BOIKOT BAYI & KANAK KANAK YANG TIDAK DI VAKSIN

6/30/2016 01:27:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

BOIKOT BAYI & KANAK KANAK YANG TIDAK DI VAKSIN. Sekarang ni memang hangat isu vaksin. Ada yang anti vaksin & ada yang provaksin. Bagi aku vaksin atau tak tu hak individu. Anak depa lantak la depa nak besarkan anak depa dengan cara macam mana. Cuma pilihan yang kita buat biarlah yang terbaik bukan je untuk anak anak kita malah untuk semua masyarakat di sekeliling. Pemahaman setiap orang tentang vaksin memang berbeza. Aku tak berani la cakap lebih2 pasal vaksin ni sebab aku tak ada kepakaran tentang tu cuma aku pilih untuk vaksinkan anak aku sebagai salah satu usaha & ikhtiar untuk menghalang atau mencegah anak aku dari terkena penyakit berbahaya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Friendlist kat FB aku pun ada yang ramai provaksin & ada segelintir yang antivaksin. Macam aku cakap hak individu tu sendiri nak memilih vaksin atau tak cuma jangan jadi penghasut pada orang lain. Tak kira la kau sokong vaksin atau kau anti vaksin. Yang anti vaksin jangan melampau2 sampai mengharamkan & mengkafirkan orang yang memvaksin anak. Hangpa tak mau vaksin lantak la. Orang nak vaksin jangan dok provok atau sindir sangat konon tak nak mengkaji dulu apa yang ada pada vaksin tu bagai. Seolah olah hangpa tau sangat la kandungan vaksin tu padahal hangpa pun dapat info dari pembacaan di media sosial & google jer.

Yang provaksin pun sama. Biaq pi la depa tak mau vaksin. Kalau risau sangat anak anak yang tak di vaksin membawa penyakit berjangkit kita ambil langkah keselamatan awal sudah. Bagi je supplement, pastikan anak kita ambil makanan berkhasiat untuk bina antibodi yang kuat. Tak perlu sampai nak kempen memboikot kanak kanak yang tak di vaksin. Sampai tak bagi dekat atau berkawan, kesian jugak. Suruh kerajaan buat undang2 anak2 tak di vaksin tak boleh masuk sekolah kerajaan bagai. Tu dah melampau sangat rasanya.. Jangan jadikan anak2 tak berdosa tu mangsa. Benda tu akan mempengaruhi emosi kanak kanak tersebut & tak mustahil akan memberi kesan pada masa depan dia. Yang buat keputusan mak bapak depa, tapi yang terima akibat budak2 yang tak berdosa. Kalau rasa nak ambil tindakkan, just ambil tindakkan pada penjaga mereka jangan di aniaya anak2 tak berdosa tu. Kita dah usaha bagi vaksin untuk pencegahan awal ni doa & tawakal bila anak2 kita secara tak sengaja bercampur dengan anak2 tak vajsin. Sebab Islam dah ajar kita.. usaha, doa & tawakal. Bila kita dah usaha.. selebihnya serah pada yang maha kuasa. Sebab bukan senang nak ubah mentaliti orang jadi kita yang kena pandai main peranan untuk protect anak anak kita.

Aku memang tak sokong benda benda macam tu. Nak pulaukan kanak kanak yang tak di vaksin tu bukan cara yang betul untuk memberi kesedaran pada ibu bapa betapa perlu vaksin untuk anak anak. Guna pendekatan lain yang lebih bijak. Bukan la semua kanak kanak tak di vaksin tu confirm bawa penyakit berjangkit, ada yang sihat walafiat. Betul! kita tak tahu yang mana bebas penyakit & yang mana tidak cuma tu la terasa kejam jugak bila terbayang kalau tetiba ada anak yang tak vaksin datang nak berkawan dengan anak kita kemudian kita bawa lari jauh dari dia. Kejam sangat bagi aku. Aku memang tak suka masalah orang dewasa kanak kanak yang tak tahu apa2 jadi mangsa keadaan.

Tak kira kita ibu bapa yang provaksin atau antivaksin.. Tak kisah kita nak menyampaikan info yang kita yakin tapi berpada pada. Jangan sampai orang nampak benda tu macam melampau. Nampak terlampau obses pada sesuatu. Sampai orang yang bertentangan pendapat pun rasa macam kita saja nak cari gaduh. Benda ni pilihan masing2. Vaksin atau tak kedua duanya mencari yang terbaik untuk anak anak. Cuma cara kita mencari yang lebih baik tu je berbeza. Tapi tujuan kita semua sama... Memberi kehidupan yang lebih baik untuk anak anak. Jadi buat la keputusan yang terbaik untuk anak masing masing. Jangan sampai terlewat baru nak menyesal.

dah dekat nak raya ni berhenti la sekejab berdebat pasal vaksin. Tak payah peningkan kepala sangat pasal benda2 viral yang kadang2 kita sendiri tak tahu sejauh mana sahihnya. Fokus kat raya dulu sebab nak raya nanti ada lagi banyak perkara yang bakal memeningkan kepala macam benda benda ni >> 7 Perkara ni Memang Selalu kita jadi Stress Menjelang Raya. Tak caya baca confirm ada kena mengena dengan korang jugak << jangan sebab vaksin kita bergaduh putus silaturrahim sampai yang provaksin tak nak pergi raya rumah antivaksin, tu dah tak bagus. Kerana vaksin manusia berpecah belah & menjadi berpuak puak. Aku rasa berpecah belah & berpuak penyakit yang lebih bahaya dari semua penyakit yang ada di dunia ni sebab benda ni la yang melemahkan sesuatu bangsa & agama.

Moral of the story.. memberi pendapat walau bertentangan tak salah cuma cara kita memberi pandangan tu kadang2 salah. Aku bukan cakap orang lain, aku pun kadang2 beremosi jugak dalam memberi pandangan ni nak2 lagi bertentangan dengan pandangan orang lain. Sama2 la kita memperbaiki diri supaya walau kita sentiasa berbeza pendapat kita masih boleh berdebat & berkawan dalam satu masa.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! PASTIKAN 5 PERKARA NI TAK BERLAKU SEBELUM BALIK BERAYA

6/28/2016 09:19:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

AWAS! PASTIKAN 5 PERKARA NI TAK BERLAKU SEBELUM BALIK BERAYA. Dah masuk minggu terakhir ramadan ni mood raya dah mula activated katanya. Minggu terakhir juga bagi mereka yang bekerja & bersekolah. Semua mula rajin siapkan macam - macam kerja sebelum bercuti. Supaya hari terakhir kerja tak kelam kabut dah.


Aku ni excited la jugak nak sambut raya sebab almaklum la anak rantauan. Excited tu lebih kepada nak balik kampung sebenarnya. Tadi pun mak aku dah call, katanya mak aku sorang lagi (makcik aku) dah tanya. Katanya asyik dok mimpi aku jer. Faham dah mak aku yang sorang tu.. Yelah dia yang jaga aku masa kecik, manjakan aku, rapat dengan aku sebelum aku berhijah kesini.. Masa nak datang pun macam2 drama dia buat tak bagi aku datang. Tapi sebab nak ubah nasib katanya, terpaksa melangkah pergi. Kalau duduk kat kampung tu jadi malas kerja. Yelah.. selesa la katakan. Sewa rumah tak payah bayar, makan minum semua tak payah fikir. Bila hidup sendiri auto semua tu kita akan fikir. Nak malas2 memang dah tak boleh. Niat datang nak kerja alih2 jodoh memang dok tunggu kat sini katanya. hahaha

So, bila menjelang raya orang2 macam aku memang excited la. Tapi dalam dok excited nak balik kampung beraya tu, kena pastikan jugak 5 perkara ni tak berlaku. Bukan apa kalau berlaku memang akan spoil mood raya korang. So sebelum korang termelakukan 5 perkara ni, baik korang check it out sekarang kat sini sebagai peringatan >> 5 Perkara ni Kalau Berlaku Memang Spoil Mood Beraya Korang. Jadi Pastikan Ia tidak berlaku << Jadi sebelum korang bercuti untuk balik beraya make sure 5 perkara ni settle, ok!

Moral of the story... Sebelum mula bercuti & mulakan perjalanan balik kampung pastikan buat apa yang perlu di buat supaya memudahkan anda sepanjang perjalanan. Jangan sampai kena patah balik, atau kereta kena toing di tengah highway. hehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KUNCI KERETA JATUH DALAM LONGKANG PUN PANGGIL BOMBA KE?

6/28/2016 02:37:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

KUNCI KERETA JATUH DALAM LONGKANG PUN PANGGIL BOMBA KE?. Bomba bagi aku adalah wira negara yang jarang di angkat atau di julang. Kat Malaysia ni aku rasa bomba la paling banyak kerja kena buat. Bukan setakat padam api bila berlaku kebakaran walau kita sinonim bomba kerja dia memang padam api jika berlaku kebakaran. Kemalangan ke hapa semua panggil bomba. Sampai cincin tersangkut kat jari pun orang guna khidmat bomba untuk potong. Kalau nak cerita tugas bomba ni.. rasanya kena buat entri berepisod gamaknya. Cukup la kita tahu.. Tugas bomba ni macam wonderpets. Apa saja yang melibatkan aktiviti membantu, menyelamat  & yang melibatkan kemanusiaan orang akan cari bomba.


Bila terbaca satu kisah seorang minah ni share katanya kunci kereta jatuh dalam longkang & penutup longkang tu memang berat tak boleh buka. Call JPAM depa tak ambil kes2 kunci jatuh dalam longkang. Maka dia call bomba minta tolong. Time tu dah dekat nak buka puasa. Maka abang2 bomba pun datang la membantu ambil kunci kereta dia yang jatuh dalam longkang. Gamaknya bomba je kot boleh tolong dia.. Dia dah tak ada orang2 sekeliling yang boleh membantu.


