AWAL PERKAHWINAN RAMAI YANG TIDUR TAK BERTILAM

6/02/2016 02:01:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

AWAL PERKAHWINAN RAMAI YANG TIDUR TAK BERTILAM. Kalau nak di cerita kisah di awal perkahwinan setiap orang tak sama pengalaman dia. majoriti dari zaman mak bapak kita dulu takde dari hari pertama kahwin terus hidup senang lenang kecuali mereka2 yang berkahwin dengan pasangan yang berada & kaya raya atau time tu memang kewangan & kehidupan dia memang dah stabil. Tu rezeki masing masing la kan... Tapi Jodoh tu bukan untuk orang yang dah stabil je. Sebab Allah nak kita belajar dari susah baru kita boleh menghargai nikmat senang. Kalau dah celik2 mata tak pernah ada masalah hidup.. memang hilang nikmat hidup.

Sekadar Hiasan. Sumber Google

Walaupun ada yang kahwin tak pernah rasa hidup susah, naik perlahan lahan tapi sebenarnya ramai yang bermula dengan nothing to something. Bagi aku kalau mula2 kahwin &  hidup sendiri.. tidur tak bertilam tu perkara biasa sangat. Tak ada benda yang rare pun. Aku dulu masa mula2 kahwin pun tak berkatil bagai. Malah masa mula2 kahwin bukan hidup senang lenang cuma aku syukur la tak perlu berlapar atau tidur bawah jambatan. Masih ada rumah sewa yang boleh tinggal & masih ada makan minum untuk alas perut kalaupun masih tak mampu beli katil. Tilam pun tilam nipis ala2 toto jugak la. Bila fikir balik setakat baru2 kahwin tidur tak bertilam tu apalah sangat. ada orang sampai beranak pinak pun tidur atas tikar lagi. Pun dia tak rasa dia dah benar benar di uji.

Ada orang lebih hebat di uji di awal perkahwinan. Mungkin ada yang terpaksa ikat perut.. ada yang terpaksa meredah hujan panas sebab waktu tu hanya mampu pakai motor atau guna transport awam jer.. Sebenarnya banyak lagi dugaan orang lain yang lebih hebat berbanding kita cuma kita mungkin terlepas pandang & rasa ujian untuk kita dah cukup mencabar berbanding orang lain sebelum mengecapi apa yang kita ada sekarang.

Setakat tidur tak bertilam.. Aku tak rasa benda benda macam tu bukan satu kisah hebat sangat la. Perkara yang normal ramai orang hadapi. Setakat baru kahwin rumah kosong, takde katil tilam, rumah sewa pun kecik.. Tu perkara biasa je. malah aku rasa kisah awal perkahwinan aku di uji lebih dari tidur tak bertilam. Aku di uji fizikal & mental yang aku sendiri tak mahu ingat & ceritakan pada sesiapa. Tapi aku syukur berkat kesabaran & ketabahan yang aku ada.. aku mampu bertahan & bahagia bersama suami. Segalanya banyak berubah selepas lahirnya shahila, anak aku. Dari segi kewangan, kehidupan, kebahagian,ketenangan.. semuanya aku dapat lepas lahirnya shahila. Alhamdulillah.. Rezeki yang Allah janjikan.

Masa awal awal kahwin tu memang kewangan agak terbatas. jangankan nak bermewah2 hoenymoon & shopping kat tempat macam ni >> Inilah 6 Tempat Syurga Shopping Buat Kaum Wanita Di Korea <<  Duit pun time tu cukup cukup makan, bayar sewa rumah, duit tol & minyak pergi balik kerja. Nak shopping pun tak meriah macam sekarang la shoppingnya. Pendek kata cukup la tapi tak boleh mewah sangat.

Perkahwinan aku baru je berusia 6 tahun & aku masih tak berani nak bercerita perjalanan perkahwinan aku untuk di jadikan motivasi pada orang lain sebabnya aku tak rasa aku dah cukup di uji. Masih jauh perjalanan & entah apa yang bakal aku hadap. Tak tentu lagi aku kuat untuk hadapi. Jadi aku belum cukup hebat & layak nak berkongsi perjalanan kisah perkahwinan aku. Tunggu la sampai 20 - 30 tahun lagi. Kalau masa tu aku masih bergelar isteri pada orang yang sama.. Barulah aku rasa aku layak berkongsi kisah perjalanan perkahwinan aku yang penuh siku liku tu. Setakat setahun dua kahwin.. memang fasa yang semuanya masih manis walau hidup susah. Tunggu la 10 & 20 tahun lagi kalau Allah masih uji dengan kesusahan time tu la nak tengok kau hebat atau tak mempertahankan rumahtangga kau.

Bagi aku.. usia 6 tahun perkahwinan ni baru je melepasi fasa pertama.. Banyak lagi fasa fasa yang lebih menguji kesabaran & kesetian seorang isteri. Tak berani mendabik dada cakap aku boleh tepis semua ujian tu cuma sentiasa berdoa Allah sentiasa berikan aku kekuatan, kesabaran & kesetian dalam hati untuk pastikan rumahtangga yang kami bina sekarang kekal hingga akhir hayat.

Moral of the story.. kalau kita rasa kita susah ada orang lain lebih susah jadi sentiasa ingat kalau kita rasa kita melalui perjalanan hidup yang sukar masih ada orang yang lebih berliku perjalanan hidup dia. dari situ kita akan sentiasa rasa kita masih belum cukup hebat & bersyukur sebab ujian kita masih kecil berbanding orang lain.

P/S : Sebab tu masa wedding jangan membazir sangat. Mana yang tak penting budget tu simpan buat beli tilam katanya. Jangan majlis je grand lepas kahwin kena tidur atas tikar mengkuang. Macam aku lain la.. kawen pun semua budget. hehehe

4 comments:

  1. baru kwen mmglah semua takde lg..new life kan ?
    slow2 semuanya adalah nnti rezeki kwen kan?
    tidur atas toto pun ok what ..hehe

    ReplyDelete
  2. Nasib masing-masing tak sama. Betul tu kata Suria, jangan membazir sangat buat majlis grand. Bila orang tak nampak, tidur pun berlapiskan tikar mengkuang aje. Eh, ada lagi ke tikar mengkuang sekarang? Hehehe...

    Kadang bila kita dilanda musibah, kita rasa dugaan kitalah yang paling sukar padahal banyak lagi pasangan lain yang diduga lebih susah daripada kita.

    Nanti-nantilah ya Suria. Bila usia perkahwinan kita dah menjangkau 20 tahun ke atas, barulah kita kongsi-kongsi ilmu kat FB Kisah Rumahtangga tu ~_^

    ReplyDelete
  3. bahagian masing2 kan, tapi kebanyakan orang memanglah struggle di awal perkahwinan

    ReplyDelete
  4. Malam tadi perasan entry ni tapi tak sempat nak baca, lepas dah baca entry 'tilam' tu barulah ai faham pasal entry ni.
    Betul tu.. tunggulah selepas 10, 15, 20 tahun. Tengok macam mana flow perhubungan tu ke mana.
    Moga kita semua kekal bahagia hendakNYA.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com