VIRAL! GANGGUAN SERAM JIN KAFIR MAJUSI DI RUMAH SEWA ULU KLANG

4/09/2016 11:49:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

VIRAL! GANGGUAN SERAM JIN KAFIR MAJUSI DI RUMAH SEWA ULU KLANG. Cerita ni tengah jadi viral kat media sosial sekarang. Aku tahu kisah ni pun sebab ada si Jijah kawan aku tu tag. Almaklum kawan2 geng kolej cap ayam aku memang memahami minat seram aku ni. Jadi kalau depa dapat apa2 kisah seram confirm depa ingat aku.


Mula2 aku tak confident cerita ni cerita betul.. sebab yang cerita bukan tuan punya rumah yang terima gangguan tu tapi kawan kepada tuan punya rumah yang concern dengan masalah gangguan mistik yang kawan dia hadapi. Sebab ada pertikaian gambar yang di gunakan untuk dalam cerita seram tu, so aku ingat ni spesis attention seeker je ni. Rupanya yang menyampai tu silap info. Gambar yang di gunakan tu tuan rumah nak tunjuk contoh makhluk yang dia nampak sama macam dalam gambar yang dia dapat dari carian di internet. Tu yang jadi pertikaian tu. Gambar lama tapi story baru je lagi.

Gambar ni la punca cerita ni di tuduh sebagai cerita bohong. Sebab ni gambar lama bukan gambar tuan punya cerita. Dia tunjuk gambar ni pada budak yang sebarkan cerita tu sekadar nak bagitau makhluk yang dia nampak sama macam dalam gambar ni
Tapi sebab aku minat sangat nak tahu cerita ni betul ke tidak aku tanya sendiri tuan punya cerita. Aku dapat FB dia dari budak yang sebarkan cerita seram tu. Tuan punya badan mengesahkan cerita tu betul.. Jadi aku pun rasa berminat nak up di blog selepas mendapat keizinkan dari tuan punya kisah tu sendiri. Lagipun kisah ni memang dah tersebar. Cuma aku nak jugak tulis dalam blog lekatlekit.com

Alkisahnya seorang yang di panggil di panggil Yatie tinggal kat sebuah rumah sewa di ulu klang. Gangguan bermula selepas rumah mereka katanya di masuki seekor ular. Yelah.. jin boleh menyerupai haiwan berbisa seperti ular. Sebab tu kalau ular masuk rumah kita tak boleh bunuh dulu. Kita kena suruh dia keluar kalau dia taknak keluar baru boleh bunuh. Takut yang kita bunuh tu ada pendamping dia. Tapi dari apa aku baca katanya ular tu hilang lepas depa panggil bomba. Puas cari pun tak jumpa. Dan sejak tu bermulalah episod gangguan misteri & mistik di rumah mereka...

kejadian ni masih baru lagi berlaku. Katanya benda tu suka sangat kacau depa sekeluarga.Yang terbaru 29.3.16 dalam pukul  pukul 2.15 pagi alarm Yatie ni bunyi walhal tak ada sapa setting alarm untuk time tu. Katanya makhluk tu suka sangat main alarm. Maybe salah satu cara dia nak menakutkan penghuni rumah tu kot. Tapi sebab sebelum ni memang dorang dah kena macam macam gangguan depa syak kerja makhluk tu jugak. Tapi sebelum ni katanya setakat tarik kaki & himpit time tidur je

Sebelum gangguan alarm tu berlaku satu kejadian dimana husband yatie tengah duduk kat ruang tamu sambil main game kat enpon. Dia nampak kelibat budak merangkak laju lari menyorok belakang tong sampah.Anak hantu merangkak melebihi had laju ni. Wajib saman. hahaha. So, dia jerit kepada Yatie dari ruang tamu, pesan jangan keluar bilik. Time tu si Yatie ni pun tak syak apa2 yang seram. Cuma terfikir mungkin ada lipas ke hapa sampai suami dia tak bagi keluar bilik rupanya ada something yang lebih menyeramkan dari lipas sedang berlaku.