Kadang2 kesian jugak la bomba kena datang untuk kes2 remeh yang bukan kecemasan macam tu. Kalau aku la.. memang tak terfikir langsung nak call bomba kalau kunci jatuh dalam longkang. Tak rasa itu tugas bomba pun. Mungkin cari solution lain dulu. Rasanya lepas ni kalau berlaku kes kunci jatuh dalam longkang ni kalau dah tak ada pilihan, maybe aku pun lepas ni call bomba jugak Sebab perempuan ni dah bagi idea kat ramai orang. Kunci jatuh call bomba. Betul depa di bayar gaji untuk berkhidmat pada masyarakat.. Kita sebagai orang awam pun mentang2 bayar cukai selagi boleh kerah penjawat awam macam bomba tu.. nak kerah sampai kering. Depa pun manusia kot.

Antara komen di post minah yang panggil bomba bial kunci dia jatuh dalam longkang

kalau lah abang bomba tolak kes ni gamaknya mesti jadi viral, kan? JPAM tolak pun dia mention jugak konon JPAM pun tugas dia berkhidmat untuk orang awam tapi bergantung pada kes la. Aku tak rasa baik sangat la benda2 macam ni di viralkan.. Betul dia memuji anggota bomba tapi benda tu mungkin akan menyusahkan pihak bomba balik. Confirm la ramai akan minta bantuan bomba untuk banyak lagi kes kes remeh. Tak mustahil kalau kunci rumah hilang pun orang akan panggil bomba suatu hari nanti sebab depa dah set bomba takkan menolak kes kes remeh. So, ramai la ambil kesempatan.

Nasib la Alien hanya wujud dalam filem. Kalau memang wujud dalam realiti ni mungkin tugas bomba pun semakin bertambah jugak sebab terpaksa terima kes2 melibatkan Alien. Tapi kalau Alien wujud tak tau kita selamat ke tidak, kan? Kalau awal2 dah tau tak selamat kena la stanby siap2 no bomba Sebab Aku tengok tugas bomba ni memang multifunction sungguh. Tak mustahil kalau ada Alien bomba pun terpaksa melawan Alien jugak. hahahaha

Moral of the story.. Dalam hidup ni jangan terlampau bergantung dengan orang lain. Kena pandai survive jugak. Usaha dulu sebelum minta tolong orang. Jangan ingat setakat pujian macam tu kau bagi kat media sosial mampu memudahkan kerja anggota bomba.. Aku melihat benda ni mungkin akan menyusahkan mereka lagi ada la. Bayangkan dalam satu masa depa ada 1 kes kecemasan & 1 lagi kes kunci terjun dalam longkang. tetiba tak dapat ambil kes kunci terjun tiruk dalam longkang tak mustahil benda tu boleh jadi viral yang memburukkan nama pasukan bomba.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

IBU AZNIL HJ NAWAWI YANG MENINGGAL, AZWAN ALI YANG DAPAT UCAPAN TAKZIAH DARI ROSNAH MAT ARIS

6/27/2016 09:32:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

IBU AZNIL HJ NAWAWI YANG MENINGGAL, AZWAN ALI YANG DAPAT UCAPAN TAKZIAH DARI ROSNAH MAT ARIS. Dok scroll ig terserempak dengan post Azwan Ali. Sapa tak kenal dengan Azwan Ali yang manjang suka carut orang. Account media sosial tu kejab dia tutup kejab dia buka balik. Pernah jadi satu kontroversi di mana Azwan Ali tersilap maki peminat dia yang suggest dia makan kat Me'nate. Sebab dia tak pernah tahu kewujudan restoran steak terkenal & mahal tu dia ingat peminat carutkan dia dalam loghat pantai timur. Tapi Azwan Ali tetap Azwan Ali sampai bila bila. hehehe. Tu kisah lalu.. kisah terkini bukan kisah dia carutkan orang tapi kisah kelakar antara dia & rosnah mat aris


Hari ni kita sedia maklum Selebriti serba Boleh Dato Aznil Hj Nawawi kehilangan ibu tersayang yang meninggal dunia pada usia 90 tahun sebab sakit Tua. Di kesempatan ni sebagai peminat pak nil dari zaman pop kuiz, hip hop remaja di radio rfm dulu.. Nak ucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga paknil atas pemergian ibunda tercinta di bulan yang mulia ni. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang yang beriman.

Tapi yang lawaknya orang lain kehilangan ibu, orang lain pulak dapat ucapan takziah. Yang kau silap tu ucap tu pulak Azwan Ali.. maka mendapat la. Hahahaha... Nak tergelak pulak aku baca screenshot yang di kongsikan Azwan Ali ucapan takziah dari pelakon Rosnah Mat Aris.. Informasi salah ke hapa sampai kepada dia tak tau la. Jauh beza kot Aznil hj Nawawi & Azwan Ali. Sebab dua2 nama depan bunyi Az tu kot dia konpius kot. Mungkin jugak penat puasa.. dia jadi ting tong sekejab. hehehe


Apapun kesilapan yang tak di sengajakan. Biasa la manusia memang akan sentiasa buat silap cuma kalau dah buat silap tu kena la berani minta maaf macam budak ni. Tapi budak ni kategori terlebih berani kot, tak caya korang boleh tengok video dia kat sini >> Awas! Jika anak anda memohon maaf dengan cara yang pelik raya ni, Mungkin di sebabkan Video ni << Tapi memang lawak la kan.

Moral of the story.. bila dengar sesuatu khabar tu elok la selidik dulu. Jangan jadi macam Rosnah Mat Aris tak pepasal jadi kelakar pulak orang baca. hahahaha

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MESTI BACA UNTUK YANG RASA TAK NAK SAMBUT RAYA TAHUN NI

6/27/2016 03:51:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

MESTI BACA UNTUK YANG RASA TAK NAK SAMBUT RAYA TAHUN NI. Ada jugak spesis orang islam yang tak suka sambut raya. Bagi dia raya ke tak raya sama jer.. Jadi bila hari raya kebetulan cuti panjang dia pilih untuk merayap ke negara orang. Feel untuk beraya dalam diri dia kira dah tinggal 10%. Yang 10% tu cuma mungkin feel untuk ucap selamat hari raya jer.. Nak meraikan memang tak ada dalam agenda dia.


Banyak sebab kenapa ada orang rasa hari raya dah tak ada makna buat dia. Mungkin dia dah tak ada keluarga atau saudara mara yang rapat untuk sama sama meraikan. Atau ada jugak spesis yang rasa nak hidup gaya western. Dia tak tau orang barat pun celebrate perayaan depa macam chrismas bagi yang beragama kristian. Dia pulak terlebih mat saleh dari orang barat sampai tak mau beraya langsung.

Sebab wujudnya spesis yang dah tak nak sambut apa2 perayaan dalam hidup dia.. maka benda ni memang depa sangat suka kalau dekat2 nak raya orang bagi. Macam orang mengantuk di sorong bantal kekdahnya. Yelah.. time cuti raya depa pergi holiday maka kalau dapat offer macam ni >> 50% diskaun Hotel Sale Di Indonesia. Biar Betul << Awat la depa ni buat sale macam ni time2 dekat nak raya. Aku ni masih tipikal orang melayu Islam yang meraikan hari raya. Hari raya takde makna nak pergi holiday oversea. Hari raya masa untuk balik kampung.

Tapi tu la.. mungkin yang bukan Islam kat Malaysia ni yang rasa nak guna kesempatan ni pergi holiday boleh la rebut peluang tu. Kat Malaysia ni ada berbagai kaum & agama tapi bila cuti perayaan memang semua akan bercuti. Jadi yang tak raya, inilah masa anda pergi bercuti.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MENGEJUTKAN! 33 GAMBAR NI DI AMBIL HANYA GUNA TELEFON

6/27/2016 10:35:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

MENGEJUTKAN! 33 GAMBAR NI DI AMBIL HANYA GUNA TELEFON. Hari ni dah masuk 22 ramadan. Puasa tinggal hujung - hujung je. Time ni orang mula sibuk nak tukar perabot baru la.. langsir baru la tak kurang jugak yang dok survey telefon baru. Katanya nak cari smartphone yang ada fungsi camera yang secantik DSLR. Jadi raya nanti tak payah nak usung DSLR dah.. Senang nak selfie kat mana2 termasuk masa menziarah kubur ahli keluarga yang dah meninggal. Almklum zaman sekarang semua nak bua live update kat FB.. dia pergi masjid dia buat live update, dia ziarah kubur buat live update apatah lagi beraya kerumah orang.


Tapi kalau setakat enpon je ada fungsi camera canggih tapi skill kelaut pun gambar tetap tak nampak menari jugak even camera kau boleh nampak liang2 pori seketoi seketoi kat muka. Orang yang ada skill mengambil gambar ni kadang2 camera biasa2 pun nampak cantik. Sebab depa tau nak ambil gambar dari angle mana.. pencahayaan macam mana. Kita yang hanya reti hala lensa camera lepas tu snap je memang la takkan tahu apa semua tu. Alih2.. penuh memori card jer gambar2.

Bila tengok 33 gambar ni mula2 tak percaya jugak aku hanya pakai camera telefon je. Kalau macam ni dia punya skill ambil gambar dengan smartphone pun dia boleh buat duit jadi photographer. Tak payah nak ada dslr bagai... Tapi serius aku pun tertanya tanya betul ke semua gambar tu di ambil dengan camera telefon. Kalau korang percaya tak gambar2 ni di ambil dengan telefon >> 33 Gambar Yang Mengkagumkan ni Hanya di Ambil Guna Telefon. Biar betul? << Mesti korang pun rasa macam tak percaya jugak kan?

