PERODUA KENARI BARU LEBIH SADO

20.4.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

PERODUA KENARI BARU LEBIH SADO. Dua tiga hari lepas ternampak orang share Kereta Perodua Kenari baru. Amboi kemain la nampak dah ada muscle gitu. Kalau dulu takde la ketul2 kat body kenari ni sekarang dah ada. gamaknya main gym jugak kot kenari baru ni hahaha.


Ok la design baru kenari tu..Kalau tengok dalam gambar tu nampak menarik jugak la tapi serius aku tak minat sangat la kereta tak berbonet ni. Bagi aku kereta tak ada bonet ni tak berapa sesuai untuk yang dah berkeluarga. Bayangkan nak balik kampung.. Nak bawa dua tiga beg. Maybe lepas la letak kat ruang letak barang kat bontot kereta tu tapi kalau banyak sangat confirm dah tak ada ruang. Tapi bagi yang bujang sesuai la kan.. Orang kata kalau ada budget alang alang nak beli kereta biar sampai boleh berumahtangtga dalam kereta macam ni >> 8 Benda Gila Orang Buat Dalam Kereta besar yang ala2 cargo <<

Tapi Perodua kenari yang baru ni nampak macam besar sikit tapi tak tau la sebab cuma tengok dalam gambar kan. Adik aku ada sorang pakai perodua kenari tapi model lama ni ruang tak besar mana. Tu pun dia dok fikir2 nak tukar kereta besar sikit. Almaklum la kenari tu pun dah bebas hutang. Lagipun dia sekarang kat kampung.. So kadang2 dia kena jadi supir mengangkut warga emas kesana sini. Kenduri la.. kematian la.. Almaklum la kampung. ramai sedara mara. Kereta dia yang sekarang boleh muat berapa orang je.

Aku ni pasal kereta memang tak pandai sangat walau aku pernah kerja dengan company dealer kereta. Aku bukan kerja jual kereta aku kerja bahagian admin je. Walau bos aku selalu hasut aku suruh sambil2 tu buat la sales. Jual kereta katanya.. alang2 kerja dengan dealer kereta ni tetap aku tak mampu bersikap tamak. Walaupun aku tak jual kereta pun jenuh dah dengar bebelan, makian, marahan customer yang tunggu kereta depa tak dapat. Aku selalu jadi mangsa keadaan bila semua orang tolak call. Tu sebelum ada customer service. Lepas ada.. Pun kadang2 aku kena jadi kambing hitam jugak. Menyampah tau bila terkenang aku jadi mangsa buli kat office. hahahaa

 Dah nama dealer kereta mesti ada sales advisor. Sales Advisor walau kerja dengan proton dealer depa ni jual semua jenis kereta. Nak2 lagi company tu memang banyak buka branch & jadi dealer dari kereta mewah sampai la kereta tempatan maka depa bebas nak jual kereta apapun. tapi tokei kedekut nak mampus. Kena kerja setahun baru dapat caruman kwsp. Kaya tapi makan hak pekerja.. dah tu sesama bangsa & agama. Menjawab la kat sana nantu. Banyak tu soalan bukan sikit.

Ok sebab tajuk pasal perodua kenari meh kita cuci mata sikit model2 baru kenari. Kot2 ada yang berkenan nak beli katanya...





Perodua kenari

Moral of the story.. Nak beli kereta ni hati hati tau. Nak2 melalui salesman. Setiap pembayaran nak buat make sure ada resit rasmi company sebab masa aku kerja ada salesman kebas duit down payment customer RM10k jugak la. Lepas tu dia nak claim balik dengan company tak boleh. Jenis bayar atas tangan. Bayar dulu konon nanti dia bagi resit. Lepas tu salesman pun ghaib tanpa di kesan lagi bersama RM10K tu. Banyak kes sepanjang aku kerja salesman kebas duit customer ni. Yang aku cerita tu kira amount yang banyak.. yang kecik2 tu banyak jugak berlaku. Satu lagi jangan percaya sangat 0 downpayment.. kalau ada yang masih tak tahu sebenarnya mereka markup dalam loan. Jadi kalau nak beli kereta make sure more becareful. Penipu kemaja putih ni ramai, ok!

4 comments:

  1. cantikkk ..tp bonet kecik ye, da ade ank ni mmg xsesuai ler nk beli kereta bonet kecik2..hihi

    ReplyDelete
  2. kalau untuk ronda2 bolehlah.. balik kampung agak tak sesuai lagilah yg jenis balik jauh2 dan makan hari mcm kita.. kan

    ReplyDelete
  3. Oh, kenari nak nak dapat adik barulah ni? Ke dah dapat?

    Tengok gambar macam sado juga. Tapi itulah kereta macam ni memang tak sesuai untuk ahkak-ahkak yang ada anak dan mereka yang berkeluarga ni. Yalah kalau ada anak kecil, mana nak letak car seat anak, stroller anak, beg-beg anak, beg makeup and etclah. Pendekata kalau nak beli kereta, belilah yang betul-betul besar supaya semua orang boleh tumpang naik kereta besar kita!

    Yeah! Tamat dah komen ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!