RAMAI PERTIKAI KEMENANGAN NEELOFA SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR

5/09/2016 03:30:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

RAMAI PERTIKAI KEMENANGAN NEELOFA SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR. Semalam aku sempat jugak menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 ni. Sempat lagi sambil tengok sambil update senarai pemenang ABPBH 29. Dah alang alang tengok maka jadikan sumber entri di blog la. Nak2 lagi blog aku blog rojak.. Suka hati aku la nak tulis pasal apapun. Memang tak ada niche tertentu blog aku cuma lebih di kenali blog cerita seram. Sebab banyak jugak aku share kisah seram kat sini.


Bila dok tengok ABPBH 29 secara live kat tv3 semalam.. ada kemenangan tu aku bersetuju & rasa layak retis tu menang & ada yang aku rasa macam tak layak pun dia menang tapi bila fikir balik anugerah ni berdasarkan undian. tak kira la undian peminat atau dia undi diri sendiri.. Yang pasti siapa banyak undi dia la menang. Tapi ada sesetengah kategori aku bersetuju jugak dengan pemenang dia macam kemenangan Wings sebagai artis duo/berkumpulan popular tu.. Sapa tak kenal wings kot. Dari dulu sampai sekarang tetap popular. Ada berani nak pertikai lagi ke kemenangan wings. Gila kau nak pertikai.

Tapi memang dari awal aku rasa kemenangan Neelofa sebagai Bintang Paling Popular BH 29 akan jadi pertikaian. yelah.. sekarang muka neelofa jarang kita nampak kat drama2 tv ke, atau apa2 rancangan televisyen. Malah filem pun dah tak berapa nampak muka dia. Dia sibuk jual tudung katanya.. Yang dok ada kontroversi melibatkan adik dia atau pasal tudung dia je. Tup tup menang Bintang Paling popular. Confirm la rumah siap pahat masih berbunyi.

Kalau ikutkan rasa dia macam tak layak menang tapi macam aku kata la.. Ia berdasarkan undi. Dah orang undi dia banyak berbanding dari finalist yang lain. Nak kata apa ye dak. Sebab anugerah ni anugerah untuk mereka yang di pilih sebagai paling popular bukan terbaik. Kita kena ingat yang popular belum tentu terbaik & yang terbaik pun kadang2 tak popular.

Lebih senang kita anggap je dah rezeki dia. Walau kita rasa dia tak berapa menyerlah sangat sejak dua menjak ni di arena seni hiburan tapi masih di undi sebagai paling popular nak buat macam mana. Orang undi dia ke, dia undi sendiri ke.. Dia sendiri tahu kemenangan dia atas dasar apa. Kat Malaysia memang sinonim siapa cantik dia la lebih popular. kalau tak.. takkan Mira Filzah boleh menang artis baru wanita popular padahal berlakon tahap amatur je lagi.

Nak di sukai ramai kena berpesonaliti yang baik atau menarik. Jadi nak tahu personaliti anda samada sesuai dengan zaman atau tak boleh test kat sini >> Nak tahu personaliti anda sesuai dengan peredaran zaman atau tak meh test kat sini << Mungkin salah satu ciri yang buat seseorang itu popular adalah dari personaliti yang di tampilkan jugak. Jadi penting untuk kita tahu personaliti yang sesuai ikut peredaran zaman.

Apapun.. Tahniah la kepada semua pemenang. Tak guna kita bising2 nak2 lagi yang tak mengundi. hahahaha

4 comments:

  1. ko yg tak tahu boleh pulak ckp dia x menyerlah. neelofa tu mmg la x aktif drama tp dia tu aktif keluar tv jadi pengacara. dia menang pn kategori pengacara popular. apa ko ingt retis yg menang kategori pelakon/penyanyi popular je ke yg layak jd bintang paling popular?? lawak la ko nih ni mesti rumah takde astro asyik tgk drama tv3 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu rumah aku memang tak langgan astro. aku tak pertikai bab pengacara tu.. aku cakap org pertikai bab bintang paling popular. la sentap pulak anon ni.. Kau neelofa ke camna? hahaha

      Delete
  2. Eh! rumah hakak ada astrok tapi akak adalah salah seorang umat yg dok petikai nape la si nelopa ni bleh memang...tapi bersangka baik jelah...anggap tu rezeki dia

    ReplyDelete
  3. Err..saya tak tau pulak ada ABPBH ni..heh.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com