GAMBAR TERKINI WATAK KETUA DARJAH KELAS CIKGU SHAARI DALAM FILEM MASAM MASAM MANIS

16.5.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

GAMBAR TERKINI WATAK KETUA DARJAH KELAS CIKGU SHAARI DALAM FILEM MASAM MASAM MANIS. Rasanya semua orang still ingat filem masam masam manis. Almaklum filem evergreen ni sentiasa di tonton oleh semua lapisan masyarakat. Sampai sekarang pun setiap minggu aku suka jugak layan filem P.Ramlee kat TV2. dari kecik tengok sampai sekarang lawak2 dalam filem P.Ramlee masih mampu buat orang ketawa. Itulah kehebatan seorang Insan bernama P.Ramlee.

Filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. Masam Masam Manis

Korang perasan tak dalam filem masam masam manis ada watak seorang budak yang jadi ketua kelas cikgu shaari. Alah.. yang suara dia paling kuat tu. Hahahhaa. Walaupun watak dia tak banyak tapi sesiapa sahaja yang pernah berlakon dalam filem P.Ramlee akan rasa bangga walau hanya extra. Memang orang boleh ingat setiap watak walau sampingan sebab kesan setiap watak tu ada kekuatan dia tersendiri.

Dalam bulatan merah tu la watak ketua darjah dalam kelas cikgu shaari

Itulah kehebatan filem2 P.Ramlee yang tak ada pada filem2 sekarang. Filem2 sekarang kadang2 pelakon pegang watak utama pun aku tak kenal. Bukan apa yang bawa watak utama pun berlakon ala2 extra je. Memang totally tiang eletrik macam mana nak terkesan di hati penonton kan?

tentu korang nak tengok watak ketua darjah dalam kelas cikgu shaari yang hari2 main bola tu. hehehe.. Kalau dulu seorang budak mungkin sekarang dah level atok dah ni. Tapi memang rare la sapa yang dapat gambar dia ni... Nak tengok meh tengok kat sini


Alahai ketua darjah... Mesti menjadi kenangan yang terindah buat pakcik ni sebab pernah terlibat dalam filem arahan Tan Sri P. Ramlee. Zaman tu bukan senang nak jadi pelakon. Tak macam sekarang. Pelakon bersepah sampai ada yang kita tak kenal pun. Ada yang berbakat ada yang berkarat je. Ada yang memeriahkan industri perfileman negara ada yang menyemak industri seni je. Tapi kalau 5 orang pemes kat Malaysia ni Berlakon filem X-men mesti gempak >> Confirm Filem X-Men Jadi Caca Marba genre dia bila Didie Alias, Ayahanda Rani Kulup, Bomoh VIP Ibrahim Mak Zin & 2 lagi orang Femes Malaysia berlakon. Nak tau watak apa yang mereka akan bawa meh tengok kat sini << Yang ni tak tau la apa nak jadi. Dari Filem X-men Boleh jadi Filem X-jahanam gamaknya hahaha.

Moral of the story.. walaupun dia cuma bawa watak extra sebagai ketua darjah tetap nampak talent tu. Itu baru pelakon ye dak. hehehe.

P/S : Di kesempatan ni nak ucap Selamat Hari Guru kepada semua bekas2 guru tersayang walau den agak nakal masa sekolah menengah tetap ada cikgu sayang katanya. Kepada semua guru.. Terima kasih cikgu

1 comment:

  1. Cikgu suka main bola,hari2 cikgu main bola,Hari2 cikgu tidur.. Hehehehehe.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!