FILEM SERAM YANG BOLEH BUAT ORANG DEMAM PANAS LEPAS MENONTON

5/30/2016 02:08:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

FILEM SERAM YANG BOLEH BUAT ORANG DEMAM PANAS LEPAS MENONTON. Aku kalau dengar ada filem seram yang boleh buat aku rasa seram sampai terbayang bayang memang aku nak tengok sangat. Sebab sekarang susah sangat nak jumpa filem seram yang betul - betul seram. Kebanyakkan yang seram seram manjakani jer. aku dok anggap selama ni deria seram aku dah hilang rasa sebab nak bersangka baik dengan filem filem seram sekarang. yelah.. kang kritik je orang cakap aku ni asyik negatif je kan.


Semalam pun sempat singgah wangsa walk tapi malangnya filem2 seram yang keluar dua tiga bulan lepas belum lagi di jual dalam bentuk dvd kat situ. Situ memang lambat tapi sebab murah aku rela menunggu. Kat tesco pun ada jual jugak dvd filem2 seram tapi rega dia tak semurah kat classic world entertainment tu. RM10 je untuk original dvd. Sebab takde filem lain.. aku ambil jugak la satu filem melayu. Nanti la aku review filem apa.

Yang pasti tahap keseraman dvd seram yang aku beli semalam mustahil mampu sampai ke level seram yang aku harapkan. Tapi katanya sekuel kedua satu filem English ni bakal keluar di pawagam. Depa kata mampu buat orang demam panas lepas tengok filem ni. Bunyi macam seram sangat je. Tapi tak mustahil filem tu memang seram sebab yang pertama dulu pun agak seram & tidak mengecewakan peminat filem seram macam aku. Yang kedua ni.. Hope lebih seram berbanding yang pertama dulu. Baru la merasa tengok celah celah jari katanya. hehehe

tak sabar aku nak tengok filem yang di canang canang seram tu. Kalau korang nak tahu filem apa yang di katakan sangat seram & ada babak babak yang mampu buat korang demam terkejut atau kena histeria meh tengok kat sini >> 5 babak Dalam Filem Seram Ni Bakal Buat Anda Demam Panas << Sebab filem yang pertama dulu katanya dari kisah benar. Yang kedua ni tak tau la kesinambungan kisah benar tu masih di ambil dari kisah benar atau sekuel kedua ni tak berapa benar dah.

Yang penting kalau korang peminat filem seram macam aku memang korang akan rasa excited nak tengok filem ni. Sabar.. sebulan je lagi bakal di tayangkan di pawagam2 seluruh Malaysia.

3 comments:

  1. amboi..seram seram manjakani..haha...memang betul, tak berapa nak seram sangat da movie2 omputih skang ni..maybe sebab tak dekat dengan kita kot? ke da macam akak, deria seram da tak berfungsi..haha..

    tapi JENGKA is the most horror malay movie yang pernah saya tengok...kalo MUNAFIK, dia tak seram..banyak pengajaran..

    the conjuring..boleh la..terkejut2 banyak..kita tengok 2nd movie nanti ya!

    ReplyDelete
  2. Ni nak tanya, seram-seram manjakani tu macamana kekdahnya? Ala suam-suam kuku aje ke keseramannya? Hahaha!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com