SESUATU TENTANG 'THE ROCK' YANG ANDA TIDAK TAHU

14.6.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

SESUATU TENTANG 'THE ROCK' YANG ANDA TIDAK TAHU. The rock ni aku kenal dia dari zaman WWE sebab aku suka layan wrestling show kat TV dengan mak aku dulu. Zaman2 Undertaker yang menyeramkan.. Zaman Broker T yang aku tak suka tengok muka dia. Banyak jugak wrestler yang aku kenal dulu. Tapi sekarang wrestling macam tengok drama jer. Banyak membebel & aksi pun dah tak nampak real sangat. Berbanding dulu.. Memang rancangan wrestling ni takde drama2 kat atas stage bagai.


The rock ataupun nama beliau Dwayne Douglas Johnson bagi yang tak kenal beliau Dilahirkan pada 2 Mei 1972, namanya mula dikenali sebagai wrestler WWE yang memang susah nak dikalahkan. Sehingga Jun 2016, The Rock pernah memenangi 17 kejohanan dalam WWE, termasuklah 10 kali sebagai juara dunia dan beberapa lagi kejohanan yang lain. Memang champion la kiranya. Dengan tagline ‘If you smell what The Rock is cooking‘, The Rock mula mengorak langkah ke dunia lakonan dengan filem pertamanya sebagai watak teraju iaitu The Scorpion King pada tahun 2002.

Tu secara ringkasnya biodata The Rock. Mungkin ada yang kenal dia selepas dia menjadi pelakon hollywood so banyak perkara tentang The rock mungkin anda tidak pernah tahu. Aku yang kenal the rock dari zaman kegemilangan dia dalam dunia wrestling pun banyak jugak tak tahu tentang The Rock ni. Almaklum la.. aku hanya menonton dia kat TV jarang nak ambil tahu pasal life dia sangat.

Jadi tak pelik la kalau korang tak pernah tahu perkara ni yang berkaitan dengan The Rock >> Tentang The Rock Yang Membuatkan Ramai Rakyat Malaysia Tergila gila kan dia << Rupanya macam tu The Rock yer. Baca Artikel tu baru aku tau. Tapi nasib baik aku takde la tergila gila kan dia. Sekadar tahu je la kewujudan dia dalam industri hiburan dunia ni. Bagi yang tergila gila sangat The Rock hope dah kenal la serba sedikit siapa The Rock tu yer..

Apapun tak salah kita nak meminati seseorang selebriti tu cuma jangan terlampau fanatik nak2 yang datang dari barat sebab tak semua cara hidup mereka kita boleh ikut. Jadi berpada pada dalam meminati seorang selebriti agar kita tidak terpengaruh dengan budaya atau perkara yang bertentangan dengan ajaran agama kita.

4 comments:

  1. Suke lakonan die dalam the game plan. Cute je menari ballet.

    Salam ramadhan dan selamat berpuasa:)

    ReplyDelete
  2. saya peminat the rock!!zamn kegemilangan dia...klu ade mjlh de muka dia mesti beli

    ReplyDelete
  3. huhu..dlu dalam class bising dengan nama the rock jer..

    ReplyDelete
  4. minat juga tengok filem lakonannya, especially filem apa ek yg dia ada anak kecik tu. btw pasal kebajikan, artis barat mmg banyak duit kan dan selalu je buat kebajikan sampai juta2 sekali bagi. contohnya angelina jolie, oprah winfrey dan ramai lagi. memang kagum juga dengan depa dari segi itu. depa pun faham sedekah macam what u give, u get back.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!