DR.MAZA SAHKAN DR ZAKIR NAIK BAKAL BERCERAMAH DI PERLIS

11.4.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

DR.MAZA SAHKAN DR ZAKIR NAIK BAKAL BERCERAMAH DI PERLIS . Hari ni kecoh pasal isu forum Dr Zakir Naik yang bakal di adakan kat Melaka di batalkan pihak berkuasa atas alasan boleh menganggu ketenteraman awam & menggugat sensitiviti agama. Kat India yang majoriti rakyat mereka agama Hindu pun tak pernah menghalang forum Dr Zakir Naik.. kat Malaysia henderaf pulak cuak lebih lebih.


Aku dengar jugak la forum Dr Zakir Naik.. Apa dia cakap semua berlandaskan fakta & Berbukti. Bagi aku tak ada sebab nak kata dia ganggu ketentaraman awam & sensitiviti agama sebab apa dia keluarkan berlandaskan fakta bukan hukum akal dia semata mata. Bagi pendapat aku senang jer.. Kalau kita percaya dengan agama yang kita anuti, jika yakin agama yang kita bawa itu benar tak perlu cuak dengan Dr Zakir Naik pun. Walaupun beliau seorang muslim. Dia bukan ganas macam tentera Israel pun hangpa nak cuak. Dalam forum dia tak ada dia mendesak atau memasak sesiapa yang bukan dari agama Islam untuk menganut agama Islam.

Yang pelik sekarang pihak berkuasa macam hilang kuasa di negara yang agama rasminya adalah Islam bila persatuan agama tet tu membantah aktiviti keagamaan orang Islam. Hello.. Ni Malaysia kot. Kalau di India mereka lebih terbuka menerima Forum Dr Zakir Naik kenapa orang Malaysia ni cuak sangat. Dr Zakir Naik tak pernah menyebabkan rusuhan kaum atau agama kat mana2 dia buat forum malah pendapat dia di terima oleh orang yang bukan Islam. Kenapa? tak boleh terima hakikat semua fakta yang Dr Zakir Naik kongsikan tiada hujah yang boleh menidakkan.. ia fakta! Itulah kenyataan.. Kalau tidak ada fakta lain boleh menyangkal kebenarannya.. Kena terima la. Kalau ada debatkan.. simple! Kenapa takut?

Takpe walau forum beliau Di Melaka di batalkan.. Di perlis Insya Allah masih ada ruang & peluang dia membuat ceramah. Jadi boleh la serbu perlis nanti. Jangan persatuan tet tu nak bising pulak. Dok je dendiam jangan masuk campur hal agama orang lain. Please respect our religion. Ini aktiviti keagamaan orang Islam kenapa perlu ada bantahan dari mereka yang bukan Islam?? tak paham aku Malaysia hari ni...


Moral of the story.. Manusia yang takut pada fakta pasti menganggap Dr Zakir Naik seorang yang mampu memberi ancaman pada mereka. Senjata dia cuma ilmu.. Jadi renung renungkanlah... Kat Malaysia entertainment macam ni je tak di anggap menganggu ketenteraman >>Nak tahu apa berlaku 13 april ni,, jom tengok << Tapi ceramah2 & forum2 agama pulak di anggap bahaya. Watdehek???

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!