RAHSIA DISEBALIK PENYEMBUR CEGAH NYAMUK JENAMA TIGER BALM

3/11/2016 03:45:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

RAHSIA DISEBALIK PENYEMBUR CEGAH NYAMUK JENAMA TIGER BALM. Tu dia.. Ni entri pendedahan berani kena saman punya. Apa nak takut sebab aku ada bukti mengatakan produk Tiger balm menipu pengguna. Tapi bukan semua la.. Cuma untuk produk pencegah nyamuk je la. Yang lain2 aku tak ada bukti nak cakap dia menipu. Alkisahnya aku ada beli Tiger Balm semburan cegah nyamuk ni dalam seminggu ke dua minggu lepas. Lupa pulak. Almaklum la.. rumah aku sejak projek menaikkan kondo depan rumah aku ni sedang di jalankan, makhluk halus semakin banyak. Report bahagian pengurusan apartment ni pun sampai sekarang tak ada action. tak nampak pun ada aktiviti fogging di buat. Solution terpaksa la kita sendiri membenteras nyamuk di rumah masing masing.


Maka salah satu cara adalah beli semburan cegah nyamuk Tiger balm selain beli racun serangga & ubat nyamuk chip tu. Tapi sejak seminggu ni aku perasan semburan cegah nyamuk tiger balm ni macam ada sesuatu rahsia tersembunyi. Sebab tu penting untuk kita ber eksperimen dengan produk yang kita beli. Jangan lurus bendul je guna.

Alkisahnya pada satu malam masa aku sedang menonton TV bersama anak & suami, tiba2 datang seekor lipas kecil. Nama spesis lipas ni aku lupa.. tapi spesis yang kecik & tak boleh terbang la. Bukan anak lipas yer.. Dia memang spesis tumbersaran terbantut. Dia meronggeng baik punya tepi aku.. sebab terkejut tindakkan drastik aku ambil penyembur cegah nyamuk tiger balm ni terus spray lipas tu. Mengeliat dia sebelum mati. Tak sangka pulak.. semburan pencegah nyamuk ni berfungsi untuk membunuh lipas. On the spot pulak tu dia mati. Tu kes pertama


Kes Kedua.. almaklum ada anak kecik ni kan. Makan biskut bersepah. Minum Yakult @ Vitagen menitik2 ke lantai. Datanglah tuan/puan semut tanpa di undang. Ni pun tindakkan drastik jugak aku buat. Sembur la pencegah nyamuk tiger balm. Semua itu lari membawa diri ke pangkal jalan. Nak test keberkesanannya lagi.. Aku sembur tempat2 yang semut suka dok buat port berpicnic. Memang selagi ada bau benda tu dia tak datang.

Betul2 penipu kan Tiger Balm ni. Kata penyembur cegah nyamuk rupanya boleh guna untuk bunuh lipas & cegah semut jugak. Sampai hati dia tak mention dari awal. Sanggup dia rahsiakan benda ni dari pengetahuan pengguna. Yang bestnya sebab ia selamat di sembur pada kulit & pakaian. Anak aku pun dah tak berbintat kena gigit nyamuk lagi bila sembur Tiger balm ni. Jadi setiap malam aku akan sembur pada tilam & selimut & baju anak aku. Bukan je boleh cegah nyamuk malah cegah semut & lipas jugak. Boleh tidur & hidup dengan aman.


Kini penipuan Tiger Balm dah terbongkar.. Jadi korang yang ada beli produk ni takkan tertipu lagi. Korang tak guna produk ni semata mata untuk cegah nyamuk lagi.. Korang dah tahu kan fungsi rahsia yang selama ni korang tak tahu. Biasa la manusia... memang suka sangat la cuba benda yang orang tak suggest. Kadang2 jadi baik & kadang2 tak buruk. Sebab kita manusia ni memang jenis tak suka sangat ikut peraturan terutama peraturan yang macam ni >> Inilah Peraturan Yang Orang Rasa Leceh Nak Ikut << Orang suruh guna untuk cegah nyamuk dia guna untuk bunuh lipas pulak. Untung berkesan. Kalau tak membazir je kan? hahahaha

Moral of the story.. Cegah nyamuk sebelum denggi. sekian terima kasih

3 comments:

  1. Terbaik! Hahaha...lain kali boleh la sy cuba beli.

    ReplyDelete
  2. Biasa produk2 mcm ni boleh didapati kat farmasi tempat anda tinggal. Juga kat Guardian atau Watson

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com