RASA BENCI TENGOK KASUT CANTIK

23.5.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

RASA BENCI TENGOK KASUT CANTIK. Memang aku selalu rasa macam tu bila tengok orang pakai kasut cantik cantik. Atau nampak kasut yang cantik2 display kat kedai kasut. Rasa macam di robek2 jantung aku ni. Kadang2 aku cuba menipu pandangan mata aku cakap tak cantik pun kasut tu. Atau mengutuk dalam hati.. Buruknya kasut tu walau hakikatnya memang cantik.


Aku benci tengok orang pakai kasut cantik. Sebab tu aku tak banyak koleksi kasut. Bukan tak mampu beli tapi ada sesuatu yang tak mampu aku ubah. Bukan aku tak ada kaki. Bukan sebab kaki aku cacat tapi aku mempunyai size kaki yang unik sikit. Dalam umur macam sekarang kaki aku masih tak membesar. Size 3. Ingat senang ke nak cari adult size 3 ni. Normally aku beli kasut kids size je tau. Kalau jumpa sandal @ kasut adult size 4 yang muat dengan kaki tu rasa macam keajaiban sangat. Aku pelik kenapa Yuyu Zulaikha kecik jugak macam aku tapi kaki dia size 4. Kenapa kaki aku size 3?? hahahaha

Apapun syukur la walau size 3 aku tak pernah sampai kena berkaki ayam sebab kasut tak banyak size di pasaran. Masih lagi berkasut walau tak banyak koleksi kasut. dulu masa nak masuk darjah satu aku pakai kasut raya je pergi sekolah sebab masa tu tak ada size kasut sekolah. Time tu aku tak tau size baby ke hapa kaki aku. Darjah dua baru aku ada kasut sekolah. Maybe sebab kaki dah besar sikit & ada size.

Kalau cerita pasal kasut memang kenangan pahit sangat la. Dulu Asyik kena letak kertas je depan kasut nak bagi muat. Benci sungguh bila aku kenang. Hahaha.. Apatah lagi tengok benda ni >> Ni la kasut paling stylish & selesa di pakai << Rasa nak menangis bawah bantal tau. Kenapalah dunia terlalu kejam untuk orang dewasa kaki size 3 ni?hahaha

Moral of the story.. aku tengah cari kasut raya ni. Sesapa ada jual kasut raya cecantik size 3 boleh la tinggalkan link kat kotak komen. Biar takde baju raya asalkan ada kasut raya katanya. hehehehe

3 comments:

  1. benci tengok orang tak tingi pakai high heel nampak lagi tinggi dari kita hahahhahahahahaha... hehhehehehh #jeles

    ReplyDelete
  2. Maknenye tuan empunya badan kecik dan comel je.....saya lepas ngandung ank pertama terus size 8 dari size 5/6...betapa gemoknye kaki saya

    ReplyDelete
  3. Alahai, kasihannya! Sedih akak membacanya tau walaupun dah lama tahu masalah yang ada ^_^

    Takda boleh ke Suria tampal aje belakang tumit kasut tu dan letak sole dalam kasut? Kuranglah sikit longgar kasut tu!

    Akak pernahlah terbeli salah saiz tapi sayang punya pasal, akak tempek soles aje dalam kasut, belakang tumit kaki semualah!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!