KISAH SERAM! GANGGUAN MISTERI SELEPAS URUS MAYAT SEPARUH BADAN

5/17/2016 08:01:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

KISAH SERAM! GANGGUAN MISTERI SELEPAS URUS MAYAT SEPARUH BADAN. Malam ni ber mood nak up kisah seram kat blog lekatlekit.com. tetiba rasa rajin nak berseram serik tu haruslah di manafaatkan. Ok malam ni aku nak share satu kisah seram yang melibatkan seorang ustaz yang memang kerja dia banyak menguruskan mayat2 yang tidak sempurna ni.

Gambar Sekadar Hiasan

Alkisahnya.. dia menerima satu mayat yang hanya separuh badan dimana hanya ada bahagian pinggang ke bawah berusia dalam lingkungan 30an yang di temui terapung dalam laut selepas beberapa hari di campak kesitu. Kiranya badan kepala tangan semua tak ada la. Bau memang tak payah cakap. Mayat kot. Busuk Na'uzubillah.

Bermulanya kisah seram ketika ustaz ni nak mandikan jenazah tetiba bulu roma dia meremang tapi bukan sebab rasa ngeri dengan fizikal mayat tu yang tak sempurna tapi ustaz tu dapat syak ada sesuatu yang tak kena di samping mayat tu bila hati dia rasa tak tenteram semasa menguruskan mayat tu. Kalau nak dikatakan sebab keadaan fizikal mayat tu, ada mayat yang lebih teruk dari tu dia pernah uruskan jadi dah tak ada rasa sangat. Orang kata dah biasa hadap mayat2 tak sempurna ni so keadaan mayat tu dah tak jadi satu ketakutan lagi bagi ustaz & geng dia.

Semua yang terlibat dalam menguruskan mayat tu dapat merasa ada sesuatu yang menganggu Kata orang kalau tak semena mena bulu roma meremang ni memang ada something la kan. Di teruskan juga menguruskan mayat tersebut dengan di iringi bacaan ayat ayat suci Al Quran terutama ayatul kursi. Mengikut pengalaman ustaz tu.. Kalau ada rasa rasa yang tak sepatutnya ketika menguruskan mayat ni selalunya jenazah tu bukan di kalangan mereka mereka yang di cintai Allah.. Apapun yang lebih mengetahui adalah Dia. Betul tak betul tak tahu la.. Ustaz tu sampaikan melalui pengalaman dia sebelum ni.

Dah selesai semua jenazah di hantar ke kawasan perkuburan. Sebab dia terpaksa bergegas untuk menghantar salah seorang juru urus jenazah ke satu tempat untuk menguruskan jenazah lain tapi sempat dia berpesan kat penggali kubur jangan di kebumikan dulu jenazah tu. Dia akan datang semula menguruskan urusan pengebumian. Sebab jenazah tu ada sedikit masalah tapi tak ada la si ustaz bagitau masalah jenazah tu. Tak elok la kan.. mengaibkan orang yang dah meninggal dunia.

Selepas selesai urusan, si ustaz kembali ke kawasan perkuburan tersebut tapi jenazah tu dah selamat di kebumikan jadi hajat dia nak menyempurnakan pengebumian tu tak kesampaian la. Sebab semua dah selesai dia pun balik la kan.. Tapi sebaik masuk je dalam kereta tetiba dia rasa macam ada something yang ikut. Dengan tak semena mena perasaan seram sejuk tu datang balik. Nak kata peminat.. tak nampak rupa parasnya cuma dapat rasa kehadirannya je. Confirm la bukan peminat.. Ustaz tu pun bukan public figure sangat kan. Dengan sedikit ilmu yang dia ada, dia cuba menghalau penumpang tak di undang tu tapi gagal. Penumpang misteri tu terus ikut dia sampai kerumah. Nak buat macam mana suruh keluar taknak bawak balik jugak la. Dan pada malam tu terpaksa la si Ustaz & tetamu tak di undang tu berperang.

Dalam pukul 11 malam ketika seisi keluarga ustaz tu dah saip2 nak tidur, dia mula rasa lain macam. Bukan rasa lain macam sebab malam jumaat OK.. Korang ni suka tau menyimpang. Ni cerita seram ok bukan cerita romen romen tau! Perasaan seram kembali datang. Macam biasa la bulu roma ni tak boleh orang rasa seram sikit dia pun mula la berdiri tegak macam nak nyanyi lagi negaraku.

Si ustaz mula membaca ayat ayat suci Al Quran sehingga tetamu tak di undang tu mengalah & blah katanya. Surah2 yang di gunakan adalah Al-Fatihah, 3 Qul,Ayat Kursi, Amanarrasul & satu ayat lain sebagai penutup. Tak di nyatakan pulak ayat apa. Dengan ayat2 tersebut berjaya menghalau syaitan yang cuba menganggu. Ingatkan dah kembali kepangkal jalan rupanya dia datang balik. Ustaz tersebut mengulangi membaca surah2 tadi & hembuskan ke arah makhluk tu. Untuk sementara waktu tu dia lari la sekejab maybe sebab panas. Lepas sejukkan badan dia datang balik katanya.

