TANGAN MISTERI TARIK TUDUNG PEMBELI DI BUTIK FAREEDA

4.4.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

TANGAN MISTERI TARIK TUDUNG PEMBELI DI BUTIK FAREEDA. Tu dia kontroversi di butik fareeda dah masuk slot seram serik lekatlekit katanya. Mesti ramai yang nak tahu apa cerita kan. Sabaq noh.. tunggu sat cheq perasap kemenyan dulu nak ambik mood seram. Bau kemenyan malam2 ni seram la sikit kan.. walaupun kat rumah den ni siang malam bau kemenyan dari colok jiran india yang alim tu. Kadang2 sesak nafas jugak tapi tu la nak tegur kang tak menghormati agama orang lain. Sebab depa ni sembahyang kat luar rumah yang jadi mangsa kita2 yang berjiran ni la. Bau dia pening jugak la... nak2 lagi laki aku yang sangat sensitif dengan bau. ops.. terlajak pulak cerita. Kita kembali ke cerita misteri pasal kejadian di butik fareeda...

Pasal kontroversi pembeli/reseller tudung kuih lapis paling mahal di Malaysia, Fareeda rasanya tak payah cerita dua kali la semua orang tahu. Paling tak tahan tengok reaksi muka tokei tudung kuih lapis tu.. Macam mempersendakan pulak mereka mereka yang berebut nak melariskan tudung fareeda. Betul la macam wardina cakap.. layan customer macam lembu padahal pelanggan harus di layan lebih baik. Tanpa pembeli kau pakai sendiri je tudung kau tu berlapis lapis. Pembeli tudung fareeda dah macam rupa pengemis.. Pengemis kat Malaysia pun tak berebut2 macam tu bila orang nak bagi bantuan. Tapi pembeli tudung fareeda ni nampak lebih rendah martabat bila di perlakukan macam tu.

Tapi dalam video tu ada something la yang menarik perhatian aku.. Rasanya tu 2nd video dari video yang mula2 jadi viral. Yang di upload menantu tokei fareeda merangkap seorang retis kaki sentap. Seorang kakak pakai tudung fareeda jugak kot. Awning dia warna pink.. tetiba terjerit macam kena histeria bila ada tangan misteri tarik tudung dia. Sedaya upaya dia cuba selamatkan tudung dia supaya tak senget. Tangan siapa tak tau la kan.. Dalam dok bersesak2 macam tu. Masing2 tangan dok gapai nak capai nombor giliran nak masuk butik dia dah tak nampak kepala sapa.. dia main gagau jer.. erkk.. korang paham ke gagau tu apa?? hahaha

Kelakar pulak aku tengok reaksi akak ni..bila tudung dia kena tarik dari belakang. Ramai sangat tak tau tangan misteri sapa punya kerja.
Dua kali pulak tu tudung akak tu kena tarik dua kali jugak dia terjerit. Lepas tu dia mula ambil langkah protect tudung dia. Mungkin tudung mahal jugak.. almaklum la fareeda. Biar hilang rambut jangan tudung terkoyak katanya. Hahahaha korang boleh tengok video dia kat sini >> Berebut beli tudung fareeda <<

Tapi yang paling seram sampai rasa nak pijak muka tokei fareeda di minit2 akhir video tu. Memang tak boleh blah. Walau muka dia cantik tapi dalam video tu tengok macam rasa nak herdik. tak tau pasal apa. Mungkin jeles kot sebab tudung dia laku giler. Almaklum la aku kan orang melayu.. Mesti la ada sikap dengki dengan kekayaan orang lain. hahahaha


Moral of the story.. dari hangpa dok kumpul koleksi tudung fareeda ada lagi baik hangpa kumpul duit beli rumah kat lembah klang ni >> Yang Berhajat Nak Beli Rumah area Lembah Klang Ini Yang Perlu Anda Tahu & Tengok Supaya Tak Menyesal << Tudung fareeda kalau jual preloved pun harga dia mencanak naik macam harga rumah. Akhirnya jadi kain buruk jugak. Tapi kalau beli hartanah @ rumah ni sampai korang mati pun harga dia tak mati bersama tuannya. Boleh jugak di warisi anak cucu. Tudung fareeda.. Ntah2 zaman anak cucu korang dah tak pakai tudung kuih lapis.. Dorang pakai tudung red velvet pulak. kekekeke

2 comments:

  1. Hehehehehehe. Dahsyat penangan tudung Fareeda eh? Takda lagi koleksi tudung ni sbb tak mampu nak beli. Heeeehehe.

    ReplyDelete
  2. Sedih sebenarnya tengok keadaan begini...tak salah nak suka sesuatu tapi hangan sampai keterlaluan lebih cinta dunia berbanding PENCIPTANYA..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!