UMPAMA SATU DOSA PEREMPUAN TAK CANTIK KAHWIN DENGAN LELAKI KACAK

4.5.16 Suria Lekatlekit 6 Comments

UMPAMA SATU DOSA PEREMPUAN TAK CANTIK KAHWIN DENGAN LELAKI KACAK. Kecoh la bini seorang pelakon baru yang kacak terpacak di kutuk haters kaw kaw punya di account instagram pemilik pelakon tersebut. Mungkin dari pandangan mata & nafsu manusia biasa rupa bini pelakon tu bukan kategori wanita cantik tapi yang lelaki tu memang la agak kacak. Maka ramai retis2 berdemo kat post tu cuba mempertahankan isteri kepada pelakon tersebut yang di hina tanpa ada salah kat orang yang menghina dia.

Pelakon kacak bersama si Isteri yang menjadi kutukan haters.

Bagi aku kutuk fizikal & rupa orang ini agak melampau. Sebab semua tu kurniaan Allah yang kita tak boleh tulis & lukis macam mana nak jadi. Kau boleh lukis muka kau macam mana kau nak? Kalau manusia boleh lukis sendiri wajah dia.. aku rasa ramai yang tak nampak rupa macam manusia. Sekarang ni pun ramai dah mula ubah wajah mereka melalui pembedahan & suntikkan botox bagai.. bayangkan lah kalau kita di beri kuasa menentukan macam mana rupa yang kita nak bila kita di lahirkan. haru biru unggu kelabu jadinya rupa bentuk manusia ni.

Agak biadap bila orang menghina rupa seseorang seolah2 jadi macam satu dosa besar perempuan kurang cantik berkahwin dengan lelaki kacak. Dalam ramai2 dok hina dia tu confirm bukan semua cantik & hensem2 pun tapi kutuk orang macam tak pernah tengok rupa sendiri dalam cermin. Hello.. cantik pada pandangan mata setiap orang tak sama, ok! Kau ingat semua orang pandang rupa che ta tu lawa ke even majoriti kata dia lawa. Ada jugak orang nampak dia hodoh tapi takde la nak luahkan pandangan macam tu secara umum.

Kalau perangai buruk aku accept la kutuk pun. Perangai tu bukan lahir secara semulajadi tapi di bentuk oleh seseorang atau diri sendiri. Tapi kalau rupa yang takde sentuhan pembedahan plastik atau suntikan botox tak ada siapa berhak menghina. Itulah secantik cantik ciptaan Allah walau pada pandangan & nafsu manusia tak cantik. Sekurang kurangnya dia bersyukur & tidak mengubah apa yang Allah bagi kat dia. Nak kutuk pi kutuk retis yang botox sampai senget dagu & pipi bagai. Supaya depa rasa malu & insaf sikit. hehehehe

Yang kutuk tu kita anggap dia jeles je la.. Almaklum la perempuan yang rupa biasa biasa mampu menawan hati lelaki kacak. Mungkin ada kelebihan dia yang tak ada pada perempuan berwajah cantik yang lukis kening tebal macam borders tu. Mungkin dia seorang perempuan rajin tak biar gobok jadi sarang tikus. Ada perempuan muka je cantik tapi malas hanger & lipat baju. Sebab bab mengemas baju bajan ni memang ramai perempuan sangat malas nak buat. Ramai perempuan lebih suka membeli baju bajan tapi malas mengemas & selalu mengalami almari sesak.. jadi elok la tengok ni >> Kurangkan kesesakkan Dalam Almari Anda. Jom tengok macam mana nak buat dengan mudah << Siapa tahu kelebihan tu pun mampu menawah hati lelaki kacak. Kita tak tahu antara ramai perempuan cantik, kenapa seseorang lelaki memilih perempuan yang tidak menyerlah dari segi paras rupa. Tapi yang pasti perempuan tu tetap ada keistimewaan dia tersendiri.

Moral of the story.. Muka lawa pun mati esok dalam kubur jadi makanan ulat jugak.Takde muka lawa dalam kubur kau dapat 1 set meja solek lengkap dengan kosmetik mahal. Jadi tak payah nak hina rupa orang sangat kalau muka sendiri pun sebenarnya bukan elok mana cuma dok perasan cantik je. hehehe

6 comments:

  1. Diorg tak boleh terima kisah Qabil dan Habil jugak ni sis.. Tentu ada sebab Allah padankan antara yg kurang lawa dgn yg lebih lawa.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...betul tu x salah kalau berkahwin dgn lelaki atau perempuan yg kurang rupanya ...mungkin ada kelebihan yg lain pd mereka itu...:)

    ReplyDelete
  3. sama juga masa izzue islam kawin dulu, ramai juga yang mengata wife dia. tak baik camtu kan

    ReplyDelete
  4. Dah jodoh mereka.
    Biasalah tu haters ada di mana-mana jealous lettew...

    ReplyDelete
  5. Setuju sis...jodoh itu rahsia Allah.cantik rupa paras,tk semesti cantik budi pekerti.tentulah ade sebab artis tu pilih untuk memperisterikan isteri dia

    ReplyDelete
  6. ada plak macam tu dorang ni.. macam2

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!