GAMBAR ANAK LELAKI HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN

5.6.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

GAMBAR ANAK LELAKI HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN. Perkara yang ramai orang tak sabar sabar nak tengok adalah gambar anak retis pujaan mereka. Kalau tak tunjuk ni meroyan peminat. Macam2 persepsi depa buat. Pasti kecaman & kutukan berbisa depa akan hamburkan tanpa belas kasihan. Extreme tak extreme pengamal media sosial sekarang korang fikirkanlah sendiri.


Walaupun tak berapa bagus sangat terlalu expose gambar anak anak kecil sekarang ni. Almaklum pedofilia berada di mana mana. Nak2 lagi yang suka upload gambar anak seksi meksi. Even kecik lagi ketahuilah golongan pedofilia amat sukakannya. Tak tau apa yang depa bayangkan tapi mereka kita sendiri tak sanggup bayangkan imaginasi depa bila gunakan gambar anak anak kita sebagai objek sex. Na'uzubillah.. seram aku bila fikir.

Tapi setakat nak tunjuk sekeping dua gambar muka anak macam pasangan selebriti Hanis Zalikha & Hairun Azreen ni rasanya tak ada masalah. Untuk tatapan peminat yang tertunggu tunggu nak tengok rupa bentuk muka anak depa. Putih gebu kulit si kecik Yusuf Iskandar ni. Macam kulit mak dia jugak. Subahanallah.. comel anak depa.

Yusuf Iskandar, Welcome to the world

Moga hanis & hairul menjadi ibu bapa yang kental & kuat walau terpaksa membahagikan masa antara kerjaya & rumahtangga seperti 3 ibu yang hebat ni >> Kisah 3 Orang ibu yang hebat dalam kerjaya & rumahtangga, salah seorangnya seorang artis yang mempunyai anak autistik << Semoga kisah mereka menjadi inspirasi & motivasi kepada pasangan yang baru bergelar ibu & ayah.


So, lepas ni tak meroyan dah la peminat depa. Dah tunjuk sikit tu ok la. Ingat yer para peminat kalau terserempak kat luar anak2 retis jangan nak dukung atau cium2 sangat anak orang. Bayi antibodi dia belum kuat.. takut terkena apa2 jangkitan pulak. Walaupun kita rasa kita sihat ketahuilah mungkin kosmetik kita pakai memberi kesan alahan pada kulit bayi.

Sebelum aku keluar berjimbaraya.. Di kesempatan ni nak ucap selamat menyambut bulan ramadan & selamat mengerjayakan ibadah puasa buat semua umat islam seluruh dunia. Moga kita terhindar dari di jangkiti virus gastrik pada bulan ramadan kali ni. Ampun maaf sekiranya sepanjang perkenalan  kita aku banyak menguris, merobek & melanyak hati2 hangpa dengan penulisan aku yang puaka niyang rapik ni. Sesungguh aku bukan sebaik baik manusia.. Insya Allah aku juga ingin menjadi manusia yang baik.

4 comments:

  1. selamat berpuasa sis. untuk elak gastrik jom ambik set puasa ya.

    ReplyDelete
  2. So, bolehlah start shopping raya untuk baby. Baju baby cantik-cantik belaka ^_^

    Dah berjimbaraya ke? Awal sangat ni. Last minutelah baru best!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!