SERAM! NAMPAK 3 KEPALA BERGOLEK ATAS KATIL HOTEL DI SUNGAI PETANI

26.3.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

SERAM! NAMPAK 3 KEPALA BERGOLEK ATAS KATIL HOTEL DI SUNGAI PETANI. Semalam dah ada cerita seram.. Malam ni ada lagi. Amboi semangat menyeramkan orang kembali berkobar kobar di ruangan seram serik lekatlekit. Almaklum la sebelum ni asyik cuti je manjang. Bukan apa sekarang ni kekangan masa tu buat masa nak menggodek kisah kisah seram macam tak berapa sempat. So, jika ada kesempatan macam ni boleh la melangut lama sikit cari kisah seram yang boleh di share kan.


Malam ni aku nak share satu kisah seram yang berlaku pada seorang hamba Allah yang menginap kat salah sebuah hotel di sungai petani, kedah. Tu dia.. sapa2 yang pi sungai petani mesti cuak nak cari hotel. Mana tau ter check in kat hotel yang di maksudkan.. mesti tak lena tidur. 

Alkisahnya bermula bila seorang hamba Allah ni ke sungai petani. Kali pertama dia menjejakkan kaki kat pekan tu adalah pada tahun 1998. Di akui suka dengan suasana hijau & damai kat situ tapi bukan hotel yang di check in. Katanya Kali pertama menjejakkan kaki di perkarangan hotel tersebut dah macam macam perasaan dia rasa. perasaan sayu, cemas, gerun, takut dan sedih dah mula menguasi hati dia. Waktu dia sampai ke hotel tu pun dah pukul 6.30 petang katanya.

Dia dapat bilik di block baru. Bila masuk dalam bilik dia dapati bilik itu seperti sudah lama tak didiami, dipenuhi habuk dan terdapat sawang di siling. Di dalam bilik itu, dia rasa macam sedang diperhatikan. Tingkap bilik dia mengadap pokok sukun yang sederhana besarnya. Mengikut kata orang-orang tua, pokok sukun nie ada hantu yang suka menumpang. Atas sebab tu dia pun segera meminta pihak hotel menukar bilik dan alhamdulillah, mereka memenuhi permintaan dia. Dia tinggal di hotel itu selama lebih kurang dua minggu tanpa ada sebarang gangguan pada permulaanya.

Kali kedua dia ke pekan sungai petani, dia tempatkan di hotel yang sama. Tapi kali kedua  dalam Tempoh lebih panjang sikit, lebih kurang dua bulan setengah. Bilik dia kali ni tak jauh dari bilik lama masa kali pertama dia datang dulu. Minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Keadaan menjadi sebaliknya apabila masuk minggu ke dua. Setiap malam dia  terjaga pada pukul 2 pagi dan tidak boleh melelapkan mata sehinggalah pukul 6 pagi. Memang seksa juga la dia rasa. Malam tak boleh tidur.. pagi2 dah kena masuk opis. Tak payah tanya pasal eyebag bagai la.. Panda pun tak mampu lawan kecomelan dia masa tu. hahaha

Entah mana macam dia terfikir, mungkinkah mereka tahu keadaan sebenar hotel diorang tapi tak nak takutkan pelanggan, almaklumlah, nanti tak ada bisnes. Tambahan pula, menurut kata pihak hotel, bilik baru ni terletak tidak jauh dari meja receptionist. Diorang dah siap angkut barang² dia dan letakkan kat bilik baru. Lega la sikit hati dia masa tu padahal dia tak tahu di situlah akan bermula sebuah kisah seram untuk tatapan masa depan katanya..

Mula-mula tu aku rasa selesa dalam bilik tapi setelah dua tiga malam tidur di situ, aku mula rasa perasaan yang sama seperti dibilik-bilik sebelumnya. Tiap-tiap malam aku terdengar bunyi orang berkawad di luar dan dalam bilik. Bila aku cuba memeriksanya, tidak ada seorang pun yang kelihatan. Dia masih lagi terjaga pada pukul 1:00 pagi dan tak boleh melelapkan mata hingga ke pagi. Dia cuma berasa selesa apabila azan Subuh berkumandang, seolah-olah dapat melihat "benda-benda" tu semuanya bertempiaran lari dari bilik dia.

Di pendekkan cerita setelah mengalami gangguan bau busuk macam bangkai, ternampak bayang bayang terbang bila terjaga dari tidur jam 2 pagi & lepas membuat bacaan yassin dalam bilik tu terbau pulak limau nipis. Ada jugak dia dengar orang berbisik bagai.. di ringkaskan memang macam2 kejadian yang buat dia rasa tak selesa. Tapi tak boleh lawan kejadian pada satu malam yang mungkin dia takkan lupa sampai bila2...

