BELI RUMAH YANG PERNAH BERLAKU KES PEMBUNUHAN

9.4.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

BELI RUMAH YANG PERNAH BERLAKU KES PEMBUNUHAN. Selalunya rumah yang pernah berlaku kes pembunuhan atau mati bunuh diri value dia akan jadi kurang la. Boleh jadi tak ada value langsung sebab Kebanyakkan orang memang taknak tinggal di rumah yang berlaku perkara perkara macam tu sebab depa takut la berlaku gangguan mistik. Jin & syaitan ni memang suka sangat ambil kesempatan nak2 lagi kat rumah2 yang pernah berlaku trajedi macam tu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ada orang anggap rumah macam tu sial.. Maka makin la orang tak nak tinggal di situ. Padahal rumah tu tak salah pun. Rugi je di biar usang & jadi rumah tinggal. Rumah yang di biar kosong ni la jin jin suka sangat nak buat hak milik. 3 hari kita tinggalkan rumah pun golongan jin ni boleh datang claim sebagai rumah depa apatah lagi kalau 3 tahun kosong tak berpenghuni kan.

Aku dapat satu pertanyaan kat komen satu entri aku ni.. Dia nak beli sebuah rumah ni tapi rumah tu pernah berlaku kes pembunuhan. So dia dapat diskaun Rm100K jugak la kalau beli rumah tu. Sebab dia tak ada budget yang banyak. Harga rumah tu je dia mampu.. dia tanya la pendapat macam mana. Sebab dia pun ada anak kecik katanya. Anak kecik ni memang senang di ganggu makhluk2 halus.


Dari apa yang pernah aku baca & aku pernah tulis entri pasal 10 Jenis rumah Yang Jin & syaitan suka tinggal.. termasuk tempat yang pernah ada orang mati di bunuh. Kita pun selalu di momokkan dengan cerita2 mistik & seram pasal rumah yang pernah berlaku pembunuhan ni, jadi cuak jugak kan nak beli rumah yang pernah berlaku trajedi macam tu.Tapi tak bermakna rumah yang pernah berlaku kejadian pembunuhan ni tak boleh tinggal langsung. Mesti ada cara nak bersihkan dengan amalan2 yang di ajar mengikut ritual keagamaan masing2 termasuklah yang beragama Islam.

Pada pendapat aku la.. Kalau ada gangguan jin dalam rumah pun boleh di halau apalah sangat rumah yang pernah berlaku kes pembunuhan ni. Bersihkan je la kemudian buat la tahlil.. bacaan yassin panggil mereka2 yang arif tentang rawatan membersihkan rumah dari makhluk2 halus ni. Banyak pusat rawatan Islam sekarang yang ada sediakan perkhidmatan pagar & bersih rumah dari gangguan jin. Insya Allah.. rumah yang sentiasa ada alunan ayat2 Al Quran.. penghuninya rajin beribadah bukan pilihan jin & syaitan. Ewah.. cakap macam set2 alim je aku ni kan. Aku tak la alim mana tapi itulah yang kita belajar & di ajar kan. So aku sampaikan la pada yang bertanya.

Tapi mungkin pembaca blog lekatlekit.com ada pendapat lain yang membantu hamba Allah ni buat keputusan sebelum membeli & tinggal di rumah yang pernah berlaku kes pembunuhan, boleh bagi pandangan anda di ruang komen.

Rumah pun mainkan peranan jugak untuk hidup bahagia.. Kadang2 kerana rumah ada orang boleh bercerai berai nak2 lagi rumah yang ada gangguan dari jin & syaitan. Pun macam tu rumah yang selesa & tanpa sebarang gangguan mistik pun bukan jaminan kita bahagia atau tak hidup bersama tapi banyak faktor lain yang mengkukuhkan ikatan kekeluargaan orang yang tinggal dalam sebuah rumah tu. Jadi kalau nak tahu adakah anda akan hidup bahagia selamanya meh test kat sini >> Try Test Kat Sini Adakah Anda Akan Hidup Bahagia Selamanya? <<

3 comments:

  1. kalau tanya MG ..BIG NO .. hehe..scary uuu

    ReplyDelete
  2. kalau dah terpaksa ... Kena lah usaha lebih skit ... Buat cam SLL cakap ... Pangil ustaz ... Buang ... Pagar ... Amalan2 tuan rumah sendiri ... Wallahua'lam ...

    ReplyDelete
  3. Kalau akaklah, memang tidak jawapannya, Suria. Mungkinlah kita boleh 'bersihkan' rumah tu, tapi adakalanya kalau dah malang, memang malanglah. Bila dah beli, kita nak buat macamana lagi kalau masih berlaku hal-hal yang menyeramkan? Kasihan pulak kalau ada anak kecil. Tak akanlah kita nak tinggalkan aje rumah macam tu. Nak cari buyer baru memang makin kuranglah nilai rumah tu jadinya!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!