Menjelang tengah malam, tetamu tak di undang tu jadi semakin agresif. Bila si ustaz mula nak lelapkan mata dia main cucuk2 badan pulak. Bila ustaz tu terbangun & pandang di kawasan sekeliling memang tak nampak apa2 kecuali gelap je. Maka di baca sekali lagi ayat2 suci Al Quran & berjaya menghentikan gangguan tersebut buat sementara waktu.

Ingat dah habis menyakat.. Rupanya bila ustaz tu dekat nak terlelap dia datang lagi. Kali ni cucuk pusat pulak. Amboi gurau kasar nampak. Lepas tu dia dia cucuk punggung la, cucuk badan la setiap kali ustaz tu nak terlena. Dekat sejam jugak la dia dok main cucuk2 macam tu. Tapi gamaknya dah bosan dia berhenti jugak la. Maka tidurlah si ustaz dengan nyenyak. Rupanya macam tu nak buat jin berhenti menyakat yer.. Biarkan je lama2 jin pun tau bosan jugak hehehe

Nasib baik la hanya 1 malam je di ganggu makhluk yang mungkin datang dari mayat separuh badan yang di uruskan ustaz tu. Bukan ustaz tu je kena.. katanya penggali kubur yang menguruskan pengebumian jenazah tu pun jatuh sakit dekat sebulan. Menurut cerita, lepas uruskan jenazah tu penggali kubur tu jugak di ganggu. Dia seolah olah di ekori mayat tu. Bila dia masuk pejabat je dia nampak mayat tersebut dalam pejabat. Bila masuk bilik mandi pun sama jugak atau kemana mana saja dia pergi akan ternampak mayat tersebut. Macam kena badi orang kata. Akibat dari gangguan tersebut penggali kubur tu jadi meracau racau hampir sebulan jugak la & selepas berubat Alhamdulillah dengan izin Allah sembuh seperti sediakala. Tapi bukan la dari pemilik roh jenazah tak sempurna mungkin ada sesuatu di samping mayat dia semasa di meninggal la kot. Tak tau la macam mana boleh ada kaitan. Allah maha mengetahui segalanya.

Walaupun ada yang tuduh ustaz tu mengarut mengaitkan gangguan tu dengan jenazah yang di uruskan tapi katanya ia benar benar berlaku. Sebab iblis memang boleh menyerupai orang yang dah mati. tak mustahil gangguan tu dari Iblis yang nak menyesatkan manusia. Menurut ustaz tu dia yakin pemilik jasad yang di uruskan tu mengamalkan ilmu hitam semasa hayatnya. Selalunya gangguan macam tu berlaku kerana pemiliknya ada mendampingi jin & syaitan atau di panggil Khadam untuk melindungi dia. Bagi yang menuntut ilmu kebal salah satu cara nak bunuh orang tu adalah membuang separuh badannya ke dalam laut atau sungai. Separuh lagi di buang di darat. Katanya kalau di buang kedua duanya dalam air ia akan bercantum kembali & hidup semula. Tu menurut cerita orang la.. betul ke tidak ustaz tu pun tak pasti. Yang kita tahu orang yang dah mati mustahil hidup semula.

Moral of the story.. Jangan la dok belajar ilmu bukan bukan hanya untuk kepuasan dunia je. Semata mata nak kecapi kesenangan dunia. Nak senang ada cara yang lebih baik dari amalkan ilmu2 syirik & khurafat. Meh tengok macam mana 5 selebriti terkenal ni buat untuk hidup senang >> Kisah 5 Selebriti terkenal ni Yang Patut Korang Tahu << Kalau nak cari jalan pintas nak hidup senang, nak berkuasa kat dunia dengan belajar ilmu salah kebanyakkan perkara perkara tu akhirnya memudaratkan diri balik.  tak ada manusia boleh elak dari ajal bila tiba masanya. Kau kebal ke kental ke kenyal ke.. Kalau dah sampai masa pergi jugak. Bila menuntut ilmu2 salah ni.. dah menyusahkan orang hidup nak uruskan kau untuk di hantar ke alam barzah. Jadi jangan ingat apa kau buat tak menyusahkan orang masa hidup takkan menyusahkan orang masa kau nak mati atau dah mati.

3 comments:

  1. fuhhhh! nasib baik tak baca malam tadi T__T

    ReplyDelete
  2. Selalu layan kisah seram tapi rasa dah mati feel seram tu.. stress tau.... nak tergelak pulak baca selingat klakar2 dalam entri ni..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com