PERSONALITI PEMINAT KERETA AUDI YANG TAK ADA PADA PEMILIK KERETA PROTON

21.3.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

PERSONALITI PEMINAT KERETA AUDI YANG TAK ADA PADA PEMILIK KERETA PROTON. Almaklum kita ni cuma mampu guna local produk je. Proton la yang di lenjan setiap hari. Proton la banyak berjasa mengusung ke hulu hilir. Nak pergi kerja... nak bawa anak bini jalan jalan.. nak balik kampung.. nak pergi bercuti dalam negara.. kereta tu la banyak berjasa walau orang gelar kereta tin sardin bagai. Tapi tu la..nak demand Audi memang di luar kemampuan la jadi biarlah tak bergaya asalkan tak papa kedana nak kena bayar hutang kereta mewah.


Aku pernah kerja di company dealer kereta. Aku kerja kat branch dealer proton. Tak di nafikan banyak komplen yang tiap2 hari aku kena dengar walaupun bukan kerja aku sebab masa tu tak ada customer service lagi. Lepas setahun kerja baru depa ambil seorang untuk customer service. Maka aku la selalu jadi mangsa bila semua menolak jawab call customer yang keep calling sampai cair taik telinga orang nak dengar.. aku la di kambing hitamkan. Tugas aku cuma pinjamkan telinga & jawab.. ye cik/puan/encik/tuan.. nanti saya bagitau kat person in charge untuk selesaikan masalah cik/puan/encik/tuan. Tapi semua Sebabnya nak marah sales person pun tak boleh depa cuma jual kereta. Nak salah dealer pun bukan depa yang buat kereta tu.. Semua pun terpaksa jadi kambing hitam jugak kalau berkaitan masalah kualiti kereta ni.

Apapun semua tu tinggal kenangan dah.. Dah lama aku tak perlu nak kelam kabut bersiap pergi ofis sambil mengira hari isnin sehingga jumaat. Sekarang ni hari hari ku.. adalah bersama rutin tetap. Kadang2 sampai lupa hari pun ada. Punya la tak alert dah hari apatah lagi haribulan sejak jadi penunggu rumah ni.

Lain kereta lain personaliti peminatnya. Kalau guna kereta proton ni personaliti sesorang mustahil la di gambarkan macam pemilik kereta audi macam ni.. >> 7 Personaliti Yang Peminat Kereta Audi << Konon yang pakai kereta Audi ni tergambar yang hebat2 belaka lah yer.. Yelah tu kan? Depa tak tau yang pakai kereta tin sardin ni lagi hebat personaliti yang tergambar. Walaupun pakai proton je ada yang bawa macam ferrari tu.. hahahaha

Apapun kereta kita pakai.. personaliti yang kita tonjolkan.. Yang penting bawa kereta tu jangan buat macam jalan raya macam hak milik peribadi. Kereta mungkin kita punya.. tapi jalan raya ramai yang bayar cukai jalan jugak. harap maklum

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com