PANAS! FILEM SERAM MELAYU GUNA MENTERA SERU SYAITAN YANG SEBENAR

5/11/2016 01:16:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

PANAS! FILEM SERAM MELAYU GUNA MENTERA SERU SYAITAN YANG SEBENAR. Semalam kawan aku ada tag satu screenshot yang orang tengah viralkan pasal satu filem seram baru yang katanya mendapatkan kutipan yang ada box office jugak la. Cuma aku je belum tengok lagi filem tu. Almaklum la aku tunggu keluar dalam bentuk DVD jer jadi memang lambat sikit la dari orang yang tengok kat pawagam atau astro first. Takde apa nak kejar sangat la benda benda macam ni.Aku tak heran pun kalau aku jadi orang terakhir yang tengok sebab aku tak pernah terniat pun nak jadi orang pertama yang tengok. Sekadar hobi jer.. Tak payah teruk2 sangat nak kejar kan?

Salah satu babak dalam filem tersebut

Katanya dalam filem ada satu babak di mana ada dialog menyeru syaitan. Dialog tu katanya mentera sebenar yang di gunakan untuk menyeru syaitan. Memang bukan sekadar dalam filem la maksudnya. Kalau kat luar mungkin di gunakan oleh pengamal ilmu2 hitam la kot. Dia nasihatkan la jangan tonton filem tu di rumah, lebih2 lagi yang ada anak kecil. Risau kalau kalau benda tu menyebabkan gangguan ke hapa dalam rumah kan. Almaklum.. mungkin mana2 jin & syaitan terdengar mentera tu masa korang menonton filem tu.. tetiba dia pun meronggeng la datang kerumah korang. Yelah.. dah orang panggil katanya. Tak elok buat dono.. Jin pun mengamalkan budi bahasa budaya kita jugak tau. hahahahaha

"Sedikit nasihat dari saya, jangan tonton cerita ******* di rumah kerana ayat seru syaitan yang dibacakan oleh Pak Osman itu adalah ayat yang sebenar. Sedikit pun tiada cacat celanya. Apa lagi jika di rumah ada anak kecil, syaitan dan jin akan datang memenuhi kediaman anda," 
Inilah bait bait status yang menjadi viral

Nak komen lebih2 pun aku sendiri belum tengok filem tu. Filem Klasifikasi P13 ni bagi aku memang tak seram sangat tapi mungkin best kot tu orang berpusu pusu pergi tengok. Bab mentera bagai tu.. Maybe penapisan filem Malaysia terlepas pandang kot kalau betul mentera tu adalah bacaan mentera sebenar menyeru syaitan bukan sekadar di rekaan penulis skrip. Tak tau la yang menapis filem2 seram ni tahu ke tidak macam mana mentera yang sering di gunakan pengamal ilmu hitam untuk seru syaitan & jin ni. Bukan semua orang tahu jadi kalau terlepas lulus babak tu pun tak mustahil, ye dak. Kalau aku tengok pun aku sendiri tak mampu menilai samada mentera tu sekadar dialog rekaan atau di ambil dari mentera sebenar dari mana2 pengamal ilmu hitam sebab aku bukan pengamal ilmu2 mistik ni. Aku cuma suka tengok & baca kisah seram je.

Ada yang kata lepas tengok filem tu anak kena gangguan bagai. Tak tau la selama pengalaman aku dok tengok beratus dvd filem seram kat rumah memang Alhamdulillah tak ada apa apa yang berlaku. Memang anak aku pernah kena gangguan tapi bukan gangguan sebab mentera2 yang di baca dalam filem2 seram. Semua gangguan yang pernah anak aku kena dari luar rumah je. Walaupun aku suka tengok filem seram Thailand. Filem seram thailand dia punya real bukan level2 filem Malaysia la. Filem seram terbaik kebanyakkan dari Thailand. Bukan takat mentera.. dia punya ritual tu memang real lah.

Apapun kontroversi ni wujud lepas tiket wayang dah jual pun. Nak tuduh sekadar kontroversi nak melariskan filem tu pun tak boleh. Tapi orang yang mencetuskan viral ni mungkin ada bukti yang kukuh untuk kaitkan benda tu dengan mentera menyeru syaitan. Kalau setakat dengar dari mulut ke mulut pun tak boleh jugak. Kena tanya orang yang arif dalam perkara tu. Kang tak pepasal jadi fitnah jenuh menanggung pulak. Aku tak tuduh dia buat fitnah.. jangan salah faham pulak. pun macam tu aku sendiri tak pasti sejauh mana kebenaran apa yang di sampaikan tu.

Setakat filem seram melayu ni bagi aku tak ada apa sangat la. Tak jumpa lagi filem seram melayu sekarang yang betul betul seram. Kalau rasa nak tengok aksi seram & ngeri meh tengok ni >> Dia pernah 4 kali di tangkap & sekarang dia berjaya menawan Genting << Ada berani? Yang ni baru real.. Mau tutup mata kita tengok

Moral of the story.. Tengok apapun anggap je sebagai hiburan. Jangan terlalu fikir benda bukan bukan. Kadang2 yang menganggu kita adalah perasaan kita sendiri bukan jin atau apa2 spesis hantu. Perasaan takut kebanyakkan menghantui hidup kita. Jin & syaitan cuma tumpang memeriahkan majlis je bila kita dah ada dalam situasi yang sangat takut.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com