ATASI MASALAH BAYI KEMBUNG PERUT DENGAN MINYAK BEBE ANUGERAH

7.6.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

ATASI MASALAH BAYI KEMBUNG PERUT DENGAN MINYAK BEBE ANUGERAH. Antara kelengkapan yang perlu ada selain baju, diaper bagai.. adalah minyak baby. Sangat penting benda ni ada untuk menyambut kelahiran bayi baru. Takde istilah tak payah beli dulu.. tengok pada keperluan. Minyak angin untuk baby memang perlu dari bayi berumur 1 hari hingga mungkin 3 - 4 tahun. Yang 2 tahun ke atas tu mungkin la guna ikut keperluan tapi 2 tahun ke bawah tu normally di gunakan secara harian bagi mengelakkan bayi kembung perut.


Kembung perut bayi selalunya berlaku di sebabkan penyusuan yang tak betul. Penghadam susu yang tidak sesuai akan menyebabkan banyak gas terkumpul di dalam perut atau overtisimulated. Di sebabkan tu bayi akan kerap menangis kerana berasa kurang selesa. Kadang2 ada bayi yang menolak atau muntah kembali selepas di beri minum susu kemudian mula merengek & meragam. Ini jugak di sebabkan oleh perut dia yang kurang selesa


Bila anak menangis ni kita sebagai mak bapak memang akan jadi gelabah. Nak2 lagi menangis yang berpanjangan. Almaklum la baby dia bukan pandai nak bagitau kenapa dia menangis. Salah satu punca bayi menangis adalah masalah kembung perut la. Sapa yang pernah ada anak atau jaga baby ni tahu la kalau baby kembung perut menangis dia macam mana. Sebab tu la minyak angin bayi ni kena ada. Tapi bukan semua minyak angin bayi ni sesuai pada semua bayi. Ada yang menyebabkan keradangan kulit bayi sehingga menyebabkan kulit bayi jadi kemerah merahan. Mungkin terlalu banyak bahan kimia jadi memang tidak sesuai untuk bayi.


Jadi pada mereka yang bakal mempunyai baby atau yang mempunyai baby kat sini aku nak rekeman satu produk minyak angin untuk bayi iatu minyak Bebe Anugerah. Minyak bebe Anugrerah ni dah menjadi pilihan ramai ibu bapa. Boleh di gunakan kepada bayi baru lahir sehingga berumur 3 - 4 tahun. Tapi anak aku yang dah nak masuk 5 tahun pun aku sapu minyak bebe ni sebelum tidur. Nampak tidur dia lebih selesa & lena. Takde la asyik terjaga je. Mungkin selesa kot kot selepas di sapu minyak ni pada kaki,betis,perut & belakang badan. Maka tidur dia pun tak terganggu.

Untuk baca lebih banyak testimoni clik kat sini > Testimoni Minyak Bebe Anugerah <<

Minyak Bebe' Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut bagi membantu untuk tujuan seperti di bawah..

• Menghangatkan tubuh bayi,
• Melembab dan melembutkan kulit bayi.
• Menghindari bayi daripada kesejukan, kembung perut, angin pasang dan sawan angin.

Cara gunakan minyak ni pun senang. Hanya sapu kepada bayi ketika perlu terutama selepas mandi la. Normally memang kita akan sapu minyak baby ni selepas memandikan mereka untuk mengelak berlaku kembung perut. Selepas tu korang boleh tengok perbezaannya. Selain tu boleh jugak buat urutan ringan dengan menyapukan minyak bebe anugerah pada bahagian dada,perut,pinggang,punggung dan juga tapak kaki bayi. Insya Allah anak anda lebih selesa & dapat tidur dengan lena tanpa rengekkan, tangisan yang kerap atau berpanjangan waktu malam.


Harga sebotol minyak bebe anugerah ni tak mahal hanya RM15 (semenanjung malaysia) & RM20 (Sabah & sarawak). Berminat untuk mendapatkan Minyak bebe Anugerah ni anda boleh lawati :
website official http://www.anugerahwellness.com/index.php/minyak-bebe-anugerah.html
Facebookhttps://www.facebook.com/anugerahwellness

Jadi penting ibu bapa yang mempunyai anak kecil menyimpan minyak bebe anugerah ni di rumah untuk kegunaan harian bagi mengelakkan bayi kembung perut & sebagainya. Yang penting ia selamat & halal

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!