INI SEBAB ANDA MESTI DISABLE AUTO DOWNLOAD DI WHATSAPP

5/27/2016 02:06:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

INI SEBAB ANDA MESTI DISABLE AUTO DOWNLOAD DI WHATSAPP. Trend sekarang adalah whatsapp. Tempat orang ber chit chat. Ada personal ada dalam group. Macam2 group whatsapp ada sekarang & ramai jugak jadikan group whatsapp untuk berkomunikasi dengan family. Adik beradik aku pun ada group whatsapp. nak2 lagi masing2 bukan selalu berjumpa dah. Jadi group whatsapp salah satu cara memudahkan kita berhubungan & berkumpul jugak la.


Aku bukan jenis suka sangat berbual kat group whatsapp.. Cuma ada 2 group je aku banyak berbual. Dua2 group ni ahli tak sampai 10 orang. 1 group family aku tapi bukan hari & setiap jam pun dok menyembang & satu lagi group geng masa aku belajar kat kolej cap ayam dulu. Dua2 group ni semua perempuan. Tu la group aku menyembang tapi bukan setiap hari pun aku aktif. Nak2 lagi whatsapp aku install kat Tab tua aku ni. Kejab2 whatsapp hang.. Salah satu faktor aku malas nak ber whatsapp jugak. hahaha

Bila majoriti orang ada whatsapp maka berlakulah satu aktiviti aku paling tak berkenan. Terutama peniaga online. Suka2 hati sent mesej dengan berpuluh2 gambar padahal kita tak request pun nak tengok barang jualan dia malah tak pernah tanya pun. Yang tu paling aku tak suka. Kau nak iklankan produk kau bukan kat dalam personal whatsapp orang macam tu beb! Kecuali atas permintaan. Kau post je kat personal account FB atau IG kau sudah. Tak pun meh sini aku nak tolong review kat blog dengan syarat kau kena la bayar yer... Kau nak cari makan, aku pun nak cari rezeki jugak. So win win situation.

Tu yang jenis sent kat personal mesej orang.. Dalam group. Kadang2 nak tegur kang orang cakap kita sombong.. Group sekolah tadika di mana di tubuhkan untuk memudahkan ibu bapa & guru berkomunikasi kalau ada apa2 aktiviti sekolah atau apa2 masalah berkaitan anak anak pun jadi group berniaga. Nak2 dekat nak raya ni.. kain pasang la,kuih raya la.. Kadang2 rasa orang2 macam ni tak reti nak hormati fungsi & tujuan sesebuah group tu di buat. Asal ada peluang je dia nak jual barang. Kalau setakat group borak kosong dengan kawan2 macam group geng cap ayam aku & geng tu ok la.. Memang group tu kami post apa saja. Ni group berkaitan dengan sekolah atau komuniti apa apa yang di tubuhkan untuk tujuan tertentu.. Tak elok kita asyik nak jadikan semua group tempat berdagang.

Dah tu sekali dia post gambar.. berderet deret. Ingat orang suka ke? Orang tak suka tau tak. Tapi mungkin orang tak sampai hati nak tegur takut kau kecik hati. Bukan sebab dengki atau rimas tapi ni antara sebab orang tak suka kita post terlampau banyak gambar kat whatsapp >> Bila terlampau Banyak gambar/video di post dalam whatsapp Ini yang berlaku pada smartphone anda yang bakal buat anda benci dengan teknologi. Baca yang no 1<< Bila jadi macam ni aku pun hangin sebab tu aku disable je auto download media kat whatsapp. Dulu baru2 ada whatsapp sakit hati jugak sebab tak tau boleh setting disable auto download tu. Jadi yang belum disable auto download media tu mohon berbuat demikian sebelum anda rasa nak maki orang hahahaha

Moral of the story.. nak meniaga kat whatsapp tak salah, nak share sesuatu yang mungkin menarik & bermanafaat kepada orang lain tak salah cuma yang salah bila kita melakukan sesuatu perkara sampai melanggar hak orang lain. Memang orang rasa anda sangat annoying.

5 comments:

  1. betul..tak salah nak promosi tapi bertempat dan kena dengan masa..lagi satu kalau jenis yang kita tengah sembang serius tiba-tiba eh mencelah dengan lawak yang makin buat kita angin..jangan kan ketawa nak senyum pun sakit hati...ahli group atau individu kena bijak tengok situasi..

    ReplyDelete
  2. Betul suria..
    Bila post gambar berderet-deret..
    start lah telefon hang..
    pastu bagi lak video..
    aduhhhh data line pulak habis..
    mahu tak benci :P

    ReplyDelete
  3. Mrs. A pun memang tak praktis buat auto download nih!
    Haih! cepat habis data nanti bak hang dengan video ntah apa-apa yang 13 ke 14MB.
    Pastu dengan gambar yang berderet-deret haih! baik jangan.

    ReplyDelete
  4. Hahahaha..kathy pun buat entri pasal wasap hari ni sis..

    ReplyDelete
  5. Nak buat promosi pun biar bertempatlahkan. Kalau habis semua tempat nak promosi produk, memanglah sakit hati. Nasib baik akak tak banyak group WA. Akak malaslah nak berWA2 selalu ni. Tapi kalau bab ngumpat tu, best juga. Hahaha!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com