DIKECAM ISU TIDUR ATAS TOTO,YUYU ZULAIKHA BAGI PENJELASAN

3.6.16 Suria Lekatlekit 11 Comments

DIKECAM ISU TIDUR ATAS TOTO,YUYU ZULAIKHA BAGI PENJELASAN. Rasanya kalau dalam dunia blog ni ramai la kenal dengan si comel Yuyu Zulaikha. Orang dia kecik molek jer.. Ni spesis2 aku jugak la tak membesar. Cuma beza dia comel & popular.. aku pulak comot & terpinggir sikit. Almaklum aku blogger ceruk rumah jer.. dia blogger retis.

*Awas! Entri ni banyak screenshoot yang panjang2 korang kena baca. Jangan komen kalau tak habis baca takut komen melalut ke langit ke tujuh katanya. hahaha*

Sumber gambar OhBulan

Sejak dia kongsikan kisah awal perkahwinan dia yang bagi dia agak susah sebelum dapat hidup selesa macam sekarang ramai yang kecam dia tanpa belas kasihan. Tak boleh nafikan dari pihak yuyu sendiri pun ada silapnya. Ni media sosial.. Kita kena ikut rentak media sosial la. Kita tak boleh harap semua orang memahami kisah perjalanan hidup kita dari permulaan. Kalau kita nak cerita apa2 pun kena detail. Tapi aku kesian la kawan2 & follower dia yang hanya bersetuju je dengan apa dia buat. Sorang pun aku tak nampak bagitau kat mana silap dia sampai berlaku kontroversi macam tu. Semua dok cakap orang dengki dengan dia. Kawan2 & penyokong macam ni la yang buat seseorang public figure tu sentiasa rasa diri dia betul dalam semua tindakkan yang dia buat & ambil. Kesian sangat kan dapat penyokong kaki jilat. Semua depa anggap orang dengki. Hello.. tak semua orang hadap populariti ok!

Komen aku macam biasa la.. Aku bukan penjilat sesiapa. Aku komen berdasarkan apa yang aku nampak berlaku. Aku bukan hater Yuyu Zulaikha malah aku selalu jugak komen2 kat post dia di FB. Tapi tak semestinya dia public figure dia sentiasa betul. Adakala dia jugak buat silap

Sebab cerita dia kongsikan mula2 pasal 4 bulan tidur atas toto masa mula2 kawen, rumah sewa murah & kecik, kosong tak ada sofa atau perabot.. Mesti la orang macam tak percaya. Dia punya wedding kemain grand.. siap ber helikopter lagi. Tu dari pertikaian ramai orang la. Aku tulis balik.. Sebab Yuyu lupa nak mention.. yang depa nampak grand tu semua sponsor jer. Jadi mungkin orang salah faham. Nak2 lagi dia blogger popular.. Job sana sini. Bukan job2 review macam aku ni. Semua kategori ikan bilis mak eloi eloi je. Dia job kategori ikan lumba mak ilai ilai katanya.. Logik la lepas kahwin TV pun takde. Tapi kesusahan awal perkahwinan tu bagi aku perkara biasa jer. Takde apa yang sedih sangat nak di cerita pada orang. Masing2 ada kisah hidup susah mereka sendiri semasa mula2 memulakan hidup bergelar suami isteri. Takat 4 bulan tidur atas toto.. small matter je.

Antara komen2 yang mengecam Yuyu. 

Jadi sebab dah jadi kontroversi Yuyu Zulaikha tampil menjelaskan semua kecaman terhadap dia di FB page dia semalam.. Panjang lebar dia punya penjelasan. Tapi aku ambil yang penting sudah la.. selebihnya korang baca sendiri kat post dia di FB..





Sila la hangpa baca penjelasan panjang lebar kemudian buat la kesimpulan yang terbaik hehehe. Nak baca versi penuh meh baca kat sini >> Yuyu Zulaikha <<

Sebagai public figure itulah risiko yang mungkin berlaku. Yuyu pun rasanya tak jangka benda tu akan jadi kontroversi tapi aku baca status dia kongsi kisah susah masa mula2 kahwin pun aku dah rasa pelik & rasa tak perlu cerita sebab kesusahan dia tu perkara yang ramai orang hadapi masa mula2 kahwin. Tak ada apa yang rare sangat pun sebenarnya. Ramai yang melalui malah ada yang lebih susah dari apa yang pernah kita lalui pun ada. Kisah Yuyu ni kisah biasa sangat cuma mungkin yuyu tak pernah rasa susah kot sebelum ni jadi dia rasa kesusahan dia masa mula2 kahwin memang patut orang tahu supaya menjadi motivasi & inspirasi tapi bila sampai pada orang lain.. Orang hanya mencebik.. alah susah macam ni pun dah rasa susah sangat ke? Biasa la.. setiap orang ujian dia tak sama sebab kemampuan kita semua berbeza. Nak tau kisah orang yang betul2 strugle untuk rumahtangga dia meh baca kat sini >> 3 Ibu Luar Biasa Ni Kongsi Kisah Diorang Struggle Dalam Rumah Tangga & Kerjaya. Salah Seorang Mempunyai Anak Autisme << Yang ni betul2 struggle punya. hehehe mungkin boleh menjadi inspirasi & motivasi kepada kaum wanita di luar sana.

