TAKTIK PALING SAMPAH BELLA NABELA NAK VIRALKAN PRODUK PELANSING DENGAN VIDEO BUAT LAPORAN POLIS KRIM TAK PANAS

8.5.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

TAKTIK PALING SAMPAH BELLA NABELA NAK VIRALKAN PRODUK PELANSING DENGAN VIDEO BUAT LAPORAN POLIS KRIM TAK PANAS. Tu dia semua kena main dengan minah sihat ni. Menurut blog OhBulan video dia konon buat laporan polis tak puas hati dengan satu jenama krim pelansing buatan melayu tu mungkin sekadar nak jadikan produk tu viral melalui kontroversi paling murahan dia buat melalui video tu. Tu menurut apa yang aku baca kat OhBulan la.


Dalam video tu dia ada sebut nama produk tu tapi serius aku sendiri pun tak dengar dengan jelas nama produk tu malah aku tak ambik tahu krim pelansing apa yang dia kutuk sebab tak panas katanya. Tak tau la orang lain berpusu pusu cuba google krim panas yang si minah sihat Bella Nabela ni cuba viralkan. Mesti ada la kan orang cuba google jugak pasal produk tu.

Lepas dah jadi Viral dia muncul pulak dengan permohonan maaf kepada pihak krim pelansing tu. Ramai syak benda ni memang dah di rancang. Buat kontroversi konon buat laporan polis kepada perkara paling bodoh & memalukan diri sendiri.. kemudian dah jadi viral buat lagi video permohonan maaf dengan menyebut banyak kali nama produk. Tapi sejauh mana betul spekulasi  ni aku sendiri pun tak tahu. Tapi dari siasatan Blog OhBulan katanya nampak macam perkara ni macam di rancang.

Nak tengok video permohonan Maaf Bella Boleh tengok kat OhBulan

Attention seeker di alam maya ni macam macam jenis ada. Ni pun salah satu spesis Attention seeker jugak. Mohon pergi terjun kandang buaya la Bella Nabela Ooi kalau betul benda ni memang di rancang untuk tujuan promosi. Kalau tak betul pun boleh jugak la kau terjun kandang buaya.. Bukan je kau boleh kurus malah tinggal tulang. Bukan je lemak.. nyawa pun ikut sekali terbakar. Sebab kesian sangat dengn hidup kau.


Semua orang meniaga nak untung. Semua orang cari cara paling berkesan nak iklan & perkenalkan produk dia di pasaran tapi tak semua orang sanggup guna taktik keji sebab ramai peniaga & pengedar produk masih ada harga diri. Jangan ingat memperbodohkan orang mampu buat kau nampak pandai. Sampai satu masa benda tu makan diri kau balik. Tapi kes Bella Nabela ni tak sure la kan.. samada memang di rancang atau tak sebab ada yang bagitau aku sememangnya benda tu bukan di rancang. Menurut sumber tu la kan.. Katanya sekarang lawyer produk tu tengah deal dengan budak bella nabela ni. Maybe sebab tu kot dia muncul dengan video permohonan maaf. Aik.. aritu dalam video kutuk produk melayu kemain cakap macam orang kaya sangat. takkan takde duit nak bayar lawyer kalau betul produk tu menipu pengguna, kan? Mana betul mana tak betul.. Kebenaran akan muncul jugak nanti. Kita tunggu je.

Produk tu sememangnya dah mention krim dia tak panas. Secara logiknya kenapa mesti ada pertikaian, kan? Betul2 Bella Nabela Games kita. 

Orang buat bisnes ni banyak cara nak majukan bisnes tanpa mengunakan taktik kotor atau startegi marketing yang bodoh & memalukan macam Bella Nabela ni buat. Dengan kad kredit je boleh membantu anda dalam perniagaan. Nak tahu macam mana meh baca kat sini >> 4 Perkara Kad Kredit Boleh Buat Untuk Perniagaan Anda << Tak payah nak guna trick selekeh pun boleh berjaya.

Moral of the story kalau tak tau nak iklan atau perkenalkan produk korang kat mana meh sini bagi lekatlekit.com tolong iklan & review. Bukan mahal pun kena bayar.. Murah. Sambil pejam mata pun korang boleh bayar. Berminat email lekatlekitgurl@yahoo.com. Confirm korang takkan sangka harga yang lekatlekit.com ni kenakan.

1 comment:

  1. MALAS NAK BACA DAN NAK TENGOK VIDEO PERMOHONAN MAAF TU..MACAM2 HAL LA DIORANG NI KAN?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!