Rasanya akan datang photographer semua dah tak payah pakai DSLR. Almaklum la teknologi gadget elektronik macam smartphone ni dia punya update sangat laju. Baru je keluar yang tu tetiba keluar pulak yang ni. Yang lebih canggih fungsi camera dia. Almaklum trend sekarang kan selfie welfie bagai. Antara salah satu benda yang orang akan survey kalau nak beli smartphone adalah fungsi camera dia. Aku tak payah tanya la.. aku setakat ni tak kejar sangat teknologi smartphone. Aku masih ambil gambar guna galaxy s4 zoom aku. hehehe

Moral of the story.. Tak salah kau nak tukar smartphone macam kau tukar tisu pakai buang tapi ikut kemampuan la. Ada orang sanggup setahun tak tukar baju demi nak tukar smartphone. Kalau aku lebih rela tukar baju dari asyik tukar smartphone. enpon canggih tapi baju dah layak buat kain buruk pun rasa tercalar jugak imej tu. hehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIDEO PENGAKUAN SEORANG BUDAK YANG MENGEJUTKAN SELURUH KELUARGANYA

6/25/2016 12:32:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

VIDEO PENGAKUAN SEORANG BUDAK YANG MENGEJUTKAN SELURUH KELUARGANYA. Hari ni dah 20 Ramadan.. kalau 5 tahun lepas aku sekarang ada kat wad sebab baru lepas bersalin budak lala pada 9.20 pagi di hospital sungai buloh. Dah 5 tahun dah budak lala kalau ikut bulan Islam... Dah lupa dah aku macam mana sakit bersalin katanya tapi masih struggle membesarkan seorang kanak kanak yang masih kena follow up dengan doktor & terapi. Speech dia masih di peringkat budak baru belajar bercakap & pengurusan diri pun sama. Jadi.. masih kena ikuti sesi terapi.


Nak membesarkan anak masing masing ada ujian & dugaan dia. Yang penting walau macam mana pun perkembangan mereka tetap kita kena ajar apa yang baik & tidak.. apa yang boleh buat & tidak.. Kalau buat perkara yang salah apa tindakkan perlu depa ambil.. Semua tu kena didik dari sejak kecil. Ia berkaitan akhlak anak anak. Aku pun antara ibu ibu yang masih belajar untuk mendidik anak & masih banyak perkara aku tak tahu &  tersilap dalam mendidik anak.

Bila tengok satu video kisah seorang budak bernama din.. Buat aku terfikir sesuatu. Bukan mudah nak jaga anak. Kanak kanak membesar & akan buat banyak kesilapan. Kadang2 apa yang mereka buat di luar kawalan & pemikiran kita. Kadang2 di luar pengetahuan kita jugak... Walaupun kanak kanak tapi kadang2 depa ni bijak sembunyikan kesilapan depa sehingga satu masa bila depa sendiri buat pengakuan mungkin masa tu  terlopong mak bapak dia dengar. Sama macam kisah budak din ni.. Tergamam satu family dia dengar pengakuan dia... Nak tahu apa yang budak din ni buat sampai melopong semua ahli keluarga dia.. Korang boleh tengok video dia kat sini >> Pengakuan Din Yang Mengejutkan Ahli Keluarga Tapi Akhirnya... Tengok sendiri video tu <<

Moral of the story.. Seorang kanak kanak akan buat silap dulu sebelum dia belajar sesuatu perkara. Itu adalah proses normal dalam tumbersaran mereka. Cuma kita sebagai mak bapak kena la bijak menangani emosi supaya sabar mendidik anak anak. Kalau kita tak mampu kawal emosi, boleh berlaku kes penderaan... sedangkan mereka cuma seorang kanak kanak yang baru belajar mengenal apa yang salah & betul.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PAKAR MOTIVASI PROF IZZI HAJI ALI MENINGGAL DUNIA

6/24/2016 03:06:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

PAKAR MOTIVASI PROF IZZI HAJI ALI MENINGGAL DUNIA. Innalillahiwainnalillahhirojiun.. Sesungguhnya setiap yang hidup pastikan mati. Terbaca di post Mynewshub tadi katanya Prof Izzi Haji Ali yang pernah popular di salah satu stesen radio dulu dengan slot motivasi dia yang di siarkan setiap hari & pernah di palitkan dengan satu kontroversi sehingga di kecam oleh masyarakat di khabarkan telah meninggal dunia tengahari tadi akibat strok.


Salam takziah kepada seluruh ahli keluargha allahyarham. Semoga mereka kuat & sabar menerima kehilangan insan tersayang. Semoga Allah memberi ketabahan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Sesungguhnya pemergian Allahyarham di hari yang sangat di impikan seluruh umat islam iatu pada hari jumaat kerana Sesiapa yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat terpelihara daripada fitnah kubur. Subahannallah beliau insan terpilih yang pergi pada hari yang menjadi impian seluruh umat islam untuk mati.

Semoga Allah mengampuni segala2 dosa2 beliau & menempatkan beliau di kalangan orang orang yang beriman. Amin...

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR

6/23/2016 03:19:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR. Serius.. memang aku frust sangat tau. Yelah.. menunggu barang yang di order sampai kerumah umpama menanti anak pertama lahir. Punya la excited, tak sabar, cempeqa & segala bagai rasa ada. Tapi bila sampai & buka bungkusan barang tu sangat sangat mengecewakan. Inilah episod sedih bersama zalora katanya...


Alkisahnya bermula. Aku order satu korean bag ni hari isnin lepas. Sebenarnya dah lama aku usya tapi macam biasa aku akan ambil masa yang lama nak buat payment. Selalunya aku perkasamkan dulu dalam draft. Aku ni bukan la suka sangat shopping online tapi aku memang selalu usya barang2 kat zalora & lazada. Kalau ikut harga lazada lebih murah tapi design kadang2 zalora la lebih cantik. Ada satu beg yang aku order.. kat lazada pun ada jual cuma sebab beg kat zalora ni aku tengok design zip dia bentuk bunga tu menyerlah lagi kecomelan beg tu so aku decide beli dengan zalora je la walaupun lebih mahal & kena bayar postage. Kalau kat lazada beg tu lebih murah cuma design dia tak secantik zalora & free postage. Kira jimat banyak la kalau kat lazada tapi sebab untuk kepuasan nafsu serakah ni, tetap beg kat zalora tu jugak jadilah pilihan nafsu katanya.

Kalau lepas buat bayaran tu.. Punya menghitung hari la beg sampai. Order dah petang hari isnin mungkin dalam selasa tu baru proses untuk hantar. Rabu dah cuti nuzul al Quran maka khamis (hari ni) la sampai. Service penghantaran zalora memang cepat tapi sayangnya bila berlaku item yang di order tak sama bila kita dapat.. kau tahu macam kena cincang lumat perasaan aku ni. Rasa nak pergi buka puasa lepas tu carut berkajang kajang. Tapi sebab akal masih berfungsi dengan baik maka aku call zalora tanya macam mana nak buat item yang di pesan tak sama bila aku dapat.

Kalau hangpa kat tempat cheq apa perasaan hangpa? Menangis bawah bantal Uolls.. Bear tu acik tak minat nak.. acik nak beg jer. hahaha

Macam biasa step pertama email gambar beg tu kat zalora.. lepas tu tunggu la depa respond. Tempoh dia katanya 3 - 4 hari bekerja. Sebab beg tu bukan barang dari zalora.. supplier lain punya maka depa terpaksa komplen benda ni dengan supplier tu. Lepas tu kena return balik barang & tunggu dorang deliver balik barang yang sepatutnya. Kesimpulannya kat sini, mungkin lepas raya la kot aku dapat beg yang aku nak tu. Tapi lepas Zalora bagi penjelasan ni maka hampa la harapan aku nak pakai beg comel tu... Sat na.. nak pi nangis belakang pintu.


Mungkin kesilapan ni bukan dari pihak zalora.. Zalora ni macam orang tengah tolong pasarkan saja tapi tetap la jugak frust dengan zalora. Satu nama besar dalam bidang perniagaan online. So nama Zalora akan terpalit jugak. Tapi lepas perbincangan dengan pihak seller beg ni, katanya beg yang dalam gambar kat website Zalora tu memang tak ada, berkemungkinan gambar lama yang tak update so dia cakap dia cuma boleh refund & say sorry je la. Nak push pun beg tu memang dah tak wujud jadi apalah pilihan yang ada. So untuk memudahkan dua2 belah pihak aku terima je la beg tu. Sebab 1 tali dia ada fungsi boleh sandang & boleh galas macam bagpack. Antara ciri2 beg yang aku suka tu ada selain partition dia pun banyak. Takpe la.. mungkin kesilapan yang tak di sengajakan. Tapi pada seller lain jadikan pengajaran ok! Jangan guna gambar barang yang memang dah tak wujud. Benda tu boleh mengelirukan pembeli. Zalora pun sentiasa la remind seller supaya tak berlaku benda macam ni lagi. Bila berlaku of course customer rasa tertipu. Sapa yang dapat nama.. Zalora jugak.

Takde la buruk sangat, kan?

Bukan semua orang bab membeli ni lebih kurang, Kalau orang yang jenis lebih kurang tu mungkin dia malas nak bising2 bila berlaku perkara macam ni tapi aku rasa sebab lain sangat barang tu memang tak puas hati la. Kita tengok & beli yang kita nampak cantik tapi yang kita dapat macam taik.. Sapa tak angin, ye dak. Jangan ingat orang suka bershopping ni hanya tengok & beli ok.. tapi mereka memang ada kaitan dengan 11 perkara ni >> 11 Tanda Seseorang Itu Sangat Serius Dalam bershopping << Baru la di katakan pem'shopping' tegar. hahaha

Moral of the story.. sebab tu la membeli cash & carry ni lebih baik dari shopping online tapi tu la dekat2 musim perayaan ni pepaham je la. Bergesel bontot la nak pilih barang. Pilihan taknak bontot leper di hari raya.. maka membeli secara online cuma risikonya macam yang aku kena la. Ikut nasib je.. Kalau nasib baik dapat macam dalam gambar, kalau nasib tak baik dapat macam minta penampar.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUAT PEMINAT BOLA SEPAK INILAH JADUAL WAKTU TIDUR UNTUK EURO 2016

6/23/2016 10:39:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

BUAT PEMINAT BOLA SEPAK INILAH JADUAL WAKTU TIDUR UNTUK EURO 2016. Aku bukan peminat bola sepak pun jadi aku tak heran sangat la pasal games bola sepak yang di tayangkan kat TV tetengah malam buta. Laki aku pun tak minat.. so kami2 sama2 tak pernah ambil pot pasal perlawanan bola. Tapi dulu masa kat kampung abang aku (actually abang sepupu sebelah ayah sebab memang dah rapat macam keluarga kandung sendiri memang fungsi dia macam abang kandung, nak2 lagi lepas ayah meninggal ) dulu start euro ni mesti la mula tukar timing tidur. Siang membuta tak ingat.. Time dia tak kerja la. Malam berjaga sampai ke subuh katanya. Tu zaman dia muda remaja sekarang dah jadi ustaz. Mengajar kuliah2 agama kat masjid2 yang jemput dia. Siapa sangka dulu masa muda hu ha hu ha jugak abang aku ni.. Bila semakin meningkat umur Allah bagi hidayah sekarang kerja dia kategori berdakwah jugak la.


