PENGEMAR AYAM NANDO'S ANDA BERHAK TAHU PERKARA NI

14.4.16 Suria Lekatlekit 5 Comments

PENGEMAR AYAM NANDO'S ANDA BERHAK TAHU PERKARA NI. Aku pernah try sekali kot makan kat restoran nando's ni. Tu pun sebab redeem voucher dari 8share bonus point. Bonus point dah banyak sangat tak tau nak redeem apa.. try je la Nando's nak2 lagi voucher tu tengah available. Ingat senang ke nak redeem barang kat 8share guna bonus point. Asyik out of stock je. Yang tak pernah out of stock sticker 8share. Tak kuasa aku nak redeem sticker bagai. Takde tempat nak tempek sticker lagipun tak kelebihan pun dok tempek sticker 8share ni. Bukan dapat komisyen pun. Hahahaha


Masa tu aku redeem 2 keping voucher bernilai RM30 setiap satu. Jadi dua ada la RM60. Memang cukup cukup je membiayai kos makan kami kat Nando's tu. Lebih singgit tu kami tambah la tapi tu la makan 2 orang RM60 kat Nando's tapi tak menepati selera kami. Entah la.. selera orang kampung gamaknya.. Nando's ni rasa macam tak sedap pulak. Nasib baik makan pakai voucher kalau tak confirm seminggu menyesal labur RM60 kat situ. Hahahaha.. Dari Nando's better makan texas chicken lagi murah & boleh di terima lagi tekak aku ni.

Tapi aku & asben aku je rasa tak sedap.. Ramai yang rasa Nando's chicken ni sedap. Maybe ada menu lain yang sedap kami belum cuba kot. Tengok la kalau dapat voucher lagi kot2 boleh cuba menu lain tetiba sedap pulak sapa tahu, kan??. boleh la buat entri puji melambung sampai langit ke tujuh katanya.. hahaha

Korang yang suka makan chicken Nando's ni aku rasa korang berhak tahu tentang perkara macam ni. Macam aku tak berapa berhak sangat sebab aku bukan kategori penggemar chicken Nando's. Jadi aku terpaksa bagitau kepada yang lebih berhak macam korang. So, ambil la hak korang kat sini >> Nak Makan Free Chicken Nando's, Meh ambil kat sini << Kalau aku redeem free chicken Nando's ni tak elok pulak. Kang makan tak abis membazir je kan. So korang je la ambil yer.. Kira sedekah jariah la ni. Hahahaha

Selamat Makan Chicken Nando's percuma pada semua penggemar chicken Nando's. Makan pelan2 yer.. jangan gelojoh. Nanti tercekik.. lain pulak jadinya. hehehe

5 comments:

  1. sy x pnh jejak nandos..nth la mcm x bape berkenan nak masuk kedai dia hehe

    ReplyDelete
  2. Akak pernah jejak sekali jer Nandos ni Suria..
    Lepas tu tak pergi..
    Sebab tak kena dgn tekak akak :P

    ReplyDelete
  3. bukan restoran orang islam tu sbb makan rasa lain je

    ReplyDelete
  4. Pn Norhayati rasanya tu bukan Restoran orang islam tu sbb sudah makan tekak rasa tak kena takut tak halal..

    ReplyDelete
  5. Akak tak berkenan sangat Nando's ni. Dulu-dulu rasa macam sedap especially sos peri-perinya tu. Lagi pedas, lagi sedap. Tapi sekarang ni anak tekak dah tak boleh terima. Anak-anak pun tak suka. Memang tidaklah kami masuk ke Nando's ni kecuali dah tak tahu mana nak tuju!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!