BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS

23.4.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS. Nak juga letak title blogger kat situ katanya. Baru gempak sikit kan tajuk berita. Nak gempak aja kau kan lekatlekit. Harus la.. Kalau tulis tajuk orang jeling hujung hujung mata takde fungsi la aku tulis blog. Blog tanpa pembaca lagi bagus tulis diari dah tentu memang bukan untuk jadi bacaan umum. Tapi kalau dah tulis blog harus kena ada daya tarikkan untuk orang datang membaca, ye dak?


Kita terus ke berita selanjutnya pasal kes kena hentam bertubi tubi.. kiri kanak depan belakang atas bawah katanya. Gara2 bagi komen macam ni kat post kucing RM30K Dato Aliff Syukri Terlajak Laris...

Sebab komen Mak Aii RM30K tu mungkin orang anggap sebagai dengki & komen yang cakap RM30K kalau di gunakan untuk bantu kucing gelandangan banyak manafaat tu pun mungkin ada yang anggap aku pertikai Dato Aliff beli kucing RM30k & seterusnya Bila aku tanya "Dato Tak minat ke bela stray cats yang di jalanan. Lagi banyak pahala dapat" Tu mungkin penyokong Dato Aliff Syukri anggap aku nak jadi Tuhan ukur pahala orang. Padahal.. Tu just nak tunjukkan RM30K?? Speechless.. Then selebihnya adalah pertanyaan & cadangan. Tapi biasa la penulisan aku tak kira di blog atau di komen page2 popular macam tu memang selalu jadi kontroversi. Menulis tanpa nada memang perkara biasa jadi salah faham. Aku dah biasa.  

Niat tu sebenarnya bukan la nak mempertikai dia beli kucing RM30K tu.. Dia jutawan mesti la RM30K tu dalam kemampuan dia. Cuma yelah sebab dia minat kucing manatau dia boleh jadi penyumbang membantu kucing2 terbiar di jalanan. Almaklum la stray cats ni bukan semua orang nak pandang dengan penuh minat. Tak sama dengan kucing RM30K ni.. Tapi lain pulak pemahaman penyokong Dato Aliff Syukri ni dengan komen aku.

Orang cerita pasal kucing dia merepek sampai tolong orang miskin bagai. Aku cukup tak gemar berdebat dengan orang2 macam ni. Dia akan kaitkan benda2 yang tak ada kaitan asal boleh berhujah je. Takde sapa pertikai pun pasal kebajikan Dato Aliff syukri buat. Orang cerita pasal KUCING. Ni kes bajet2 pandai padahal 'nan hado' pun kebijaksaan kat situ. hahhaa. Tapi tipikal masyarakat sekarang.. asal kita tegur satu benda dorang akan list 70juta lagi perkara baik lain yang idola depa buat seolah2 1 kesilapan tu boleh jadi betul dengan membuat 70 juta kebaikkan lain. Yang silap tetap la silap. Dengan membetulkan kesilapan je boleh membetulkan apa yang salah bukan dengan mengungkit kebaikkan dapat menghalal semua benda yang salah. Ubah mentaliti tu dulu Fahmi Hazril

Maka berpusu - pusu la orang menghentam. Nak2 lagi komen aku tu antara komen terawal kat post tu makin banyak la perhatian di beri tak kira yang menghentam atau menyokong. Yang paling tak boleh blah ada 2 komen kat situ.. Satu komen yang cakap lagi bagus bagi makan anak anak yatim dari kucing terbiar. Kedua komen yang konon kata aku nak jadi Tuhan mengukur pahal orang.


Alahai.. Betul la memberi makan anak anak yatim tu memang banyak pahalanya tapi harus di ingat kucing pun amanah Allah kepada manusia. Jangan ingat Allah menjadikan kucing tanpa manafaatnya kepada manusia. Kita sedia maklum.. Kucing antara haiwan kesayangan Nabi. Jadi kucing juga perlukan pembelaan, perlindungan & kasih sayang. Kalau Anak anak yatim.. ramai yang menyumbang berbanding sumbangan dari memberi perlindungan kepada haiwan terbiar seperti kucing & anjing. Yang banyak dok kempen nak membunuh macam makhluk tu makhluk perosak. Manalah tahu kalau jutawan macam Dato Aliff syukri ni minat kucing boleh berkolabrasi dengan aktivis sukarelawan penyelamatan haiwan terbiar untuk membantu memberi perlindungan & makanan pada haiwan haiwan yang memerlukan. Alang2 dah ada minat kat spesis kucing kan. Sebab yang minat je boleh menjebakkan diri dalam aktiviti macam ni. Kalau tak minat macam mana nak datang rasa sayang & simpati tu kan.. Nampak kucing pun dia dah lari katanya.