Tu kisah abang aku.. Aku rasa ramai pun akan buat perangai macam abang aku dulu menjelang EURO 2016 ni. Peminat suka bola sepak ni dia sanggup apa saja tau.. Aku sendiri tak tau macam mana depa sanggup berkorban masa tidur demi sebuah permainan yang berebut sebiji bola tu hikhikhihik.. Kalau dah minat katanya dia je tahu kat mana keseronokkan. Bagi aku yang tak berapa minat ni confirm la rasa macam.. hurmm... apa sangat yang best tengok orang main bola, ye dak. Apapun tu semua citarasa masing masing.

Walaupun aku tak minat bola sepak.. Tapi aku ikuti jugak perkembangan sukan bola sepak. Nak2 lagi kalau ada isu2 kontroversi. Almaklum la.. aku suka membaca isu2 semasa. Kalau jadi kontroversi tu dah masuk kategori isu semasa jugak bukan isu sukan lagi. Disebabkan sekarang orang mula rasa seram sejuk tanda2 nak kena demam bola atas keprihatinan aku kepada peminat EURO 2016 ni kat sini aku nak bagi korang jadual perlawanan & jadual tidur yang sesuai supaya korang tak terlepas perlawanan bola sepak. Kalau korang nak ambil jadual tu boleh ambil kat sini >>Jadual Tidur Untuk Peminat Tegar EURO 2016 << Lepas ni korang boleh setting time tidur yang betul supaya rutin harian korang tak terjejas & korang boleh enjoy tengok perlawanan bola.

Moral of the story.. tak salah korang nak tengok perlawanan bola sepak tapi jangan sampai menjejaskan rutin harian & reputasi kerja anda. Yang penting jangan sampai menyusahkan orang lain.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKHIRNYA YUSRI & LISA SURIHANI KONGSI GAMBAR ANAK

6/22/2016 12:31:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

AKHIRNYA YUSRI & LISA SURIHANI KONGSI GAMBAR ANAK. Sebelum ni jadi kontroversi jugak bila Lisa surihani & Yusri KRU ambil keputusan untuk membesarkan anak mereka seperti kanak kanak biasa. Tak nak dedahkan gambar anak depa kat media. Ada yang mengecam & ada yang menyokong tindakkan mereka. Sampai pernah berlaku satu isu bila ada peminat yang mencuri ambil gambar Lisa & anak dia kat luar kemudian menyebarkan di media sosial. Timbul rasa sedikit tak puas hati lisa dengan perbuatan peminat tu. Tapi semua isu tu dah selesai.


Tup tup hari ni terbaca kat beautifulnara katanya Yusri & lisa akhirnya berkongsi jugak wajah terkini anak kesayangan mereka Yahaira Leanna. Mungkin sekadar nak berkongsi dengan peminat yang teringin sangat nak tengok muka anak depa. Yelah.. bukan semua peminat bertuah terserempak dengan retis kat luar.. Nak2 lagi yang duduk kawasan luar bandar.

Katanya Yusri berkongsi gambar Yahaira Leanna yang dah berusia 9 bulan bersempena hari lahir dia semalam. Mungkin hadiah untuk peminat yang sentiasa menyokong dia selama ni walaupun sebelum ni depa sangat menjaga privacy anak mereka. Alah sekali sekala tunjuk bagi peminat tengok apa salahnya, ye dak? Jangan la show off anak sampai kecik2 lagi dah menang anugerah dalam industri hiburan walaupun anak tu sebenarnya tak ada terlibat dalam apa2 aktiviti seni pun. Lepas dah menang, luah perasaan risau pulak sebab anak dia terpilih sebagai yang paling popular katanya. Yang ko dok tayang serata alam maya gambar anak kau tu apa motif kalau tak sebab nak popularkan anak kau. Tak paham ah kak puaka tau! hahahahaha

Yahaira Leanna 9 Bulan. Comel macam mak bapak dia jugak

Tak salah nak abdikan kenangan dengan gambar & nak upload untuk berkongsi dengan orang lain.. Boleh jer cuma berpada pada. Gambar ni salah satu sebagai medium untuk menyimpan memori. Cuma jangan la share semua gambar dengan orang. Ada gambar boleh share & ada yang tidak. Jadi pandai2 la menapis ayak yang mana gambar sesuai untuk tontonan umum & tidak.

Moral of the story.. jangan biarkan gambar menjatuh maruah anda. Sekian terima kasih. selamat berselfie semua

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERHATIAN! KAKI BAZAR RAMADAN KENA TAHU 11 BAZAR NI

6/21/2016 09:38:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

PERHATIAN! KAKI BAZAR RAMADAN KENA TAHU 11 BAZAR NI. Hari ni dah masuk hari ke 16 hari puasakan.. erkk... betul ke? Aku pun kadang2 lupa hari. Bab nombor2 kadang2 aku suka jadi krisis tapi seperkiraan aku ni memang hari ni dah 16 ramadan la. Ni tak refer calender ok! Kalau salah nasib la kan.. hahaha.


Sepanjang puasa ni memang totally aku masak je kecuali ahad tu memang beli. Ataupun kuih tapi takde la hari2. Tapi sahur memang aku masak la setiap hari. Taknak la makan nasi kandar lauk sotong sampai RM13 sebungkus. Kering account bank kalau makan macam tu hari hari katanya. Bagi surirumah dengan macam aku banyak masa kat rumah so masak tu tak ada masalah sangat. Apa sangat la nak masak untuk kami laki bini ni makan. Aku pun memang tak beriya sangat pun masak sepanjang bulan puasa. Masak biasa2 jer...

Tapi bagi yang bekerja.. walau balik awal dari biasa, nak hadap jam lagi. Ada yang nak kena ambil anak sana sini.. memang kadang2 sampai rumah dekat waktu nak berbuka dah. Jadi pilihan yang ada cuma bazar ramadan. Tapi hati hati nak membeli juadah kat bazar ni. Almaklum la ramai peniaga bazar tengah kumpul duit nak naik haji pakej swasta. Ada yang jual mahal & ada jugak yang recycle jual makanan yang tak habis. Tu yang kadang2 terbeli makanan basi bagai..

Jadi sangat penting buat kaki kaki bazar ramadan ni tahu tentang 11 bazar ramadan ni >> 11 Bazar Ramadan Ni penting Untuk Anda Tahu << Supaya korang tak terlepas pandang something yang mungkin buat korang rasa menyesal sebab tak tahu sebelum ni. Lagipun puasa dah tak lama.. So elok la korang ambil tahu.

Moral of the story.. Buat kaki bazar kalau pergi bazar tu jangan jadi rambang mata. Ingat GST di mana mana walaupun kat bazar harga takde mention include GST tapi kebanyakkan bahan2 yang nak masak juadah tu semua ada GST. hehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING

6/21/2016 03:46:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING. kecoh la isu pasal ada pasangan kekasih ni yang pakwe dia buat kejutan bawa naik limosin. Kereta orang kaya katanya. Maka ramailah orang tag pasangan masing masing dengan harapan dapat kejutan yang sweet like kencing manis macam tu. Tetiba teringat jugak la kisah cinta jahiliah aku dengan suami dulu..

Gambar sekadar hiasan. Sumber google

Kami dating takde la naik limosin.. naik satria jer masa tu. Tu pun satria laki aku beli sendiri dengan duit dia masa umur 18 tahun. Masa tu kagum jugak la.. dia 18 tahun dah mampu beli kereta walau second hand tapi beli secara cash. Sebab time tu dia nak ambil kereta baru nak buat loan tak lepas lagi. Takpe la 2nd hand pun.. Yang penting dia tak guna duit mak bapak dia nak beli apa dia nak. Dia kerja cari duit sendiri.

Sampai la kenal dengan aku dia still pakai satria tu. Aku pun bukan meterialistik sangat. Kau pakai kereta apapun masa tu bagi aku kereta kau. Aku tumpang duduk sebelah jer.. Tu pun syukur la tak kena bersesak dengan mat bangla naik bas. Dalam sepanjang cinta jahiliah yang tak sampai setahun tu aku pernah la suarakan teringin nak naik vespa. Serius memang time tu aku teringin sangat nak merasa naik vespa. Aku rasa macam retro itu sweet pulak.

Tak sangka wei.. kekasih jahiliah aku masa sanggup pi cari vespa 2nd hand & beli semata mata nak tunaikan impian aku nak naik vespa. Sempat la merasa dating naik vespa sekali dua.. Yang tak tahan tu siap dressing ala2 retro jugak. Punya la nak bagi kena dengan tema vespa tu. Vespa tu memang vespa lama bukan vespa jenis yang baru.. banyak jugak ragam dia. Selalu kena repair.. Dah malas nak jaga maintenance dia laki aku jual balik. Tapi takpe.. aku dah merasa dating naik vespa, cukup la. Jadi kembali la kami naik satria.

