TAK BOLEH PANGGIL ANAK DENGAN GELARAN ANAK SYURGA

5/05/2016 11:04:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

TAK BOLEH PANGGIL ANAK DENGAN GELARAN ANAK SYURGA. Aku rasa sebelum jadi serius elok jugak aku tulis pasal ni. Almaklum dari semalam semakin dok nampak orang share pasal perkara ni. Tak tau la sapa yang mencetuskan perkara ni tapi katanya.. Gelaran anak syurga tu untuk anak anak yang meninggal dunia sebelum akil baligh. Jadi kita yang ada anak masih hidup ni tak elok menggunakan gelaran anak syurga takut jadi satu doa. Tak tau la jadi doa yang mana satu.. Doa anak jadi ahli syurga ke atau doa anak mati sebelum akil baligh? Kalau doa anak jadi ahli syurga kat mana salahnya? Sapa tak nak anak anak dia jadi ahli syurga, ye dak?? Ada ke mak bapak suka anak dia jadi ahli neraka? Kalau ada tak tau la spesis apa mak bapak tu. Kalau kata takut doa anak mati sebelum akil baligh yang ni sangat merepek. Kita sedia maklum ajal maut semua ketentuan Allah.. Jadi adakah dengan memanggil anak dengan gelaran anak syurga buat anak pendek umur?

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Aku tak kata pendapat aku ni betul.. Tapi sebelum sebarkan sila rujuk & dapatkan fakta yang sahih. Ada bukti tak kira dari hadis ke, petikkan ayat Al Quran ke, dalil & nas untuk mengukuhkan fakta tu. Ni setakat katanya di petik dari kata kata seorang ustaz yang menegur orang panggil anak dengan gelaran Anak syurga. Ustaz tu siapa? Mana dia belajar? Tak pulak di nyatakan kat situ. Hanya dengan satu status di printscreen kemudian di sebarkan korang dah percaya bulat bulat.

Status ni mula di sebarkan kat serata alam maya.

Rujuk la mereka yang lebih berilmu kalau kita ni jahil. Kalau betul takpe.. Buatnya benda tu cuma satu pendapat peribadi yang tak ada hadis atau dalil yang menyokong pendapat tu tak ke benda tu jadi satu benda yang tak betul di sebarkan. Ini soal kepercayaan, ok! Kita  sebarkan benda tu maka kita bertanggungjawab kalau perkara yang tak betul tu mempengaruhi orang lain. Bukan tak boleh menyampaikan info tapi kalau berkaitan kepercayaan & agama lebih baik rujuk dulu pada mereka yang berkelayakkan sebelum menyebar.

Gelaran anak syurga banyak di gunakan ibu bapa yang ada anak istimewa. Kita sedia maklum anak anak istimewa ni ada antara mereka memang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain bila keupayaan berfikir mereka tidak seperti orang2 normal. Jangankan nak faham apa itu dosa & pahala.. Nak jaga diri sendiri pun mereka tak tahu. Anak anak macam ni di lihat anak yang suci walau di dunia mungkin ada yang pandang hina. Jadi insan2 macam ni Insya Allah.. bakal menghuni syurga. Gelaran anak syurga tu juga boleh jadi salah satu pendorong ibu bapa yang ada anak anak kekurangan macam ni lebih kuat menjaga amanah istimewa sebab bukan mudah seseorang tu untuk terima & pikul amanah menjaga anak istimewa ni. Perlu kekuatan fizikal & mental. Dengan sentiasa memanggil anak mereka anak syurga juga salah satu terapi bila mereka sentiasa ingat bahawa apa yang mereka sedang jaga adalah ahli syurga. Dengan cara tu mungkin buat mereka sedikit rasa bersyukur dengan di kurniakan anak anak istimewa. Tidak la mereka rasa mereka bernasib malang.

Bila jadi viral macam ni mungkin mengundang cuak & keliru di kalangan ibu bapa yang menggunakan gelaran anak syurga kepada anak mereka. Tak kurang jugak orang mempertikai.. Sebab fakta tu takde di sertakan hadis, dalil atau nas yang menyokong pendapat tu. Sekadar kenyataan yang katanya dari seorang ustaz. Aku sendiri pun pelik.. Sebab bagi aku tak ada salah memanggil anak dengan gelaran yang baik. Dengan mengaitkan ajal dengan gelaran yang di beri rasa susah sikit aku nak fikir mana logiknya. Kalau betul benda ni memang tak boleh di gunakan.. Tolong la bagitahu aku dengan apa2 hadis, dalil & nas yang boleh mengukuhkan pendapat ni. Sesungguh aku pun nak tahu.

Moral of the story.. Tak payah nak jadi orang terawal share benda2 yang kita tak pasti kesahihanya takut tershare fitnah atau benda tak betul tak pepasal kau menanggung dosa dari salah faham orang lain. Kalau nak share, share benda2 yang confirm sahih macam ganjaran untuk mereka yang suka berselfie kat LRT >> Yang Suka berselfie semasa menggunakan LRT, Berita Baik Untuk Anda << Berita2 macam ni dah tentu kesahihannya. So orang tak pertikai lagi. Jadi meh jadi orang pertama share & buat benda ni..

5 comments:

  1. ada juga terbaca pasal ni kat fb. sebut anak soleh cukuplah kan

    ReplyDelete
  2. ala dik benda ni tak pelik sangat kalau nak di pikir sebab zaman sekarang ni hadis pon banyak yg tipu..kite ni yg tak tau ape2 terus je percaya dan amalkan...sapa buat dia yg tanggung kat sana nanti...yg penting niat dalam hati kitekan

    ReplyDelete
  3. tu laa..nsb baik xpakai nama ustaz2 popular mcm biasa...

    ReplyDelete
  4. sekrang ni ramai orang suka ikot logik akal... tapi apa salahnya sbelum dorang post tu, kaji dulu... tanya laa ustaz ustazah ke.... org yang lebih arif, kan... kita pun dapat ilmu.

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni susah sikit. Baru dapat info, terus nak share. Takda rujuk mana-mana. Bila sesuatu dikaitkan dengan agama, lebih baiklah rujuk pada yang pakar. Tanya pendapat beberapa pakar yang memang arif dalam bidangnya. Kalau tanya kat internet, memang macam-macam jawapan yang kita perolehi dah tu, pening sorang-sorang tak tahu nak guna pakai yang mana!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com