JANGAN SAMPAI HAIWAN BERSATU TUNTUT KEADILAN MACAM NI

5/26/2016 01:38:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

JANGAN SAMPAI HAIWAN BERSATU TUNTUT KEADILAN MACAM NI. Setiap rabu jam 10.45 malam lebih kurang.. Ada movie kat 8TV. Aku layan jugak sebab movie2 yang di tayangkan kat 8tv ni not bad berbanding setiap ahad pukul 11 malam kat ntv7. Ntah apa2 cerita depa tayang. Certain2 movie je boleh layan kalau kat ntv7 setiap ahad tu. Tambah bulan ni punya movie hampagas je cerita. Hahahahaha

Rise Of The Planet Of Apes. Sumber Google

Semalam kat 8tv tayang filem Rise Of The Planet Of Apes.. Filem lama bukan baru. Filem ni di tayangkan pada tahun 2011. Filem 5 tahun lepas la. Siaran Tv percuma mana ada nak tayang filem2 baru keluar. Apa kau ingat Astro First ke kau nak demand filem2 baru. Nak tengok filem baru pi tengok kat pawagam sana. Stesen Tv percuma ni jangan mimpi la nak tayang filem baru. Walaupun filem lama.. Filem ni masih mendapat tempat di hati aku yang ala2 pencinta haiwan ni. Aku suka filem Rise Of T The Planet Of Apes. Dia banyak sekuel lagi selepas tu.

Bukan la aku nak review filem yang dah masuk arkib ni cuma bila tonton filem ni memang menyentuh perasaan sangat. bagaiman haiwan di jadikan bahan ujikaji dalam dunia perubatan manusia untuk mencari formula atau penawar sesuatu penyakit. Dalam filem ni mereka gunakan cimpazi.. salah seekor cimpazi di gunakan untuk menguji keberkesanan satu formula untuk penyakit  hapa ntah. Aku bukannya faham sangat. Ia sangat berkesan pada cimpazi tapi bukan manusia.  Menjadikan cimpazi tu bijak macam manusia.

Sebab dia bijak & boleh berfikir secara logik macam manusia.. Dia mula menuntut keadilan atas kekejaman manusia terhadap spesis dia. Mula2 starting cerita ni memang sedihnya lahai.. tengok cimpazi tu di gunakan sebagai bahan ujikaji.. dia beri layanan buruk.. di aniaya bagai. sakit hati mak tengok.. Dekat ending tu rasa puas hati bila semua cimpazi yang di tangkap & di kurung tak kira di makmal penyelidikkan, zoo, tempat kurungan haiwan.. Membalas dendam kat manusia2 yang menganiaya depa & akhirnya kembali ke habitat asal mereka dalam hutan.

Bila tengok sekarang banyak kekejaman terhadap haiwan yang tiada pembelaan sewajarnya walau ada akta untuk mendakwa mereka2 yang menganiaya atau membunuh haiwan tanpa sebab tapi biasa la manusia.. Dia pandang haiwan hanya seekor 'Binatang' yang macam nyawa mereka tiada harga. Yang seolah2 makhluk yang bernama haiwan tak reti rasa sakit, rasa sedih, rasa kehilangan.. Walaupun ada akta yang boleh di sabitkan kesalahan kalau yang di pertanggungjawabkan tak jalankan kerja & amanah dengan betul pun susah jugak la nak membenteras kekejaman haiwan ni. Kena ada kerjasama dari kedua dua belak pihak.. dari orang awam sehinggan penguatkuasa.

Terfikir jugak aku kalaulah berlaku haiwan bangkit bersatu menentang kekejaman manusia macam dalam Filem Rise of The Planet Of Apes tu gamaknya apa jadi pada dunia. Selama ni kita pandang haiwan lemah sebab tak berakal.. Kalaulah Allah bagi depa akal, masa tu manusia baru ada akai! Jangan terkejut kalau tetiba manusia yang hidup dalam kandang pulak lepas tu macam dalam sekuel2 Rise Of The Planet Of Apes yang seterusnya.

Hentikan kekejaman terhadap haiwan. Mereka adalah sebahagian dari sistem kehidupan. Mereka berhak hidup dengan aman di muka bumi Tuhan ni. Setiap makhluk yang di ciptakan Allah di atas muka bumi ni ada fungsinya tersendiri. Mereka jugak melengkapi kehidupan kita. Jangan jadi manusia tamak & kejam. Rakus merampas hak makhluk lain. Jadilah supporter tak kira untuk apa haiwan sekalipun. Jangan asyik nampak je orang bagi makan haiwan terbiar nak report badan pengurusan bangunan bagai. Dah la tak tolong bagi makan. Orang bagi makan pun sakit hati. Betul2 dah hilang ciri2 manusia orang macam ni. Layak orang macam ni Syaiton nirrojim je.

Kalau kita tak mampu buat seperti mereka2 ni buat janganlah kita jadi batu penghalang untuk mereka melindungi & mengasihi haiwan haiwan tersebut.

Moral of the story.. Manusia yang tinggi nilai kasih sayang dalam dirinya adalah manusia yang mampu mengasihi, menyayangi & ada rasa simpati terhadap haiwan. Adakah anda mempunyai ciri2 tersebut. Tepuk dada tanya selera jangan sampai tersedak sudah. Peace Yo!

2 comments:

  1. Ngeri bila dikenang jika haiwan mengamuk Suria..
    Bahaya..
    Kesian mereka kan..
    Mereka pun mahkluk Allah yg perlu dilindungi..

    ReplyDelete
  2. MG pun tgk mlm td.
    takut jgk kalau bntg boleh berckp n bijak mcm tu kan? huhu


    JOM JOIN GIVEAWAY MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/05/giveaway-comeback-cashmoney-by-mg.html

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com