GAMBAR ANUAR ZAIN SERTAI KEM BINA NEGARA DI MIMALAND PADA TAHUN 1987

4/07/2016 10:45:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

GAMBAR ANUAR ZAIN SERTAI KEM BINA NEGARA DI MIMALAND PADA TAHUN 1987. Aku memang follow page Mimaland sebab suka tengok gambar2 kenangan yang di kongsikan bekas pekerja & pengunjung taman tema air Mimaland. Semua sedia maklum tempat tu dah lama di tutup selepas kejadian pengunjung mati lemas & sekarang jadi port geng2 paranormal dok cari hantu je. Kat tempat tu walau dah jadi hutan tetap masih ada tinggalkan kesan Mimaland macam replika haiwan pra sejarah yang masih teguh di tengah2 hutan. Melatah jugak acik kalau terserempak benda2 macam tu dalam hutan katanya. Hutan kot...


Setiap hari ada je gambar kenangan di kongsikan di page Mimaland bagi mengenang kembali kegemilangan Mimaland zaman sephia tone dulu. Aku time tu jangankan Mimaland KL pun tak pernah sampai. Kenal Mimaland pun lepas tempat tu dah jadi tempat berpuaka je. Yang aku tau Taman Tasik Taiping je masa aku kecik. Almaklum la tu la tempat paling kerap mak ayah aku bawa pergi jenjalan bila cuti sekolah. Selalunya bila cuti raya la. Raya ketiga macam tu mesti la ada aktiviti berjalan jauh sikit. Tapi setakat tu je la jauhnya.. tak penang.. taiping atau merayap sekitar kedah je. Almaklum la.. kami bukan orang kaya. Sekadar cukup la seadanya. Adik beradik pun ramai.

Sumber Mimaland

Tadi ternampak dari page Mimaland yang share gambar artis2 yang pernah berkunjung & bergambar kesitu. Aku lebih tertarik dengan gambar anuar zain je. tak jauh berubah muka anuar zain masa remaja dengan sekarang. Still handsome katanya.. Menurut caption dari gambar tu katanya.. gambar tu di ambil waktu anuar zain menyertai kem bina negara di Mimaland pada tahun 1987. Tahun 1987 maybe ada peminat Anuar zain yang baru lahir atau tak lahir lagi. Aku biasa la.. aku kan baru 18 tahun.. Korang kira la sendiri tahun bila aku lahir. hahahaha. Ok Ok.. jangan belasah aku!

Tak payah point yang mana satu Anuar Zain tengok gambar pun ramai yang boleh teka anuar zain yang mana satu kan

Bila tengok gambar2 lama ni memang nostalgia betul. Mesti ada yang tengok sambil tersenyum.. Tapi kalau senyum tetiba gigi berkarat confirm spoil orang tengok. Jadi kalau nak dapat senyuman paling manis yang mampu menggoda sesiapa yang melihat korang kena tengok ni >> Goda Orang Tersayang Dengan Senyuman Manis & Sihat, Nak tahu macam mana tengok ni <<

3 comments:

  1. Betullah, sama je dari dulu.. suka tengok dia senyum.. ;)
    Zaman Mimaland tu saya kecik lagi, tinggal dekat kampung.. Jangan kata Mimaland, KL pun tak pernah sampai lagi masa tu.

    ReplyDelete
  2. Anuar Zain memanglah, dari dulu sampai sekarang maintained handsome. Memang sukalah tengok ^_^

    Akak pun tak pernah sampai Mimaland ni, maklumlah kalau Suria baru 18 tahun, akak congak-congak balik umur akak ni baru aje 21 tahun tau!

    Sekarang kalau ajak buat research kat saki-baki Mimaland tu, memanglah akak tak pergi. Takut arghh terserempak hantu. Keh3x!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com