SYAMSUL YUSOF JAWAB TUDUHAN GUNA MENTERA SERU SYAITAN SEBENAR DALAM FILEM MUNAFIK

5/12/2016 10:42:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

SYAMSUL YUSOF JAWAB TUDUHAN GUNA MENTERA SERU SYAITAN SEBENAR DALAM FILEM MUNAFIK. Kecoh tersebar satu screenshot yang katanya dalam filem Munafik ada menggunakan mentera sebenar menyeru syaitan so dia nasihatkan supaya jangan menonton filem tu dirumah risau kalau kalau seruan tu mengundang jin & syaitan bertandang ke rumah. almaklum la dah jemput maka tak mustahil dia pun datang.


Bila dah sorang cetuskan benda kontroversi macam ni memang ramai yang terus ambil spekulasi tu sebagai cerita benar. Padahal depa sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenaran apa yang tersebar. Kot2 la lepas tengok tetiba rumah depa terus di hantui kejadian kejadian mistik maybe kita boleh siasat samada betul atau tak tuduhan macam tu. Habis yang kat pawagam tu dok seru hari2 takde pulak hantu syaitan datang ganggu manusia yang menonton kan. Tak dengar pulak yang histeria lepas tengok munafik. Atau terkena gangguan ke hapa kan?

Secara logiknya aku pun sebenarnya pelik jugak la dengan status hamba Allah tu. Tapi tu la sebab kita pun tak tahu sejauh mana kebenaranya tak berani jugak nak cakap betul atau salah. Bila syamsul yusof selaku pengarah filem tu membalas tweet seorang peminat yang share statement berkenaan filem tu hope dapat menjawab segala tuduhan yang sedang di di viralkan sejak dua tiga hari ni..


Senang macam ni la. Kalau hati jenis lebih seram dari hantu macam aku yang boleh tengok cerita seram tengah tengah malam lepas tu tidur lena tanpa alami sebarang mimpi ngeri apatah lagi gangguan mistik.. Maka tengok la. Kalau yang jenis acah acah berani lepas tu nak ke toilet pun mula bayangkan bukan2 better tak payah tengok. Bukan apa kadang2 yang buat korang histeria bagai adalah sebab ketakutan yang melampau terhadap sesuatu perkara mistik tu. Kadang2 tak ada gangguan apa2 pun kalau terlampau takut kita terbayang macam macam sampai tengok bayang2 sendiri pun rasa macam nampak hantu.

Tapi rasanya setakat filem munafik ni yang klasifikasi P13 tak seram mana kot berbanding lelaki ni >> 4 Kali di tangkap akhirnya dia bakal menakutkan rakyat Malaysia Di genting << Yang ni maybe klasifikasi 18SG kot. Kalau rasa berani sangat meh la tengok. Live & real lagi, hokay!

Moral of the story.. Jin & syaitan memang wujud. Mereka ada di sekitar kita. Tapi tak payah tunggu nampak depa dengan pandangan mata kasar pun kita boleh tengok jelmaan mereka kat mana mana. Manusia pun sekarang dah lebih menyeramkan dari Jin & Syaitan.

4 comments:

  1. Betul..jin dan syaitan ada di sekeliling kita...baik yang nyata atau tidak..

    ReplyDelete
  2. Setakat ni ok je kalau layan cerita seram. Takdelah sampai bangun tengah malam nak ke toilet ajak en. suami.. ekekeke.. kalau anak, tu biasalah kan.. ;)

    ReplyDelete
  3. Wah.. berita panas ni..

    ReplyDelete
  4. Hantu setan ni tak payah seru pon laju je dia datang...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com