Siap ada yang tuduh komen aku semata mata nak dapat like. Macam la like boleh convert ke duit atau traffic blog kan? Tak hadap sangat la like. Bukan first time komen aku kat page popular dapat like macam ni. Takde benda nak heran sangat setakat like tu beb!

Tapi tu la.. pencinta dengan peminat kucing ni tak sama. Yang minat kucing normally minat mereka lebih kepada kucing2 yang cantik2 & unik & mahal berbanding pencinta haiwan.. Mereka lebih kepada menyelamatkan haiwan. Bukan semata mata nak bela sebab hobi tapi atas dasar tanggungjawab sebagai manusia kepada makhluk lain. So tak boleh nak paksa kalau orang tak berminat nak buat kan.. Tapi komen aku tu sekadar bertanya. Almaklum la aku suka follow aktivis penyelamat haiwan ni. Aku tahu masalah utama mereka adalah dana untuk menyelamatkan haiwan & tempat untuk menempatkan haiwan haiwan yang di selamatkan. Kebanyakkan mereka bukan dari golongan kaya tapi tetap berusaha mencari dana sendiri. Jadi kalau ada penglibatkan di kalangan orang2 koprat & jutawan macam Dato Aliff Syukri ni rasanya boleh meringankan beban mereka. Tapi komen aku tu sekadar bertanya tak sangka yang touching lebih2 penyokong dia. Padahal Dato Aliff Syukri sepatah pun tak kata apa apa. hahaha


Komen yang aku highlight tu antara komen lawak. Kesian kau kan.. Sampai rasa tak boleh beli baju baru padahal sekarang orang cakap pasal kalau ada kemampuan yang berlebihan boleh la tolong. Kalau kau dah tak mampu kau buat belanja sendiri sudah la. Takde sapa letak pisau kat leher kau suruh tolong pun. Hahaha
Ok dah tak larat nak printscreen komen2 kat komen aku tu. Korang rajin pi la baca kat sini >> Kucing RM30K Dato Aliff Syukri <<

Aku ni bukan sekali kena hentam kat page2 popular.. Apa yang aku nampak mentaliti orang ramai bila kita menegur atau bagi cadangan pada orang2 ternama macam Dato ALiff syukri, dato vida, artis bagai.. Majoriti akan anggap dengki sebab depa kaya. Maka orang ingat ramai yang dengki je la. Ayat paling tipikal.. "Inilah melayu, dengki dengan kejayaan orang melau' padahal komen tu takde kaitan dengan dengki pun. Tak semua teguran tu berniat dengki. Kita kena ubah persepsi kita bukan sikit2 asyik tuduh orang dengki. Kalau semua teguran tu dengki maka tak ada siapa layak menegur orang lain.

Sesiapa nak join larian amal ni boleh clik pada banner

Kita orang kebanyakkan ni nak beli kucing RM30K rasa macam mustahil sangat la. Kadang2 hujung bulan tinggal RM20 je sementara nak tunggu next gaji kan? Tapi jangan ingat RM20 tak boleh dapat barang ala2 RM30K katanya. Boleh.. Tapi kena tau caranya. Nak tau apa benda yang korang tak sangka boleh dapat dengan RM20 meh tengok sini >> Apa Barang yang Boleh Beli Dengan RM20? Mesti Korang Tak Percaya No 6 Tu! << So, berapa pun pendapatan kita sebenarnya kita boleh enjoy je kalau kita tahu cara menggunakan duit mengikut kemampuan.

Apapun tahniah Dato Aliff Syukri berjaya beli kucing RM30K.. Yelah.. apa dia beli dengan usaha keras dia. Aku pun tak pertikai.. cuma sekadar bertanya tak minat ke dengan stray cats. Kalau minat mungkin Dato Aliff boleh taja satu rumah kebajikan untuk kucing jalanan ni. Dia kan mampu kalau dia nak buat la. Kalau dia tak nak buat pun tu hak dia kita tak boleh cakap apa. Memang mustahil dapat menempatkan semua kucing2 jalanan di tempat perlindungan at least masih ada juga yang mampu di selamatkan & di beri penempatan yang baik. Insya Allah, perbuatan yang baik mendapat ganjaran yang baik juga dari Allah. Berapa banyak pahala tu kalau tanya aku memang aku sendiri tak tahu.. Tapi kita pun di ajar dari kecik banyak benda baik kita buat banyak pahala kita dapat. ye dak.

4 comments:

  1. Pemahaman orang susah nak dijangka...kadang kita maksukan A...mereka faham Q...itu yang sedih....tapi tak apa...niat kita Allah tahu..

    ReplyDelete
  2. Ala bukan tak tahu. bangsa yg paling banyak ajdi peguambela tak bergaji bukan kah bangsa kita. so apa nak cakap lagi.

    ReplyDelete
  3. hehe..biaselah tu..lain org lain fahaman dia kan..sabar je la

    ReplyDelete
  4. Kucing mcmtu mcm tak sesuai je nak bela..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!