pendedahan dari kakitangan MAS ni. Kalau rasa best.. teruskan impian anda tapi kalau rasa macam tak best sila cipta impian lain. hehehee

Moral of the story.. apapun kerjaya yang di pilih, untuk berjaya memang kadang2 menuntut pengorbanan yang besar. Tak ada jalan mudah untuk mencapai cita cita.

1 comment:

  1. akak masa diorang jumpa serpihan sana sini tu teruja gak...tapi tetiba cakap bukan MH370 terus longlai balik...masih tertanye2 apa la nasib para penumpang dalam kaptebang tu kan...moga Allah rungkai segala rahsia sikit masa lagi....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!