6.4.16 kejadian ni berlaku selepas isyak. Time tu anak anak yatie nak main game kat handphone bapak dorang tapi si yatie ni tak bagi. yelah.. budak2 tak elok di dedahkan dengan gadget sangat nanti jadi anti sosial so jangan kecam tindakkan si yatie yer. hehehe. Maka dia sorokkan handphone kat atas almari shelf. Lepas tu masing2 tidur. Pada tengah malam tapi sebab dah melepasi pukul 12 tengahmalam maka tarikh dah bertukar 7.4.16. Tepat jam 2.15pagi yatie dengar suara budak kecik ajak main. Dia sebut.. "mari mari".. Sebab dah tahu dalam rumah dorang ni memang ada gangguan seram macam tu si yatie dapat agak mungkin suara tu dari makhluk tu. Jadi tak ada apa yang pelik sangat walaupun agak menyeramkan.

Keesokkan harinya suami si yatie call dari pejabat dalam pukul 4 petang bagitau ada rakaman audio dalam handphone dia sama seperti suara yang dorang dengar semalam. Malam tu jugak si suami yatie buka rahsia pasal dia ternampak budak merangkak laju menyorok belakang tong sampah.

Gambar yang ter snap oleh suami Puan Yatie. Macam dok basuh pinggan je lembaga tu. Gamaknya apa dia buat sebenarnya??

Satu lagi kejadian yang berlaku semasa suami si yatie nak check pixel kat camera handphone dia secara tak sengaja ter capture satu gambar kelibat lembaga hitam kat dapur. Kat opis kawan kawan kak yatie cuba tengok gambar tu melalui pc. Ada kawan mereka berpendapat makhluk tu biasanya datang dari penganut agama hindu. Mereka cuba translate perkataan yang di sebut dalam audio yang terakam dari hp suami si yatie tu.. katanya bila di translate perkataan tu bermaksud mati. Main kasar jugak jin ni kan? main ugut2 dengan perkataan 'Mati'. Ni kalau manusia boleh di dakwa bawah ugutan jenayah ni. Nasib baik jin... hehehe

Nak dengar Audio suara seram boleh dengar kat SINI tapi aku tak sure sebab ada yang kata rakaman audio tu ada boleh dapat kat youtube. Banyak sangat percanggahan fakta dalam cerita ni. Apapun hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya.

Katanya si yatie sering di ganggu dengan bunyi alarm setiap 2.15 pagi. Yang lebih menakutkan bila dia check alarm setting dia ada ada nota pada alarm tu. Nota2 dia seperti memberi amaran & memberitahu sesuatu tentang makhluk yang menganggu mereka. Sebab husband si yatie ni pun kena gangguan yang sama. Salah satu note yang tertulis pada alarm si yatie adalah majusi. Majusi ni yang aku tahu adalah salah satu kaum jin kafir. Juga di kenali sebagai Jin api sebab kaum jin ni adalah golongan kufur yang menyembah api.







Gangguan alarm ni normally berlaku pada hari yang sama rabu,khamis & jumaat. Tak tau kenapa Jin ni pilih hari tersebut. Macam macam cara keluarga si yatie buat untuk menghalau makhluk tu tapi setakat ni belum berjaya. Pasang ayat ruqyah tak berhenti dalam rumah. Still ada gangguan dalam rumah mereka.

Pada 7.1.16 Katanya si yatie ni tak dapat tidur. Kebetulan khamis malam Jumaat. Badan dia jadi panas & berpeluh. Antara simtom di ganggu jin majusi @ jin api ni memang mangsa akan rasa panas. Tu dari apa yang aku baca la. Tidur si yatie ni pun asyik terjaga selang dua jam. Bila pejam mata je mesti terasa badan dia macam di himpit sesuatu.

Pada Jumaat 8.1.16 Bila pasang ayat ruqyah sampai ke pagi mereka boleh tidur nenyak. tapi keesokkan harinya (sabtu), Bila check hp suami dia ada gambar yang di ambil pukul 2.45pagi semasa mereka tengah tidur. Jin majusi ni kira celik teknologi jugak la yer.. pandai main handphone tapi apa yang aku pernah baca golongan jin golongan yang maju jugak tapi yang aku baca sebelum ni katanya golongan ni ni maju dari segi perubatan. Sebab tu ramai guna jin untuk jadi pendamping bila nak jadi pengamal perubatan alternatif. Amaran! Berdamping dengan Jin adalah perkara yang di larang agama! Syirik ok!

