KENAPA JIN SUKA BUAT BUNYI GULI JATUH ATAS LANTAI?

25.4.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

KENAPA JIN SUKA BUAT BUNYI GULI JATUH ATAS LANTAI? Antara tanda tanda rumah tu ada jin adalah dari gangguan bunyi guli jatuh.. bunyi orang seret perabot.. bunyi tapak kaki tapi bunyi paling popular & sering berlaku kat kebanyakkan orang adalah bunyi guli. Majoriti bunyi tu mesti kita dengar dari atas. Macam rumah aku dulu.. Sebelum aku tahu bunyi tu adalah petanda ada makhluk halus aku dok tuduh anak orang atas je main guli. Tapi sebab kadang2 bunyi tu kedengaran time tak berapa logik tengah2 malam buta aku mula pelik jugak. Cuma sebab terlampau di ganggu dengan bunyi2 tipikal macam tu sampai hilang rasa. Jadi sebati pulak hidup aku dengan bunyi2 tu setiap hari sampai la dia hilang sendiri. Gamaknya bosan kot dok sakat aku dengan bunyi tapi tak ada effect. hahaha


Sampai sekarang aku tertanya tanya kenapa 'Mereka' pilih buat bunyi guli jatuh? Apa kaitan guli dengan alam ghaib? Cuba jugak google cari info kenapa Jin suka bunyi bunyi guli jatuh tapi tak ada pulak yang buat artikel berkaitan. Gamaknya kenapa bunyi guli yer.. Maybe bunyi guli ni kalau jatuh atas lantai bunyi dia macam nyaring & bergema kot.. Baru dengar seram sikit kan? Nak2 lagi tengah malam yang sunyi.. Tak payah tambah sound system katanya. Dengan bunyi yang terjadi secara semulajadi bila guli jatuh di lantai cukup mengundang seram bagi yang penakut. hehehe Apapun memang bunyi guli jatuh atas lantai tu bunyi kesukaan jin. Maybe tu kot entertainment depa so depa ingat dengan buat bunyi2 macam tu manusia terhibur jugak kot... hehehe

Iklan
Nak Melancong Ke Jepun Dengan Pakej Paling Bajet Meh tengok kat sini (clik pada banner)

Baru2 ni pun kes histeria yang berlaku kat sekolah di kota bharu kelantan tu bermula dari guli jugak. Gamaknya guli ni memang boleh jadi tempat jin menumpang atau perantaran benda ghaib kot.. Entah la. Tu cuma spekulasi aku je. Korang jangan ambil sebagai fakta pulak. Pergi la tanya orang yang lebih berilmu tentang perkara ghaib ni. Aku ni cuma blogger cerita seram je. Yang aku tau share kisah seram lebih dari tu di luar kepakaran aku.

Tapi tu la kalau ada orang boleh jelaskan kenapa jin suka buat bunyi guli jatuh..Sesungguhnya aku ingin sangat tahu. Kenapa bunyi guli? Kenapa tak bunyi bola ke... erkk.. maybe bunyi bola melantun kat lantai tak berapa seram sound effect dia tu jin tak suka bola. Yelah yelah bunyi bola tak seram katanya tapi bola kelakar ok! Buktinya meh tengok kat sini >> Inilah aksi menjaringkan gol paling kelakar dalam perlawan bola yang pernah berlaku << Sebab tu Jin tak pilih bola.. sebab dengan bola boleh buat kelakar katanya. Apa kes nak momokkan orang dengan benda benda kelakar kan? hahahaha

Apapun kalau rumah korang ada gangguan bunyi macam tu.. petua dia jangan takut sangat sebab jin memang suka orang yang takut senang la kerja dia nak menakutkan korang. Rilex.. Baca atau pasang ayat2 ruqyah.. Insya Allah gangguan bunyi tu akan hilang. Jin pun makhluk jadi dia tak kuat mana cuma kita je suka takut seolah2 dia berkuasa sangat.

2 comments:

  1. mungkin jin tu jenis jin yg masih bebudak dik...pasal tu kemain rajin main guli...kikiki...akak penah tau terbaca yg bawasanya...bunyi2 guli dan seretan tu sume bukan la datang dari gangguan jin...tapi bunyi bunyian tu terhasil dari sistem paip kat dalam simen terutama rumah2 yg tinggi2 tu...ada berkaitan dgn suhu gak...pasal tu selalu bunyi2 tu menggangu waktu malam je time tu kan suhu sejuk...gitu la akak nak tulis panjang2 pon cam dah banyak yg lupe...ape2 pon kite serah kan je diri kepada Allah...in shaa Allah selamat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke kak? Mcm tkde kaitan lak. Umah saya pun ada gak gangguan bunyi² mcm tu.. tp mcm suria ni ckp lah, dh lali sgt dah.. dh tk heran dh. Lgpun tk fokus sgt kt bunyi tu, sbb tu tk rs seram.. hihi. Anyway, rsnya mmg btl tu tanda rumah kita ada jin sbb byk artikel berkaitan yg sy baca. Yes, mcm suria kata jg, jin pun makhluk Allah, asalkan dia tk menjelma & mengeluarkan bunyi yg btl² menyeramkan.. ermm biar kan je lah. Anyway, klu ada jln penyelesaian, why not.. blh cuba

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!