RESEPI AYAM MASAK HALIA VERSI CAMPAK MENCAMPAK

10.4.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

RESEPI AYAM MASAK HALIA VERSI CAMPAK MENCAMPAK. Aku memang suka sangat la masak masakan yang versi mencampak, tercampak & di campak bagai ni. Senang tak payah nak fikir berat berat sangat. Nak2 lagi sekarang ni laki den memang taknak makan pedas langsung walau kadang2 nampak dia macam teringin je nak makan masakan pedas tapi sebab gastrik yang di alami lambat sangat nak hilang dia rela korbankan selera pedas. Jadi den sebagai selaku bini Solehah ni kesian pulak nak masak pedas2. Lagi malas nak masak banyak jenis makan. Masak menu yang dua2 boleh makan, settle. Nak pedas kang gigit la cili api tu.. Biar berpijau lidah katanya. hahaha


Jadi antara menu tak pedas langsung malah hujung ekor cili pun tak ada.. Adalah Ayam Masak Halia. Sebenarnya tercetus idea nak masak ayam masak halia ni sebab aku malas nak pergi kedai jadi aku tengok apa je yang ada dalam rumah. So, bahan bahan yang nak masak halia ni memang dah ada dalam rumah maka operasi berketung ketang kat dapur pun bermula..

Antara bahan nak masak Ayam Masak Halia ni

Ayam
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Sos Tiram
Sos Ikan
Carrot
Straw mushroom (yang ni tak wajib. Aku masukkan sebab memang ada kat rumah)
Tepung jagung
Daun bawang.
Kuib pati ayam (tak wajib)

Cara nak masak jangan risau.. Cukup mudah.

Mula2 potong ayam kecik2. Gaul dengan garam & kunyit & goreng dulu. Lepas angkat la kang hangus tak pepasal jadi ayam mati terbakar pulak.
Potong bawang putih, halia secara memanjang. Bawang besar potong bulat. Carrot potong dadu. Tepung jagung bancuh dengan air. Daun bawang potong panjang panjang. kalau ada mushrom tak kisah la straw mushroom ke hapa mushroom pun potong la sikit. Dah siap semua. Panaskan minyak tumis bawang putih & halia.. Agak dah naik bau masukkan carrot. Lepas tu masukkan sos tiram & sos ikan & serbuk perasa (@ kiub pati ayam kalau ada. Masukkan ayam & masukkan tepung jagung yang siap di bancuh tadi. Gaul sebati & biar masak sekejab kemudian masukkan straw mushroom & bawang besar. Kalau kurang masin boleh tambah garam. Dah masak masukkan daun bawang gaul sebati & hidangkan.

Siaplah Ayam Masak Halia Versi campak mencampak katanya. Potong campak jer. Susah ke? Mana ada susah, kan? Tapi boleh di jadikan menu untuk tetamu tau.

Nampak sedap & rasa sedap katanya. Ok Ok.. aku puji diri sendiri.

Masak simple macam ni pun sebenarnya dah sedap. Nak tau kena cuba la ye dak.

Moral of the story.. Masak sebenarnya bukan benda yang susah tapi yang jadi susah bila mood tak rajin je. Kalau mood tak rajin jangankan nak masak nak suap nasi dalam mulut pun rasa macam angkat balak je. Hahahaha

4 comments:

  1. ayam goreng masak halia... ermmm,,,, sedap juga ni sis... akak tak tahu dh nak masak apa... hukhuk

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. X susah memasak cuma kna rajin... Tapi resepi campak2 ni memang sedap..

    ReplyDelete
  3. Kathy pun main campak² je sis. Main agak je sukatan bahan pun..

    ReplyDelete
  4. Curlass kak Peah ada entri resepi masak campak baling masuk mulut aje rupanya ...

    Betul tu, Suria. Yang penting ke rajin masuk dapur. Kalau dah namanya malas, memang semua masakan yang campak baling pun tak jadi. Contohnya, macam...err...

    Yang tukang komen ni ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!