AMRAN FANS MENGELABAH BILA DI KECAM ISU GADIS & CANGKUL

23.5.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

AMRAN FANS MENGELABAH BILA DI KECAM ISU GADIS & CANGKUL. Bukan senang nak tengok kaki troll & viral orang ni mengelabah bila dia mendapat kecaman hebat dari berbagai lapisan masyarakat bila tersilap melawak pasal isu kes gadis yang di rogol kemudian di rodok kemaluannya menggunakan batang cangkul hingga menyebabkan beberapa organ dalaman dia pecah & kemudian meninggal dunia.


Isu tu sangat sensitif. ia melibatkan kekejaman terhadap kaum perempuan nak2 lagi gadis di bawah umur. Walaupun berlaku di negara jiran memang seluruh dunia rasa terkesan dengan jenayah kejam macam tu. Nak2 kaum wanita la kan.. Yang ada ank gadis memang benda ni memberi kesan trauma & fobia jugak mengenangkan dunia sekarang penuh dengan manusia yang dah tak ada perikemanusiaan.

Aku antara orang yang suka layan jugak la lawak lawak Amran Fans tapi tak bermakna aku bersetuju dengan semua perkara yang dia cuba Troll & buat lawak. Kalau aku rasa melampau selalu aku direct komen tak setuju je kat post dia. Kalau aku rasa setuju dengan pendapat dia.. Aku cakap setuju. Aku sangat simple sebab prinsip aku memang takkan taksub dengan mana2 manusia bergelar public figure atau orang2 terkenal di media sosial. kau ada follower juta2 pun aku tak heran sangat. Kalau aku tak setuju tetap la aku cakap tak setuju.


Bila dia di kecam dari segala sudut sampai masuk blog ohBulan.. nampak jugak Amran Fans yang kaki sarcasm, kecam & troll orang yang dia rasa salah tu melatah jugak. Tengok jugak post2 tak keruan dia pasal isu tu. Mula2 minta maaf, lepas tu cakap post tu dari admin baru yang dia lantik (kononnya), lepas tu dia cakap minta maaf pun still kena kejam so dia dah tak nak minta maaf lagi. Jadi dia terus cuba menunjukkan kesalahan dia tu macam kesalahan yang kecik jika di bandingkan dengan kesalahan yang orang lain pernah buat. Padahal salah tetap salah la meran ooi.. Kau tak payah nak kecam pasal kes Antaltuya yang konon orang tak kisah padahal isu tu juga menjadi satu isu besar di negara ni & masih di perkatakan.

Amran Fans.. aku tetap la follow kau tapi macam kau cakap la.. pengamal media sosial ni semua sama je. Macam kau & aku jugak la meran. Orang lain buat kita hentam bila time kita tersalah langkah orang lain pulak hentam. Aku pun pernah kena hentam kaw kaw sampai beberapa hari di komen artikel berita tak berapa lama dahulu. Lumrah la.. Ada masa kita menghentam ada masa di dihentam.So, kau tak perlu rasa teraniaya atau apa2 sangat la.. Kau pun kadang2 menganiaya orang lain jugak dengan isu2 yang kau viralkan sebelum ni. Jadi bila kena kat batang hidung sendiri kau kena terima seperti yang kau selalu buat kat orang lain & harap mereka terima kenyataan perbuatan mereka tu memang boleh mengundang kecaman dari orang lain.

Moral of the story.. Amran fans popular di sebabkan lawak berbaur sindiran dia. Sehingga berjaya menerbitkan buku & agak laris di pasaran. So Amran fans salah seorang di kira selebriti media sosial jugak yang berjaya dengan cara dia. Mungkin cara dia tak berapa elok untuk menjadi contoh sebagai seseorang yang menjadikan diri dia macam selebriti & berjaya. cara dia mungkin berisiko & kesilapan dia mungkin mampu menjatuhkan dia. Tapi 5 selebriti mungkin korang boleh jadikan inspirasi dengan kejayaan mereka >> 5 Kisah Selebriti yang Mesti Anda Baca << So, kesimpulannya kat sini. Semua orang boleh berjaya macam macam cara, so pilih la yang mana terbaik.

2 comments:

  1. padan muka meran selalu dia je duk kecam orang...la ni dia pulak kene kecam...ape rasenye meran? ada tak rasa oren..

    ReplyDelete
  2. Selalu ketam orang boleh plak

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!