KECOH KAMPUNG LAPAN,TANGKERA MELAKA DI GANGGU MAKHLUK HALUS

4/13/2016 01:16:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

KECOH KAMPUNG LAPAN,TANGKERA MELAKA DI GANGGU MAKHLUK HALUS. Aku sendiri tak tau kat mana letaknya kampung ni maybe orang orang melaka tahu la kot. Kalau kampung naga lilit kedah darulaman tu aku tau la.. Tapi setakat ni rasanya kampung naga lilit tu masih aman damai tanpa gangguan mistik dari makhluk halus. Gangguan dari makhluk besar banyak la.

GAMBAR jelmaan makhluk halus di atas pokok pisang. Gambar kanan, Ng Mow Mok menunjukkan lokasi didakwa penduduk pernah melihat makhluk halus di Kampung Lapan, Tengkera. -

Kesian penduduk kampung lapan ni, katanya sejak 3 minggu lalu hidup mereka di hantui kelibat makhluk halus dalam jelmaan pontianak, pocong & toyol. Ni kira family hantu la kot.. Pontianak selaku isteri & ibu, Pocong selaku Suami & Ayah & Toyol selaku anak. Gamaknya depa ni satu keluarga kot menumpang tinggal di kampung lapan. Almaklum la penempatan mereka mungkin dah di rampas oleh manusia katanya.

Tu teori merepek aku jer.. Tak tau la gangguan tu ada kaitan dengan dengki khianat manusia lain yang menggunakan khidmat jin untuk menakutkan penduduk kampung atau secara kebetulan makhluk tu tersadai kat situ. Apapun setiap perkara berlaku pasti ada sebab. Mustahil ia boleh berlaku tanpa ada punca & penyebabnya.

Sumber Harian Metro

Akibat dari gangguan jelmaan seram tu penduduk kampung tak berani lagi nak keluar malam & membuatkan kampung tu jadi sunyi selepas pukul 6 petang. Masing2 berkurung dalam rumah selepas jam 6 petang. takut bebenor orang kampung yer.

Jin & syaitan juga makhluk. Dia tak ada kuasa melebihi kuasa Allah. Jadi setiap masalah ada penyelesaiannya. Cuma kita perlu kembali kepada Allah. Insya Allah nanti ada la pengamal perubatan Islam datang membantu. Mohon penduduk kampung banyakkan buat amal ibadat.

Tapi cerita kampung lapan di ganggu makhluk halus ni takde la hot isu sangat macam isu ni >> 5 ‘Hot’ Isu tentang anak muda zaman sekarang<< Isu ni patut jadi berita paling hangat sebenarnya tapi tu la sekarang ni Value cerita seram ranking tengah naik katanya. Ramai orang suka tengok & baca cerita seram macam aku jadi yang patut jadi hot isu.. memang jadi isu frozen sikit la. hehehe

Moral of the story.. Jin & syaitan memang wujud & boleh menganggu manusia. Kita wajib percaya tapi bukan taksub sehingga merasakan mereka lebih berkuasa dari Yang Maha Kuasa.

2 comments:

  1. Yalah sekarang ni cerita seram tengah 'trending'. Hahaha. Akak pun sebab terkena nafsu supernatural, itu yang datang sini kotnyalah ada yang lebih menyeramkan daripada blog yang akak baru jumpa tu ^_^

    ReplyDelete
  2. benda ni memang wujud saya sendiri nampak benda tu bertebangan di atas pokok pisang benda tu ketuk umah sya sampai lock pecah tpy skrg benda tu dh kurang tpy skrg mahluk alus tu masih ada lagy di melaka tpy kg lapan dh reda sikit skrg dy tgh kacau kt pulau gadong ngn gansa melaka tpy kli ni teknik bru dy ialah dy bgy salam sekali sahaja lps tu dy akan ketuk rumah sampai lock pecah penduduk2 takut untuk buka pintu bila dgr ada org beri salam...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com