Ni Original copy kisah yang Yuyu share kat FB dia. Dari kisah ni la yang buat di di kecam

Tapi cuma tak sangka isu wedding dia yang grand akan dikaitkan dengan status tu sampai di kecam. Dari situ aku lihat.. status dia tak di jelaskan dengan terperinci buat orang anggap dia cuba meraih perhatian dengan kisah dogeng hidup susah lepas kahwin sebab apa yang orang tengok dia hidup mewah tapi orang tak tahu semua tu cuma sponsor. Dalam status dia tu pun dia just cakap wedding dia guna duit sendiri sebab taknak bebankan suami.. Dia tak sentuh langsung pasal sponsor. Kalau aku pun akan fikir.. Kau berabis masa kenduri lepas tu kau nak touching 4 bulan tidur atas toto. Sebab kalau tak cerita siapa tahu, betul tak. Jangan anggap semua orang follow kisah kita dari awal.. Ada orang mungkin baru kenal dia lepas dia berkahwin. So perjalanan kisah wedding dia maybe orang tak tahu. Kang ada kata tak tahu jangan cakap!! Kau kena ingat ni media sosial. Kau ingat dengan warning macam tu depa nak heran. Depa tetap akan bercakap apa yang depa nampak.. Tak ramai yang rajin nak study kisah hidup seseorang dari mula sampai akhir. Jadi kita yang kena berhati hati nak kongsi apa2 cerita di media sosial sebab sangat mustahil untuk kita menyekat apa yang bakal orang cakap terhadap kita.

Moral of the story.. Rasanya pengeluar Tilam lepas ni kita involve dalam tajaan kepada bakal pengantin baru nak2 lagi orang popular. Supaya balance la.. Jangan wedding je grand dengan macam2 tajaan alih2 lepas kahwin jadi isu sebab tidur atas toto. hehehehe

11 comments:

  1. Alahai nampak beno kathy ketinggalan.. baru tau pasal ni pas baca entri sis..

    ReplyDelete
  2. Hmm.. Sbb tu susah ke senang tak payah nak sembang sangat... Kita senang org kata nak menunjuk... Kita susah org kata nak minta simpati... Jadi, senyap sudahhh.. Nak cerita, tulis kat diary dan biar anak2 baca satu hari nanti... Bila h tulis utk tatapan umum camtu kena terima la kutukn dan kritikan org lain... Betul kata kat suria... Tak semua org follow kisah dia dan siapa dia..

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan entry ni.
    Tak semua perkara kita boleh share, ai dulu pun pernah merasa tidur atas toto eh.. 4 bulan tu takdelah lama mana. Lainlah kalau 4 tahun..
    Apa-apapun moga penjelasan beliau dapat diterima oleh mereka yang tidak mengetahui kisah disebaliknya. Juga sebagai pengajaran buat beliau dan teladan buat kita semua dalam memberikan maklumat dalam media sosial.. ;)

    ReplyDelete
  4. erm..dah baca..lagi la akak rasa bertembah pelik..semua benda orang sponser..dari hujung kaki sampai hujung rambut..Pun masih mengaku susah...adoi..hahahah....lawak la budak ni..

    ReplyDelete
  5. Tapi masih rasa tak patutlah dia nak kongsi kisah tidur atas toto tu. Memang kena kecam ajelah. Walaupun akak ni tak pernah pergi blog yuyu ni dan tak tahu hujung pangkal kisahnya, akak masih rasa dia tak patut buat statement tentang susah lepas kahwin tu. Zaman sekarang ni orang nak hentam, takda alasan pun boleh tau!

    ReplyDelete
  6. Dh nama pn dia blogger terkenal..tkkn pasal wedding dia org tk terfikir.kot ye pn nk kecam org....haish la manusia....sifat irihati tu tebal sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya dia orang terkenal semua orang kenal & ikuti semua kisah hidup dia. Siti Nurhaliza pun bukan semua orang kenal inikan pula cuma seoarang Yuyu Zulaikha. Tak semestinya orang kritik tu dengki.. ubah la sikit mentaliti tu. asal kritik je confirm la dengki dengan kejayaan orang lain. Ingat orang terkenal tu tak buat silap ke

      Delete
  7. mcm2...tula semua bnda taleh nk share sgt...org ni xthu apa yg berlaku sbarnya...

    ReplyDelete
  8. Alamak akak. Siap buat entry. Hmm. Saya minta maaf kalau akak rasa saya rasa sentiasa betul. Niat saya cuma nak kongsi biasa ja, cuma cerita sikit, tapi sampai jadi macam ni

    Saya minta maaf kalau status sangat, buat akak rasa tak suka. Saya selalu dapat komen, saya hargai, dan saya juga selalu tengok FB akak. Mungkin boleh PM je 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan akak maksudkan Yuyu Anggap diri Yuyu sentiasa betul.. akak maksudkan follower Yuyu yang membetulkan semua perkara. Asal orang kritik cakap dengki. Normally follower orang terkenal ni memang macam tu. Maaf akak memang direct to the point. Akak bukan hater yuyu atau sesapa. Akak kalau komen pun memang terus terang. Kat blog pun sama..

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!