Semua orang ada cerita sweet zaman jahiliah dia.. Tapi cuma buat kejutan dengan limosin tu. Kereta tu confirm sewa mahal.. bagi hadik2 yang masih dok seluk poket mak bapak tak payah nak tiru sangat la kan. Belum kawen memang semua sweet like kencing manis.. Kau naik angin pun pasangan kau masih nampak kau sweet. lepas kahwin kau belum naik apa2, dia nak mula naik marah masa tu kau akan sedar, naik limosin tak menjamin dia akan kekal sweet sampai beranak cucu. Sebab hidup kita ni ada fasa.. setiap fasa tu mesti ada perubahan. Ini realiti. Hidup bukan macam drama pukul 7 kat TV3. Lepas kawen baru kau tahu betapa struggle nya kau nak pikat hati suami supaya kembali ke zaman sweet dulu. tak macam zaman bercinta dia yang struggle pikat kau. hehehe

Apapun aku tak rasa isu besar sangat pasal kejutan naik limosin cuma yang tak elok benda tu kalau jadi trend. Yang mampu tu ok la.. takut yang tak mampu, mampus pulak bila awek request nak naik limosin. Almaklum la tak nak kalah.. hehehe

Moral of the story.. Mungkin bagi orang sweet dapat kejutan macam tu tapi bagi aku sekarang paling sweet adalah tiba2 laki aku suruh pakcing baju nak balik kampung. kejutan macam ni tiap2 tahun berlaku ok! Selalu dia buat kejutan sampai kejung aku nak packing last minute. Bukan je balik kampung malah kemana mana pun selalu macam tu. sweet tak laki aku yang selalu buat kejutan. hahahahaha

P/S : ni kisah zaman jahiliah.. apa yang baik ambil sebagai teladan yang buruk jadikan sempadan

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GADIS MELAYU UCAP TERIMA KASIH KERANA AYAH TAK PAKAI KONDOM SEMPENA HARI BAPA

6/20/2016 02:25:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

GADIS MELAYU UCAP TERIMA KASIH KERANA AYAH TAK PAKAI KONDOM SEMPENA HARI BAPA. Zaman hipster, western, pickuplines bagai.. ucapan untuk hari bapa pun dah semakin menyeramkan. Tak tau la bapak budak ni baca ke tak ucapan dari anak dia yang wish selamat hari bapa dengan cara yang paling hot katanya. Mungkin dia rasa ucapan dia paling catchy & menyentuh hati bapa dia kot.. Memang menyentuh hati jugak kalau bapa dia macam bapa bapak kita yang tak ada la open minded & sporting tahap macam tu. Tersentuh jugak hati bapa bila anak perempuan dia kurang malu cakap macam tu untuk bapa, kan.

Budak budak sekarang ni.. Mungkin sebab mak bapak zaman sekarang ramai yang layan anak macam kawan jadi dia buat mak bapak dia macam kawan je. Tak ada tapis tapis dah nak cakap. Melawak ikut dan je bak kata orang kedah. Kita ni orang melayu ada adab & sopan. Bergurau dengan mak ayah atau orang tua ada caranya. Tak sama macam kita bergurau dengan kawan kawan walau mak bapak kita sporting tahap gaban sekalipun.

Aku tak rasa satu ucapan macam ni satu penghargaan apatah lagi ucapan yang mampu buat mak bapak dia bangga dapat anak macam dia. Kepala kau tutup elok je.. kenapalah perangai kau sampai terbogel nampak kemaluan yang tak sepatutnya. Berpada pada la nak bergurau dengan bapak pun.. Boleh je kau wish thanks dad tak bagi mak baru kepada kami. Aku rasa wish macam tu boleh lagi terima dari kau ucap terima kasih kat bapa kau sebab tak pakai kondom. Malu muka bapak kau dik.. Nak2 lagi anak perempuan wish macam tu. Sorok muka dalam spender di buatnya kalau kawan2 bapak kau atau sedara mara baca ucapan hari bapa macam ni.

Bila nak tiru style mat saleh alih2 jadi viral memalukan satu keluarga.

Bulan2 puasa ni tak payah nak cakap merapu sangat la. Bukan je mengurangkan pahala puasa sendiri malah boleh mengurangkan pahala lain jugak. Mana taknya kalau dah pelik2 sangat manusia ni akan tetap la nak mengata jugak. Macam kes ni.. bukan la kita cari tapi dah lalu kat news feed FB maka tercarut jugak la dengan kata kata.. "Anak sapa la perangai tak senonoh sangat ni.." Dah terkata kau tak senonoh.

Moral of the story.. Zaman media sosial & viral nak buat lawak anak beranak pun kena fikir panjang sebab kau tulis kat media sosial bukan bapak kau je yang baca. Malah bapak orang lain pun boleh baca. Jadi jangan sebab nak nampak sporting bagai kau hilang kemaluan & sekaligus mengaibkan seluruh ahli keluarga kau.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! AYAT PICKUPLINES LELAKI BAGAI MINYAK PENGASIH

6/20/2016 10:21:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

AWAS! AYAT PICKUPLINES LELAKI BAGAI MINYAK PENGASIH. Trend pickup line sekarang memang macam2 la ayat manis para lelaki cuba untuk menambat hati wanita. Bagi mak2 budak macam aku ni dah tak ada sapa nak mengayat guna ayat pickup line. Aku pun memang tak pernah mengedik macam orang bujang sejak kawen. Kalau nak kemana mana wajib ada laki & anak bersama. So, tak ada yang berani nak pickup line dengan aku & Insya Allah terhindar la dari fitnah sebab sentiasa berada dengan anak & suami.


Jadi seorang perempuan ni memang terdedah dengan fitnah. Kadang2 tengok ada spesis2 mak budak berstatus bini orang ni bukan main mengedik lagi kalau ada lelaki lain dok buat pickup lines mengayat depa. Bila cakap bini & mak orang depa tak caya katanya muka nampak muda. Dia pun apa lagi tersengih sampai ke telinga la.. Sebab pujian macam tu so dia pun ambil masa melayan jantan yang memang terkenal dengan mulut manis. Even kau muka makcik pun kalau dia rasa saja nak test kau dia boleh cakap muka kau muka hadik hadik sekolah rendah. lelaki beb... tetap la lelaki. So tak payah perasan sangat dengan pujian lelaki yang cuba mengorat anda tu. Tak pasal pasal benda tu jadi fitnah yang mampu mengoncang rumahtangga kau.

Bila dah masuk bulan puasa ni.. Dah pickup lines bertemakan ramadan pulak. Tapi ada antara pickup line yang memang agak failed la. Tak tau la kalau ada jugak perempuan boleh rasa sweet dengan pickuplines macam ni.. Kalau aku sekadar berlalu dengan muka tak ada perasaan la kalau ada jantan yang cuba nak test aku dengan pickuplines macam ni >> 11 Pickupline Ramadan Yang Paling Gagal << Tak tau la kalau orang lain rasa mencuit hati dengan pickuplines macam ni. Almaklum la hati aku hati komik Ujang, gila2, Majalah Apo sikit. So, pickuplines ni tak berapa layan. hahaha

Jadi yang bernama wanita terutama isteri orang tu berhati hati.. Pickuplines ni kadang2 macam minyak pengasih zaman moden yang boleh anda terpegun seketika dengan ayat pickuplines dia yang sweet like kencing manis tu. Belajar untuk jangan terpedaya dengan puji pujian lelaki yang korang nampak ada macam nak mengayat. Kadang2 lelaki ni mengayat bukan sebab dia suka kat korang tapi dia suka apa yang korang ada jer.

Moral of the story.. pendek kata kalau dah tahu diri tu bini orang tak payah nak melayan sangat la lelaki lain even sekadar berkenalan sebagai kenalan biasa tanpa sebab. Ingat perempuan sentiasa terdedah dengan fitnah. Fitnah mampi membunuh banyak hati & juga nyawa. Jadi berwaspada selalu.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAMBANG MATA BILA CLIK RIANG RIA RAYA LAZADA MALAYSIA

6/18/2016 12:32:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

RAMBANG MATA BILA CLIK RIANG RIA RAYA LAZADA MALAYSIA. Dah nak masuk minggu ketiga puasa maka time ni ramai dah mula buat persiapan rumah tak kira la dari segi pakaian, peralatan nak buat kuih muih, mahupun perabot & aksesori untuk rumah. Almaklum la raya kan.. Ramai dah mula wishlist kan barang2 yang mereka harap dapat untuk kegunaan menyambut raya nanti. Nak nak lagi time ni la banyak sale & diskaun. Inilah masa paling sesuai membeli belah barang keperluan.

Aku pun manusia katanya.. Ada impian & keinginan macam orang lain jugak. Aku pun antara tipikal manusia yang ada keinginan & suka membeli. Tapi wishlist seorang isteri, ibu & anak selalunya untuk di manafaatkan seluruh isi keluarga. Biar sama2 rasa. Sepanjang puasa ni aku selalu usya barang2 kat lazada.. Sebab harga di lazada ni lebih murah berbanding portal online shopping yang lain sebab tu la aku lebih suka windows shopping secara online di lazada.

Sebab diskaun dia tak ingat punya buat aku jadi rambang mata kasar & mata hati. Kalau boleh semua nak beli tapi bila budget tu terhad ni je la antara wishlist aku untuk orang2 yang tersayang.

Mak aku adalah tukang masak setiap kali raya. Macam mak mak orang lain jugak. Jadi aku rasa kalau ada Butterfly Electric Pressure Cooker ni pun elok jugak. Memudahkan kerja kerja memasak dia kat dapur & boleh masak macam macam juadah untuk raya nanti. So ini pun antara yang aku harap dapat bagi kat mak aku untuk dia memasak untuk juadah raya nanti.