Pada satu malam, seperti biasa dalam pukul 1 pagi dia akan terjaga, tapi kali ini dia sedikit terkejut sebab terhidu bau shampoo yang masih segar, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Dia yakin bau syampoo tu bau syampoo yang baru dia beli siang tadi. Apa lagi dia masuk la ke bilik air nak siasat dan dia amat terkejut kerana bilik air tersebut masih basah, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Dia sangat pasti bahawa sebelum dia tidur tadi, bilik air tersebut kering. Masih terdapat kesan wap panas di cermin bilik air. Perasaan dia yang pada mulanya cuak mula menjadi huru-hara. Dia tak tau nak buat apa, sama ada keluar dari bilik air atau keluar dari bilik dia. Dalam keadaan takut, keliru & seram dia keluar dari bilik tersebut &  duduk kat luar sekejab sementara nak cari jalan apa patut dia buat

Tapi tak sangka pulak keputusan dia keluar dari bilik tu mengundang satu kejadian yang menyeramkan lepas dia masuk semula ke bilik. Terkejut dia bila ternampak benda yang sepatutnya tidak berada di dalam bilik tu berada di atas katil dia. Tak dapat nak gambarkan perasaan dia waktu tu. Katanya kalau toreh muka dengan pisau pun darah tak keluar sebab semua darah dah turun kekaki. dia nampak 3 kepala manusia sedang bergolek-golek di atas katil! Apabila menyedari dia sedang tergamam perhatikan 3 aksi kepala yang kemain syok bergolek atas katil, mereka segera berhenti dan menyeringai ke arah dia. Dia sendiri tak sedar & bila & bagaimana dia lari, sedar sedar je dia dah ada di lobi hotel. Kali ini dia pilih untuk duduk di kerusi sebelum meja reception(menuju ke arah bilik lama dia) sebab tak nak di serbu dengan pertanyaan pihak pengurusan hotel.

Dia ambil mengambil keputusan nekad, check out dari hotel tersebut petang itu jugak. Nasib baik ada kawan offer untuk tinggal dengan dia.. Pihak pengurusan hotel terbabit cuba untuk memujuk dia tinggal di situ memandangkan mengikut tempahan awal, dia sepatutnya tinggal di situ selama 2 bulan setengah. Salah seorang dari pengarah mereka telah menelefon dia di pejabat setelah seminggu dia keluar dari hotel mereka dan dia menceritakan semuanya tanpa selindung. Yang peliknya, depa tidak pula menafikan kisah seram dia, cuma diam sahaja seolah-olah tahu yang sebenarnya memang ada masalah dengan hotel mereka.

Menurut cerita dari salah seorang kawan dia yang bapanya kerja kat hotel tersebut, hotel tersebut memang seram. Bapa kawan dia turut mengatakan semua bilik yang dia pernah duduk tu sememangnya tak pernah lama dihuni orang kerana keesokan harinya penghuni bilik-bilik terbabit pasti akan bertanya kepada pihak kaunter sama ada bilik mereka itu ada hantu. Cuma kes dia sahaja yang terlalu ekstrem sehingga pihak pengarah mereka pun tahu mengenainya.

Menurut bapa kepada kawan dia tu, beberapa pekerja part time bahagian dapur pun mengalami masalah yang sama. Ada sorang student ITM yang buat part time kat situ tu sampai demam panas kerana terlalu terkejut melihat 3 lembaga hitam sedang makan di dalam dapur hotel terbabit. Depa hairan mendengar bunyi bising di dalam dapur dan seperti dia, cuba untuk menyiasat.

Kalau setakat panggilan telefon ditengah malam ke meja front office tu perkara biasa (mengikut kata pakcik tu lah). Bila mereka jawab panggilan tersebut, yang kedengaran hanyalah hembusan nafas dan kemudian diikuti oleh hilaian ketawa yang panjang. Daripada switchboard tu, mereka tahu bilik mana yang membuat panggilan dan menyuruh guard pergi check bilik-bilik terbabit (walaupun mereka tahu dalam register tak ada orang di bilik terbabit) dan guard tersebut selalunya mendapati bilik itu tidak dihuni oleh sesiapa pun.

Hotel mana jangan tanya sebab dari sumber asal pun tak nyatakan. Mungkin tak nak mengaibkan hotel tu. Yelah.. ramai yang cari makan kat situ. Hantu pun hantu.. kau book la bilik sendiri.. bilik orang book jugak kau nak tumpang bergolek. Takde duit duduk dalam hutan sudah.. erkkk.. hutan pun banyak kena tebas dah mana la depa tak curi2 menginap kat hotel kan? hehehee

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!