11 MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ORANG SUKA MAKAN KAT MEJA KERJA

7/27/2016 08:28:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

11 MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ORANG SUKA MAKAN KAT MEJA KERJA. Masa kerja dulu aku pun selalu jugak buat perangai makan kat meja kerja aku. Nak2 lagi time pagi atau petang2 lepas waktu lunch walaupun tengahari dah belasah nasi campur bagai. Almaklum la kerja dalam aircon ni perut cepat lapar maka badan pun cepat la mengembang. Tapi zaman aku bekerjaya dulu tak mengembang jugak pun.. Tu yang best. Makan macam ada saka tapi badan maintain keramping sampai terpaksa minum susu weight gain. hahahaha


Sebenarnya yang bekerja dalam ofis ni memang takkan lari dari buat perangai makan kat meja kerja dia. Ada orang makan sebab dia tak sempat nak keluar makan sebab banyak kerja urgent nak di siapkan.. Ada orang pulak sebab tak ada kawan nak teman makan. Tu aku pernah buat. Nak2 lagi kalau kerja kat tempat yang kita satu2 nya staff.. Jadi tapau balik makan kat opis je la. Walaupun ada pantry tapi kadang2 sedap makan kat meja sendiri sebab sambil makan boleh sambil online katanya. Macam macam sebab la orang suka makan kat meja kerja ni.

Jenis2 yang suka makan kat meja kerja dia ni selalunya takkan mengaku 11 perkara ni selalu berlaku. Seboleh bolehnya dia akan menidakkan perkara tu atau menyembunyikan dari pengetahuan orang lain. Nak tahu apa rahsia yang orang suka makan kat meja kerja dia meh baca kat sini >> 11 Masalah Yang Orang suka Makan kat meja kerja takkan mengaku <<

Jadi yang suka makan kat meja kerja tu mesti ada kaitan dengan 11 perkara tu kan? Biasa la.. zaman serba mahal ni kadang2 bila keluar makan even dengan niat nak makan tengahari je boleh jadi macam2 perkara dalam perjalanan yang mungkin buat budget korang lari jauh tak sempat sampai hujung bulan. Syaiton nirrojim ni kadang2 menjelma dalam pelbagai bentuk bukan makhluk jer.. Kadang2 dia jadi barang tengah sale... dia jadi junk food yang menggoda & macam macam lagi la yang kita tak sangka. hehehehe

4 comments:

  1. saya suka jugak makan kat tempat kerja. so kena ambik portlah masalah tu kan

    ReplyDelete
  2. kalau kat sekolah ni masa lunch tak menentu..akk kalau pg2 selamba je bedal nsi..kang malam pulak baru jumpa nasi...kat sek selalu kami makan kat kantin je la..

    ReplyDelete
  3. dah lama x keje T____T tapi yg nombor 8-9 tu memang nampak azabedah sangat....hahaha

    ReplyDelete
  4. saya tak leh makan makanan berat kat meja..nanti satu ofis bau..huhu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com