Cantik kan Butterfly Electric Pressure Cooker. Nak tahu berapa harga dia meh tengok kat sini >> Butterfly Electric Pressure Cooker BPC-5068

Mak mertua aku pernah cakap dia nak satu almari baju lagi bagi menampung muatan baju2 dia yang semakin banyak. Almaklum la perempuan tak kira tua muda.. bab baju bajan memang juara membeli la. So kalau dapat mengembirakan hati mak mertua dengan bagi dia sebuah wardrobe 2 pintu yang under budget selepas diskaun ni pun rasanya mak mertua aku dah senyum sampai telinga. Boleh la dia simpan koleksi baju2 raya dia dengan selamat

Tentu korang tak percaya harga wardrobe ni semurah ni. Meh tengok kat sini >> T.A. TKW-OS 2 Door Wardrobe with Open Shelf (Modi Oak)

Untuk anak aku mesti ada jugak. Sebab dia lahir pada 20 ramadan.. aku rasa hadiah yang paling sesuai adalah Kids Kitchen Cooking Toy Set For Role Play sebab benda ni boleh mengurangkan dia layan video kat youtube atau main game kat gadget2 elektronik yang ada. Pretend play sebenarnya membantu dalam perkembangan kanak kanak. Benda tu salah satu cara merangsang kanak kanak untuk berfikir & bermain menggunakan imaginasi. Sebab anak aku dah nampak minat main masak2 sampai sikat pun jadikan senduk jadi sedang elok la aku beli set ni untuk dia. Harga pun tak mahal malah di riang ria raya lazada selepas diskaun harga tak sampai RM60 pun. Jadi hari jadi ke 5 tahun dia.. kalau dapat bagi dia hadiah ni aku rasa mungkin hari jadi & raya paling bermakna buat anak aku.
Memang korang takkan sangka harga dia semurah ni di lazada. tak caya tengok sendiri kat sini >> Kids Kitchen Cooking Toy Set For Role Play

Untuk suami jangan risau aku tak lupa. sekarang berpantang makan. Tak boleh terlampau berminyak, tak boleh pedas & dia jugak suka makan jenis grill & bakar ni. Jangan hangpa tak tau laki cheq ni pun rajin jugak ke dapur memasak sambil menyepah. Jadi aku rasa nak beli la untuk dia Takada Double Grill Pan sementara tengah murah sempena riang ria raya lazada. Bukan apa raya nanti boleh la masak menu sihat untuk dia nikmati.. Almaklum la maybe dia tak makan rendang tahun ni. hehehehe

Di Riang Ria raya Lazada je korang boleh dapat harga ni. Nak tau berapa harga dia meh tengok kat sini >> Takada Double Grill Pan TK-DGP01 Red 2

Wishlist aku ni tak budget besar mana pun. Dalam RM500 jer.. berbaloi rasanya sebab aku dapat gembirakan semua insan insan aku sayang. Sempena raya ni dengan membeli belah di lazada anda boleh jimat sehingga 92%, jadi pastikan lazada menjadi pilihan anda membeli belah secara online untuk persiapan raya nanti..

Kalau korang ada whishlist yang korang nak bagi kat orang2 tersayang apa kata korang sertai Riang Ria Raya Blogger Contest ni.


Manalah korang orang yang bertuah menang Fujifilm Instax Mini 8 camera ni. Cuma perlu senaraikan whishlist korang jer.. Nak tau macam mana nak join meh tengok kat sini >> Riang Ria Raya Blogger Contest <<

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CERITA DI SEBALIK AYAM TANDOORI

6/17/2016 03:45:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

CERITA DI SEBALIK AYAM TANDOORI. Petang petang ramadan dok cerita pasal ayam tandoori ni kang ada pulak yang puasa separuh hari katanya. Tak tahan terbayang keenakkan ayam tandoori yang cukup seksi dengan dagingnya kemerah merahan. Dimakan pula bersama roti nan...erkk.. matching ke gabungan tu. Hahaha.. aku pun tak tau sebab dah lama tak menyinggah restoran mamak ni.


Aku nak kata suka sangat makan ayam tandoori entah la aku rasa aku dah lupa rasa dia macam mana cuma yang aku ingat dia kemerah merahan. Last makan pun aku dah tak ingat. Almaklum la memori aku ni tak berapa cukup gigabyte sikit so tak boleh simpan banyak sangat kenangan. Refresh macam mana pun kadang2 tak dapat jugak nak ingat. hahahaha. Tapi setahu aku la aku tak pernah rasa ayam tandoori tu peberet aku kot. hehehehe

Ayam tandoori antara menu yang memang menjadi kegemaran rakyat malaysia pelbagai kaum. Macam - macam persepsi masyarakat terhadap ayam tandoori. Tapi yang paling best cerita couple ni. Ada kena mengena jugak dengan ayam tandoori masa dorang pergi honeymoon kat greece. Nak tau cerita di sebalik ayam tandoori ni meh la baca kat sini >> Cerita di sebalik ayam tandoori. Baca artikel no 7 <<

Setiap orang ada cerita & pendapat yang berbeza tentang ayam tandoori ni. Biasa la citarasa masing masing tak sama. Mungkin ayam tandoori ramai peminat maka subway pun dah adakan menu ayam tandoori sekarang. Kalau kat subway tu teringin jugak nak cuba tapi kalau restoran mamak ni susah sikit la. Hahahaha

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GOLONGAN KANAK KANAK YANG BAKAL DI BENCI MENJELANG HARI RAYA

6/16/2016 02:55:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

GOLONGAN KANAK KANAK YANG BAKAL DI BENCI MENJELANG HARI RAYA. Hari ni dah 11 ramadan bermakna 11 hari la kita berpuasa. Dah nak sampai pertengahan puasa pun. Time ni jangan pelik la orang dah mula shopping raya. Aku pun rasa ahad ni macam nak cari siap2 je baju raya untuk anak.. Kalau tak ada aral melintang pukang kebabom katanya.. Sekali dengan mak shopping siap siap. Bukan apa kalau hujung2 puasa nanti alamatnya kena hadap la bergesel bontot nak pilih baju raya. So, sebab taknak bontot leper di hari raya nanti rasanya dah sedang elok kot prepare siap2 apa yang patut. Dah hujung puasa esok boleh basuh & packing siap2 jer. Takde la kelam kabut katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber google

Bila masuk pertengahan bulan puasa ni trend menyebarkan protocol nak beraya ke rumah orang mula bertebaran di media sosial. Takpe bagus.. saling mengingati. Bila kita bertamu kat rumah orang kita tahu do & don't katanya. Jangan nak melekat kat rumah orang dari lepas solat sunat hari raya sampai ke tengah malam. Nak2 lagi rumah orang tu ada 1 jer ruang tamu. Bagi change la tetamu lain nak bertandang katanya.

Tapi ada jugak yang tak bagus dalam protocol raya yang bertebaran di serata alam maya sekarang.. Contoh merungut pasal budak2 yang tak reti duduk diam ni. Yer betul perabot rumah kau mahal, langsir, karpet,balang kuih,air sirap,kuih muih semua mahal mahal. Datang budak macam lipas kudung habis berterabur rumah kau jadinya. Tu tak termasuk terpecahkan gelas lagi. Lumrah budak2 memang suka bermain. Betul mak bapak kena didik anak untuk pandai jaga diri bila bertandang kat rumah orang cuma aku terfikir gamaknya mak bapak yang ada anak hyperactive tu macam mana yer nak beraya ke rumah orang. Takkan la sebab nak bertamu kat rumah orang nak kena bagi ritalin untuk buat ada duduk diam macam orang dungu. Kesan ubat tu bukan bagus sangat kalau di beri secara kerap. Sesetengah orang tak faham dia ingat hyperactive tu salah satu kelakuan sebab tak didik dari rumah padahal hyperactive adalah salah satu masalah dalam perkembangan kanak kanak. Sebab tu kalau yang teruk doktor akan bagi ritalin ubat untuk slow kan hyper dia.

Bukan semua orang faham tentang masalah budak hyperactive ni yang orang nampak macam budak normal yang nakal & tak reti diam. Sebab pada pandangan mata kasar memang takkan nampak kekurangan mereka kat mana2 pun. Even anak aku bukan hyperactive tapi aku banyak jugak baca info berkenaan kanak kanak hyperactive ni. Jadi sedikit sebanyak mengubah persepsi aku bila nampak budak yang aktif dia agak luar biasa berbanding kanak kanak tipikal yang tak ada hyperactive. Tahap keaktifan kanak kanak hyperactive dengan kanak kanak tipikal yang lasak & nakal memang tak sama. Bila kita tahu Takde la kita nak pandang dengan pandangan benci.. tapi pandangan kita akan berubah menjadi simpati pada kanak2 & ibu bapa dia. Tapi tu la bukan semua orang tahu & berminat untuk ambil tahu jadi mungkin golongan kanak kanak macam ni akan di benci bila bertamu di rumah orang menjelang hari raya. Kesian kan.. kekurangan mereka bukan pilihan mereka tapi terpaksa hadap jugak tohmahan orang yang tak memahami kekurangan tu.

Itu mungkin menjadi dilema bagi ibu bapa yang ada anak hyperactive bila menjelang hari raya. Tak pergi beraya rumah orang kang orang cakap sombong, tak pandai bermasyarakat, tak suka bergaul. Bila pergi dengan keadaan anak macam tu dah orang benci, mengumpat sana sini. Nak2 lagi zaman sekarang zaman media sosial. Belum kita melangkah keluar pintu rumah dia.. dah berabuk dia herdik kat wall FB. Sesungguhnya raya dulu & sekarang memang terlalu banyak bezanya.. Raya di zaman media sosial di mana orang boleh dapat access internet semudah atas tapak tangan memang takkan sama macam dulu lagi. tapi sekarang ramai yang sibuk merenyam kat facebook dari mengayam ketupat katanya. hehehe

Moral of the story.. kalau setakat tertumpahkan air sirap tu tak payah la panjangkan isu tu sampai ke wall FB. Melainkan sampai terbalik sofa kau.. hancur habis balang kuih raya kau maybe kalau perbuatan budak2 tipikal @ normal boleh la kau tegur. Kalau lebih kurang, lasak sikit2 tu.. anggap je la lumrah budak budak. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT

6/16/2016 10:50:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT. Kalau tak simple aku malas nak share sebab kesian bebudak baru belajar masak. Kang berpintal pintal pulak otak depa nak matching bahan bahan masakan. Sebab masak lemak ikan masin versi lekatlekit ni memang kategori campak2 jer maka boleh la aku share dengan hadik hadik yang baru akil baligh nak belajar masak bagi persediaan nak jadi menantu orang nanti. hehehe


Lain orang lain cara masaknya. Jadi dalam versi lekat lekit ni meh kita tengok apa bahan yang di gunakan.. Jangan risau bahan bahan asas buat masak lemak jugak. Antara bahan yang di gunakan bagi merealisasikan masak lemak dalam periuk adalah..

