TAK JADI JUAL ANAK DALAM MASJID SEBAB BAKAL MENANTU TAK CUKUP DUIT

28.3.16 Suria Lekatlekit 9 Comments

TAK JADI JUAL ANAK DALAM MASJID SEBAB BAKAL MENANTU TAK CUKUP DUIT. Akhir zaman katanya.. Rata rata aktiviti menjual anak semakin berleluasa cuma cara menjual anak zaman sekarang memang sapa2 tak boleh mendakwa di mahkamah untuk di kenakan tindakkan undang - undang sebab di cover dengan majlis akad nikah.

Gambar sekadar hiasan

Beza orang nak nak nikahkan anak dengan nak menjual anak adalah seperti apa yang sedang jadi viral sekarang. Keluarga bakal pengantin perempuan bergaduh dengan bakal pengantin lelaki. Last bapak bakal pengantin perempuan belasah bakal menantu tak jadi sebabnya duit hantaran tak cukup. Janji RM15K tapi pihak bakal pengantin lelaki hanya mampu bawa RM10K. Bukan jer bergaduh kat perkarangan rumah Allah, malah dua hati yang saling menyintai jugak tak berjaya di satukan. Sebab bakal pengantin lelaki tak cukup duit nak beli anak perempuan orang. Kalau ada duit baru boleh beli.. Tapi kalau tak banyak duit pun boleh nikah sebab nikah bukan urusan jual beli manusia. Yang wajib hanya mas kahwin.

Keratan yang mula menjadi viral di media sosial

Bila perkahwinan menjadi satu urusan jual beli bukan lagi menyempurnakan sunnah & tuntutan Islam macam ni la yang berlaku. Dah sampai hari nak menikah pun tetap tak sampai jodoh jugak sebab keegoan si wali. Apa salahnya.. bagi hutang dulu. Selesaikan apa yang wajib.. lepas tu settle belakang la. Yang pihak bakal pengantin lelaki kalau rasa tak mampu jangan berjanji. Jangan berani terima permintaan pihak perempuan kalau tahu benda tu satu bebanan. Biarlah si cinta hati kata tak sanggup berkorban bagai.. Itu lebih bagus dari berlaku benda yang mengaibkan macam ni. Kedua dua belah pihak dapat malu besar. Kau terima jugak walaupun pendapatan kau tak seberapa mampu nak adakan memang macam tempah bala la.

Tapi tu la.. kita hanya baca cerita secara kasar. Punca kejadian secara halusnya kita tak tahu. Mungkin boleh jadi bukan sebab duit hantaran tak cukup je. Siapa tahu ada cerita lain lagi yang sampai mencetuskan pergaduhan yang memalukan macam ni.

Manusia ni memang suka selesaikan masalah dengan cara salah & melanggar undang undang dari ambil pendekatan lebih baik & duduk berbincang kot.Even sekecil kecil peraturan macam ni pun manusia suka langgar >> Inilah Peraturan Paling Ramai Orang Takkan Ikut << Apatah lagi sebesar besar undang undang.  Bila jadi kes pukul memukul ni confirm la benda tu boleh jadi kes polis... Dah tambah satu kes lagi pulak. Confirm la semakin tak jernih keadaan. Peluang nak kahwin pun rasanya semakin tipis.

Moral of the story.. Kita yang ada anak & mungkin bakal menerima menantu jangan sampai nampak nak menjual anak. Kalau anak kita di nilai dengan RM15k tu tak mahal la. Kategori murahan jugak. Jangan jadikan harga hantaran sebagai harga anak anak kita. Sempurnakan apa yang wajib & mudahkan apa yang baik, Insya Allah apa yang kita buat mendapat keberkatan. Keberkatan tu penting sebagai penentu kebahagian anak anak di masa akan datang.

9 comments:

  1. sedihnya melihat perkara tidak sepatutnya terjadi..berlaku juga..subhanAllah..

    ReplyDelete
  2. Gara2 nak trafik fitnah pulak disebarkan, siap guna tajuk 'JUAL ANAK', jangan tulis berasaskan emosi, tau perkara sebenar, atau lebih baik tak tulis langsung, fitnah lagi besar dosanya daripada membunuh, Allahualam.

    ReplyDelete
  3. isu ni merujuk kepada laporan akhbar.... sila faham bahasa sarcasm sebelum menuduh orang buat fitnah. Jual anak tu adalah salah satu sarcasm..

    ReplyDelete
  4. tak baik cakap jual anak. laporan akhbar pon tak tulis jual anak. dah ada statement dari pihak belah perempuan. harap baca dan tafsirkan. zaman sekarang kita kena baca dua dua cerita. supaya kita juga tidak terlibat dalam menyebarkan fitnah .:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang faham 'sarcasm' faham la. tak faham pun malas nak jelaskan. Kalau baca entri maka kat situ dah tulis... "kita hanya baca cerita secara kasar. Punca kejadian secara halusnya kita tak tahu. Mungkin boleh jadi bukan sebab duit hantaran tak cukup je. Siapa tahu ada cerita lain lagi yang sampai mencetuskan pergaduhan yang memalukan macam ni." kat situ dah jelaskan saya tak kata apa yang akhbar tulis tu semua betul cuma kita tak tahu apa yang berlaku sebaliknya. kalau baca tajuk entri mohon jangan komen. nampak kurang bijak dengan komen2 dari tajuk entri tu

      Delete
  5. Klu x suka ditegur jgn publish..ko pun sama je bengap

    ReplyDelete
    Replies
    1. bengap2 aku.. aku tulis jugak explain semua dari bengap yang nak hentam orang tapi baca tajuk je. Tu kategori bengap + bebal tahap tak boleh rawat dengan tegur dah tu hahaha

      Delete
  6. awal-awal habak kalau tak mampu hantaran 15k. Ini pergi setuju apa hal? Dah tu, bila ditanya, kebarangkaliannya, jawapan kurang elok kot?? Kalau awal-awal beritahu masih belum dapat kumpul 15k mungkin bole dikurangkan pihak perempuan atau dibatalkan saja pertunangan itu (perempuan bole cari laki lain) atau ditunda. Apapun jangan lah bila pada hari nak nikah tiba-tiba kata ada 10 k saja. Air muka pihak pengantin perempuan perlu juga diambil kira.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!