Selepas gangguan dari handphone.. mungkin dia dah bosan guna taktik menyakat yang sama di bertukar cara lain pulak. Dia kejutkan mereka pakai meja. Pukul 4.30 pagi katanya dia buat bising dengan bunyi meja kerusi di tarik. Yang ni selalu aku dengar kat rumah aku. Tapi sekarang dah kurang. Rumah aku setakat gangguan bunyi je. Si Yatie ni dengar & terjaga tapi malas nak ambil pot dah. Abis dah selalu sangat kena ganggu cara extreme sampai tunjuk kelibat bagai.. apalah sangat setakat bunyi tarik kerusi meja tu kan. Kalau Aku pun malas nak layan. Aku anggap jin rajin mengemas je. hahaha. Tapi si suami yatie rajin pulak pergi record jin tengah mengemas pepagi buta. Dalam video tu katanya nampak bayangan hitam macam manusia. Dia jalan sampai ke pintu stor rumah mereka kemudian hilang menebusi bilik stor tu. Gamaknya balik rumah dah kot. Almaklum la dah nak subuh.. kang mak marah katanya. hahaha

Antara bayangan bayangan yang mereka nampak dalam rumah mereka ni.. macam cahaya bebola putih. Kalau selalu tengok rancangan aktiviti paranormal memang selalunya ada tunjuk rakaman bayangan macam cahaya putih bagai yang di panggil entiti. Yelah.. bukan senang nak record Jin seketoi2 macam tu. Jin kejadiannya bukan macam manusia. Walaupun handphone suami si yatie ni bukan jenis high resolution banyak mega pixel macam dslr tapi mampu record entiti jugak. Erkk.. aku pernah tengok kot rancangan seeker yang cakap memang kelibat entiti tak mampu di rakam dengan gadget yang hi-resolution ni. Tapi aku nak cerita balik alat2 yang depa guna untuk record entiti ni aku sendiri pun tak reti sangat pasal gadget orang guna cari hantu ni. Hahaha

Menurut Yatie katanya barang2 elektrik rumah dia selalu sangat rosak. Baru je beli pakai sekejab dah rosak. Tu antara ciri2 rumah yang ada gangguan jin menurut dari apa yang aku baca. Peralatan elektrik selalu rosak. Jadi tak pelik benda tu berlaku pada keluarga Yatie. Katanya nak pindah tuan rumah tak nak pulangkan deposit nak tolak dari maintainance rumah. Alahai.. aku faham masalah nak berpindah randah ni. Almaklum la kalau nak masuk rumah sewa baru kena deposit baru. Beribu riban jugak nak keluar jadi fahamlah kenapa Yatie & family masih bertahan. Cuma aku boleh suggest boleh try rawatan Islam di Pusat Rawatan Al Qayyum kat sri damansara. Depa boleh pi halau benda tu kat rumah. Cuma Budget tu aku pernah tanya dalam RM700++ tapi tak sure bergantung pada masalah. So boleh rujuk sendiri ke pusat rawatan al Qayyum.

Tak tahu samada gangguan di rumah yatie masih berlarutan sampai sekarang ke tidak hope kalau sudi Yatie boleh share dengan lekatlekit.com. Mungkin dengan perkongsian melalui blog jugak membantu Puan Yatie mencari jalan penyelesaian pada masalah gangguan mistik di rumah beliau. Kalau takde penyelesaian kesian jugak kan.. 

Apapun kita sama2 doakan kesejahteraan keluarga yatie. Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah. Gangguan jin boleh di selesaikan dengan rawatan cara Islam. Tapi Awas! Jangan sesekali menggunakan khidmat bomoh. Takut dia buang jin yang ada dalam rumah, dia tinggal jin lain pulak. Nak2 lagi bomoh yang jenis cari makan. Takde gangguan takde la income dia.

2 comments:

  1. Seram baca kat fb pasal cerita ni smlm..

    ReplyDelete
  2. ada baca gak pasal ni.. serammm
    http://www.budakpacak.com/2016/03/popcorn-paling-sedap.html

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com