Ikan masin (boleh guna ikan talang tapi aku guna ikan duri sebab tu je yang ada)
Serai
Bawang besar
halia
cili padi
asam keping
santan kotak
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Ubi kentang

Bahan kisar
Bawang
serai (ada orang suka ketuk jer tapi aku suka blend halus)
halia
kunyit hidup (kalau guna serbuk kunyit tak payah kisar)
cili padi (yang ni ikut selera. Nak pedas letak lebih. Nak sederhana letak sikit)

Potong ikan masin kemudian rendam lebih kurang setengah jam nak bagi kurang masin. Potong ubi kentang. Lepas tu panaskan minyak.. Tumis bahan kisar & masukkan serbuk kunyit kalau guna serbuk kunyit. kalau guna kunyit hidup dah tak payah tambah serbuk kunyit kang over pulak kuningnya. Biar mendidih sekejab masukkan kentang, kemudian masukkan ikan masin. Masukkan asam keping & serai (kalau serai tu serai ketuk). Biar masak sekejab baru masukkan santan. Lepas tu masukkan santan, masak dalam 10 minit macam tu tutup la api. Pastikan ubi kentang tu dah empuk dulu. Lepas tu letak dalam mangkuk hidangkan je la.

Ni la rupa masak lemak ikan masin lekatlekit. Kuning menawan kelambu katanya hahaha

Dah siap Masak lemak ikan masin atau sesetengah orang panggil gulai lemak. Normally orang guna nenas tapi di sebabkan aku cukup fobia nak makan nenas aku tukar guna kentang. Versi aku ni memang kuah dia pekat sikit. Ada orang suka kuah cair. Apapun tetap sedap di tekak tukang masak katanya. hehehehe

Masak sendiri kat rumah ni memang jimat berbanding membeli belah kat bazar ramadan. Ahad lepas aku tak sempat masak jadi membeli je kat sri damansara. Ada satu pakcik ni jual nasi kandar tapi dia orang melayu la. Aku teliti la lauk2 dia.. Nampak macam best bau pun masih menarik lagi so aku order la satu lauk sotong. Lauk sotong 2 ekor,telur rebus sebiji & 3 biji kacang bendi rebus sekali nak bayar RM13. Nasi kandar memang mahal rupanya. Almaklum la aku memang tak makan restoran mamak sangat so aku tak tau la harga nasi kandar tapi sebungkus nasi RM13 tu memang aku rasa mahal la. Hahaha..

Jadi pada hadik hadik yang dah mula terfikir nak kawen tu.. cuba cuba la belajar masak lemak ikan masin ni yer. Antara hidangan pembuka selera ramai orang. Almaklum la kalau orang melayu ni memang taste depa masakan macam tu la.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKIBAT FANATIK DENGAN BOLA SEPAK, INI 7 AKTIVITI LUAR BIASA PEMINAT BOLA BUAT DI BULAN PUASA

6/15/2016 08:34:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

AKIBAT FANATIK DENGAN BOLA SEPAK, INI 7 AKTIVITI LUAR BIASA PEMINAT BOLA BUAT DI BULAN PUASA. Kalau sekadar minat mungkin kita takde la terlalu obses dengan sesuatu perkara tapi kalau dah fanatik memang kadang2 apa yang di buat memang di luar sangkaan kita. Bagi peminat bola pulak walaupun bulan puasa menghadkan aktiviti mereka untuk ligat di padang tapi depa ni katanya tetap tak boleh hidup tanpa bola.


Kalau dah terlampau minat tu memang tak kira apa bulan pun dia akan cuba lakukan aktiviti dia walau mungkin rutin tu agak berubah bila menjelang bulan puasa. Tak boleh kalau tak buat. Biar apapun situasi dia akan cari peluang jugak buat bagi melepaskan ketagihan dia terhadap bola sepak. Mungkin kalau sehari hidup dia tanpa ada kaitan dengan bola dia boleh kena parkinson & menggigil seluruh badan maka berlaku 7 perkara luar biasa yang di lakukan peminat fanatik bola bila menjelang bulan puasa >> 7 Aktiviti Yang Luar Biasa Peminat Tegar Bola Lakukan Dalam Bulan Puasa…<< yang no 3 palinhg tak boleh blah katanya, hahaha

Susah jugak kan kalau dapat laki macam ni. Dalam tidur & jaga dunia dia hanya bola ja. Silap2 dia ngingau kita pulak kena sepak macam bola. Tetiba dengar jerit goll jer.. hahaha. Kalau tahap macam tu aku rasa ada yang makan kasut bola tengah2 malam buta. Mujur la aku dapat laki tak minat bola.. aku pun tak minat jugak cuma anak dara aku pulak nampak minat bola sepak ni. Dulu masa baby asal tengok berita sukan jer.. tang bola sepak je dia fokus. Bila dah besar antara kartun peberet dia super strikers, bola kampung.. Mana datang gen minat bola tu tak tau la pulak. Nak kata masa mengandung aku suka tengok bola tak jugak. Sama je aktiviti aku masa mengandung ngadap blog jer... hahaha

Nak minat bola tak salah.. mungkin dah jadi fitrah kebanyakkan lelaki suka bola cuma berpada pada. Jangan asyik hidup dengan bola tanggungjawab sebagai hamba & suami terabai. Jangan asyik nak kejar bola sedar sedar kita dah kehilangan & ketinggalan banyak perkara yang lebih baik dalam hidup. Minat tak salah tapi jangan obses

Moral of the story.. Makan bola, tidur bola.. jangan tetiba mati pun sebab bola sudah la.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERBONGKAR CARA NAK KENALI PERSONALITI KAWAN ANDA MELALUI LAPTOP

6/15/2016 01:46:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

TERBONGKAR CARA NAK KENALI PERSONALITI KAWAN ANDA MELALUI LAPTOP. Personaliti. Kalau ada yang masih tak faham apa tu personaliti meh sini den nak explain secara ringkas supaya korang semua faham.


Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. Sehubungan itu, satu daripada penyelidikan menjelaskan rupa diri dapat diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran. tu dari wikipedia mungkin susah sikit korang nak faham tapi untuk senang faham personaliti ni merangkumi perwatakan, perlakuan & tindakkan bila berada dalam sesuatu situasi. Faham kan? Tak paham nanti korang mentelaah sendiri.

Dalam nak memilih kawan bukan sekadar mengenali perangai, personaliti dia pun kita kena kenal untuk pastikan samada kita boleh serasi atau tak. Personaliti seseorang jugak mengambar perwatakan seseorang. Biasa la manusia ada macam macam personaliti  berbeza yang mungkin ada orang suka & tak suka.

Zaman sekarang serba canggih. Tak payah pakai geluk jampi nujum pak belalang boleh tilik macam macam perkara katanya. Dari laptop pun korang dah boleh melihat personaliti seseorang. Tapi macam mana nak tahu personaliti seseorang melalui laptop yang dia guna? Meh tengok kat sini >> Kini Anda Boleh Kenali Personaliti Member Melalui Jenis Laptop. Tak Caya, Baca Ni! << Kalau macam aku pakai pc jer macam mana gamaknya nak menilai personaliti aku? Sebab tak ada cara nak kenali personaliti pc user macam aku ni maka aku akan terus misteri. hahahahaha.

Moral of the story.. personaliti berbeza tak semestinya tak serasi. Kadang2 personaliti yang sama tu membuatkan seseorang tu jadi tak serasi sebab sering bersaing sesama sendiri. Kalau persaingan sihat ok la.. Tapi yang banyak berlaku bila persaingan tu di iringi dengan rasa dengki mula la berlaku khianat mengkhianati.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SUDAHKAH ANDA LAKUKAN PERKARA NI SEPANJANG RAMADAN?

6/15/2016 10:19:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

SUDAHKAH ANDA LAKUKAN PERKARA NI SEPANJANG RAMADAN? Sekejab je masa berlalu hari ni dah 10 ramadan. Dari segi masa, berpuasa sekarang memang tidak la mencabar sangat berbanding dulu. Dulu rasa masa macam panjang sangat sekarang alahai.. singkatnya masa sesingkat pemikiran manusia zaman sekarang. hikhikhik..


Sepanjang bulan puasa ni orang banyak cerita pasal juadah berbuka & bersahur, resepi kuih muih, resepi biskut raya, cerita pasal koleksi baju raya. Tu je paling meriah cerita dia sepanjang 10 ramadan ni. Almaklum la.. kita ni masuk je ramadan terus asyik fikir preparation nak raya je. Asal puasa je mesti fikir raya.

Sikit sangat la kita fikir pasal dosa pahala, pasal nak memperbaiki ibadat bagai apatah lagi fikir pasal 6 perkara ni walaupun perkara ni bukan perkara yang susah nak di laksanakan >> 6 Perkara Mudah Yang Orang Terlupa Atau Malas Nak Buat Sepanjang Ramadan << Almaklum la busy katanya. Banyak jemputan majlis berbuka puasa sana sini. Full pack dia punya jadual harian sampai dapur kat rumah pun tak sempat nak tinggalkan kesan tapak kaki. Balik rumah cari katil jer.

