PANAS! PEMILIK SEBENAR GAMBAR AMRAN FANS TAMPIL TUNTUT HAK

4/20/2016 07:43:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

PANAS! PEMILIK SEBENAR GAMBAR AMRAN FANS TAMPIL TUNTUT HAK. Wah Hot & spicy. Sebab selama ni ramai tertanya tanya siapa pemilik gambar & wajah yang di gunakan admin Amran Fans untuk membuat troll, status sarcasm yang hot & spicy. Tadi terbaca kat Fb Ratu naga ke hapa nama profile dia.. Lebih kurang macam tu la. Mendedahkan siapa sebenarnya pemilik gambar & wajah yang di gunakan Amran Fans selama ni.

Inilah gambar asal yang di gunakan oleh Amran Fans. Pemilik dia menggunakan FB Amran Sukarjo

Katanya Amran Fans selalu delete komen dia, kemudian banned dia dari page Amran fans. Maybe tak nak rahsia siapa pemilik gambar yang admin Amran Fans guna selama ni terbongkar kot. Lagipun Amran Sukarjo pemilik wajah & gambar tu tak pernah mengizinkan Amran Fans menggunakan gambar dia. Bagi dia macam satu penghinaan. Seolah mempersendakan diri dia.

Yelah.. Sapa tak marah kan? Gambar di gunakan untuk di jadikan bahan jenaka. Walaupun gambar & wajah Amran Sukarjo ni memang terkenal se antero alam maya tapi yang mendapat populariti, publisiti & siap boleh jual buku lagi adalah Amran Fans. Amran Fans dah guna gambar orang tak reti2 bayar royalti & pampasan ke? Kalau orang dah tak izinkan tu better la jangan guna. Try guna muka sendiri pulak tengok laku ke tidak. Gambar & muka tu hak dia. Kau tak boleh senang2 guna buat duit tanpa keizinan pemiliknya. Sekarang dia dah minta hak dia balik.. Jika terus menerus kau guna, confirm la rezeki yang kau dapat dari hasil guna muka dia dah tak berapa elok la. Nak jatuh hukum halal haram tu aku tak berani la kan.. Tapi kalau kita guna benda yang bukan hak kita & orang tu pun dah cakap tak halalkan takkan jadi harus pulak, kan?


Ingat Amran apa yang kau dapat dari populariti gambar yang kau guna tu akan ada hubung kait dengan rezeki yang kau makan. Jadi darah daging. Bila jadi darah daging ni tak semua dia keluar jadi tahi. Jangan nanti benda2 tu mempengaruhi keturunan kau.

Tapi tadi aku terbaca kat FB Amran Sukarjo katanya admin yang mewujudkan page amran fans memohon maaf atas apa yang berlaku. Pun macam tu katanya page tu tak di kendalikan mereka yang mula2 mewujudkan page tu. Maybe dah di jual kot.. Entahlah. Tak berapa jelas kat situ.




Walaupun aku tak tahu sejauh mana kebenaran pemilik gambar tu Amran Sukarjo tapi kita sedia maklum Amran Fans yang dulunya menggunakan nama sebagai Amran Pekida menggunakan gambar orang bukan gambar sendiri. Gamaknya kenapa admin2 amran fans masih bersembunyi di sebalik gambar Amran Sukarjo ni yer? Gigi dia rongak ke camna sampai malu nak tunjuk rupa. Kalau gigi tak cantik meh cantikkan.

Moral of the story.. Aku pun suka jugak layan troll & status sarcasm Amran Fans tapi apa yang tak betul dia buat tak semestinya kita sokong, ye dak?? Dah pemilik gambar tu menegah gambar dia di gunakan macam tu, Amran fans sepatutnya menghentikan perbuatan tu. Ia milik orang. Sudah sudah la tu.. Tiba masa korang guna gambar makhluk lain pulak. Gambar alien ke hapa pulak. Kesian Amran Sukarjo... hehehe

16 comments:

  1. Kesian gambar orang yang digunakan tu.

    ReplyDelete
  2. dah 3 tahun orang lain guna gambo dia kenapa baru sekarang amran sukarjo ni nak bertindak...tapi sian gak ar dgn dia di pergunakan

    ReplyDelete
  3. Macam² hal... hehehe.

    ReplyDelete
  4. Yela, walaupun femes tapi jadi mangsa troll, aku pun tak redha kak...

    ReplyDelete
  5. Tulah risiko dari sekeping gambar...

    ReplyDelete
  6. Mmg tak ikut amran fans ni...tak suka...perli..kutuk..sindir..

    ReplyDelete
  7. kesian, dulu terpikir jugak,muka sape la diorang pakai ni

    ReplyDelete
  8. Rasanya ramai dah tau siapa admin amran fans ni..tapi orang tak berani nak cakap kot sebab takut salah..akak pun agak2 dia sebab aau tengok status2 dia macam sama je caranya...tak tau nak cakap la..heheheh

    ReplyDelete
  9. amran VS amran ni..kita tgk kesudahannya nanti

    ReplyDelete
  10. Ingatkan memang betullah Amran Fans ni guna gambar Amran yang sebenar-benarnya. Rupa-rupanya takut juga, sanggup berselindung di sebalik wajah Amran yang lain. Kalau dah hot and spicy selalu, tentulah ramai orang dengki. Sebab itu tak berani nak muncul. Belakang keyboard okeylah...

    ReplyDelete
  11. Guna gambar Suria LekatLekit la pulakkkk

    ReplyDelete
  12. Alah aku pon boleh....
    Buat fb nama amran sukarjo, pastu ngaku la yg aku amran yg sebenar, pastu buat la ayat penungganng agama...x reda org guna gamba la...jmpe padang mahsyar la...
    Pastu bila org mintak gamba baru untuk bukti, marah2 la... Ckp la hak aku, nk bg ke x nk...pastu suoh org unfriend kalau x caya...
    Mudah kan??
    Sapa2 boleh jadi amran...

    ReplyDelete
  13. Balasan Allah itu pasti... rinie troll orang esok lusa dptlah balasan atas apa yg di lakukan sebuk... btw, bagus lah admin asal dah minta maaf... but amran fans tak kan mudah leyap begitu saja... i know siapa admin amran awal2... dorang skang memang dah beredar dari page tu... admin paling bangang time kes cangkul tu...

    ReplyDelete
  14. mcm lawak pun ada.berani jgk gne gambar orang lain..haha

    ReplyDelete
  15. X cayalah...klu betul dh lama blh ambil tindakan. Report polis, Skmm, saman...tapi apesal si amran sukarjo ni x buat semua tu? Musykil sungguh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com