Jangan macam tu.. terutama blogger. Jangan kejar sangat jemputan berbuka puasa sepanjang ramadan ni. Tu tak termasuk lagi jemputan untuk mempromosikan baju raya dengan jenama retis bagai. Silap haribulan bulan puasa jadi lebih sibuk berbanding bulan bulan lain. Limit kan menerima jemputan tu. Luangkan masa di rumah nak2 lagi yang dah berkeluarga. Lebihkan masa bersama anak anak. Bulan puasa ni je kadang2 senang nak kumpul & makan sama sama. Tapi kalau bulan puasa pun dari Ahad ke Sabtu penuh dengan event tu ni.. Kesian mereka2 yang di rumah.

Kang ada pulak yang cakap aku ni jeles sebab tak dapat attend majlis2 macam tu.. Nak kata tak dapat tu rasanya aku tak pernah ambil peluang tu selama menjadi blogger. Buat masa ni lebih selesa berblog macam ni jer. Masing2 ada cara mereka. Ada yang suka present diri mereka di khalayak ramai ada yang suka privacy. Apapun berblog tiada syarat so itu semua pilihan masing masing.

Cuma tu la jangan berpada pada dalam buat sesuatu perkara sebab komitmen kita bukan hanya pada blog. Begitu juga yang menjadikan blog sebagai kerjaya & sumber pendapatan utama. Tetap perlu ada masa bersama keluarga.

Moral of the story.. Di bulan ramadan ni selain bulan merebut ganjaran pahala.. Bulan yang Allah ciptakan untuk mengeratkan silaturrahim & hubungan kekeluargaan jugak. Jadi jangan sia sia kan bulan penuh keberkataan ni dengan terlalu banyak masa berada di luar dengan program2 yang di anjurkan.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SESUATU TENTANG 'THE ROCK' YANG ANDA TIDAK TAHU

6/14/2016 11:43:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

SESUATU TENTANG 'THE ROCK' YANG ANDA TIDAK TAHU. The rock ni aku kenal dia dari zaman WWE sebab aku suka layan wrestling show kat TV dengan mak aku dulu. Zaman2 Undertaker yang menyeramkan.. Zaman Broker T yang aku tak suka tengok muka dia. Banyak jugak wrestler yang aku kenal dulu. Tapi sekarang wrestling macam tengok drama jer. Banyak membebel & aksi pun dah tak nampak real sangat. Berbanding dulu.. Memang rancangan wrestling ni takde drama2 kat atas stage bagai.


The rock ataupun nama beliau Dwayne Douglas Johnson bagi yang tak kenal beliau Dilahirkan pada 2 Mei 1972, namanya mula dikenali sebagai wrestler WWE yang memang susah nak dikalahkan. Sehingga Jun 2016, The Rock pernah memenangi 17 kejohanan dalam WWE, termasuklah 10 kali sebagai juara dunia dan beberapa lagi kejohanan yang lain. Memang champion la kiranya. Dengan tagline ‘If you smell what The Rock is cooking‘, The Rock mula mengorak langkah ke dunia lakonan dengan filem pertamanya sebagai watak teraju iaitu The Scorpion King pada tahun 2002.

Tu secara ringkasnya biodata The Rock. Mungkin ada yang kenal dia selepas dia menjadi pelakon hollywood so banyak perkara tentang The rock mungkin anda tidak pernah tahu. Aku yang kenal the rock dari zaman kegemilangan dia dalam dunia wrestling pun banyak jugak tak tahu tentang The Rock ni. Almaklum la.. aku hanya menonton dia kat TV jarang nak ambil tahu pasal life dia sangat.

Jadi tak pelik la kalau korang tak pernah tahu perkara ni yang berkaitan dengan The Rock >> Tentang The Rock Yang Membuatkan Ramai Rakyat Malaysia Tergila gila kan dia << Rupanya macam tu The Rock yer. Baca Artikel tu baru aku tau. Tapi nasib baik aku takde la tergila gila kan dia. Sekadar tahu je la kewujudan dia dalam industri hiburan dunia ni. Bagi yang tergila gila sangat The Rock hope dah kenal la serba sedikit siapa The Rock tu yer..

Apapun tak salah kita nak meminati seseorang selebriti tu cuma jangan terlampau fanatik nak2 yang datang dari barat sebab tak semua cara hidup mereka kita boleh ikut. Jadi berpada pada dalam meminati seorang selebriti agar kita tidak terpengaruh dengan budaya atau perkara yang bertentangan dengan ajaran agama kita.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI SOTONG MASAK KICAP LEKAT LEKIT

6/14/2016 10:08:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

RESEPI SOTONG MASAK KICAP LEKAT LEKIT. Aku memang suka share resepi mudah & simple sebabnya aku target budak2 yang baru reti masuk dapur nak belajar masak. Nak belajar masak menu berat2 sila ke blog cik mat gebu dapur tanpa sempadan yer.. Dia kategori chef blogger. Aku ni cuma blogger rojak yang ikut suka aku jer nak share apapun.


Jadi di bulan ramadan yang mulia ni.. Mungkin ada anak anak dara & teruna yang baru mendapat hidayah nak pegang senduk, sudip bagai.. Mesti nak test menu menu simple macam masak kicap ni. Jangan pandang hujung mata ok menu2 simple macam ni. Sedap mengalahkan makan kat hotel 5 stars katanya. Tapi kena tahu macam mana nak menyedapkan menu simple macam sotong masak kicap ni.

Tanpa membebel bebal panjang lebar jom la kita ke dapur lekatlekit. Sebelum nak panaskan kuali kena la tau bahan bahan nak masak dulu. Kang kuali dah panas bahan2 baru nak google memang ada yang kena lempang dengan senduk jugak. Bahan bahan untuk masak sotong masak kicap ni..

Sotong
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
kicap masin
sos tiram
sos tomato

Bahan kisar
Bawang besar sebiji
Bawang putih 2 ulas
halia

Kisar bahan bahan tadi. Lepas dah kisar. Panaskan minyak & masukkan bunga lawang & kulit kayu manis. Lepas tu simbah je bahan kisar tadi dalam minyak panas. Masak sampai naik bau sikit.. Masukkan kicap, sos tiram & sos tomato. Biar sebati sekejab masukkan sotong yang telah di cuci & di potong. Masak sehingga air sotong tu kering sikit supaya kuah tidak terlalu cair. Yang sedang sedang sahaja. Lepas tu masukkan hirisan bawang besar yang di potong bulat. Kalau suka cili masukkan hirisan cili merah. Masak sekejab kemudian boleh hidang.

Macam ni la rupa sotong masak kicap lekat lekit. Hitam pekat melekat katanya.

Tu dia punya simple. budak 8 tahun pun boleh masak katanya inikan kalau dah 18 tahun ke atas. Maaflah kalau entri ni di baca ketika di waktu tengahari di bulan ramadan yang mulia ni. Mungkin buat korang telan air liur yang tak berapa ada tu. Bukan niat nak gugat keimanan korang menahan lapar & dahaga sekadar berkongsi resepi mudah jer. Anggaplah dugaan di bulan ramadan.

Moral of the story.. Pada adik2 yang baru belajar masak tu selamat mencuba resepi mudah sotong masak kicap lekatlekit ni. Jangan trauma nak masak setakat terkena percikan minyak panas sesungguhnya perkara biasa bagi orang yang rajin memasak macam aku. hehehe

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIRAL PELAWAK ACAPAN PELUK ISLAM ADALAH TIDAK BENAR

6/13/2016 03:58:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

VIRAL PELAWAK ACAPAN PELUK ISLAM ADALAH TIDAK BENAR. Ni aku nak marah ni. Aku ni kira kategori yang tak percaya sangat la semua viral tapi tengok pada sumber jugak. yelah.. sebab sumber dari FB page pelakon terkenal Mustapha Kamal tu ingat dorang dalam industri hiburan tu takde la semborono nak sebar viral2 yang tak sahih. Rupanya page tu ada admin lain jugak yang mewakili Mustapha kamal. Sebab aku tersebar berita tak betul maka kena la betulkan balik.

Viral ini adalah palsu

Maka viral pasal acapan memeluk Islam tu dengan rendah hati aku memohon maaf kepada semua pembaca blog lekatlekit.com. Maka aku jadikan perkara ni satu pengajaran. Akan lebih berhati hati untuk menulis sesuatu berita tak kira la berita dari tv3 ke, admin page selebriti terkenal ke, pendakwah ke atau sesapa saja. Geram tau aku kalau tertulis cerita2 viral tak betul ni.


Sebagai blogger macam aku ni.. Memang aku menulis cerita,berita, isu2 semasa,gosip,dunia hiburan,resepi, review, produk, kosmetik,skincare bagai tapi bukanlah niat aku nak kejar traffic sampai tergamak tulis berita palsu. Tapi tu la sebagai manusia.. Kadang2 kita tertipu jugak. Jadi sebelum pengumuman tu di buat kat mana2 page berita rasmi tak payah la gigih sangat nak tulis yer lekatlekit. Kang tak pasal pasal kena carut.

Inilah dugaan ramadan gamaknya. Nak2 lagi yang berusia remaja macam aku ni. Mudah percaya khabar angin katanya hehehe.. Tu bagi yang muda remaja tapi dugaan berpuasa bagi golongan berusia 20an pulak lain. Nak tau apa dugaan berpuasa bagi peringkat umur 20an ni meh la baca kat sini >> Dugaan Berpuasa Bagi Golongan Berusia 20an & Tips mengatasinya << Walau setan iblis kena jailed.. Dugaan & ujian kepada kita masih ada.

Moral of the story.. Maaf kepada sesiapa yang terpercaya & terpedaya dengan entri yang aku tulis berkaitan pelawak acapan tu. Sesungguhnya aku cuma manusia biasa... Hanya mampu memohon kemaafan di kala termelakukan kesilapan. Ampunkan kami penunggu gua.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com