9 KESILAPAN MENCUCI PAKAIAN PERLU ANDA TAHU SUPAYA TIDAK MENYESAL

7/25/2016 09:41:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

9 KESILAPAN MENCUCI PAKAIAN PERLU ANDA TAHU SUPAYA TIDAK MENYESAL. Baru2 ni kecoh pasal isu rumah retis nasyid yang dah masuk kategori 'frozen' tak ada mesin basuh. Konon katanya cara hidup dia memang tak sama dengan orang lain walhal ending dia.. hidup dia sebenarnya tak jauh beza dengan manusia zaman sekarang. Dia tak ada mesin basuh kat rumah tapi tetap cuci baju pakai mesin yang self laundry kat luar sana. Ceh! Ingat hidup macam zaman purba.. Beriya sangat la up statement rumah dia takde tu ni termasuk mesin basuh. Macam rare sangat la kan hidup dia.


Benda dah sejuk so tak payah cakap lagi pasal kisah mesin basuh tu.. Ada yang lebih penting dari cerita rumah retis tak ada mesin basuh yang kita perlu tahu. Sebagai surirumah tangga ni.. Kerja membasuh pakaian adalah salah satu rutin harian yang memang kena buat la kan.. Tak buat baju tu tak ada boleh pergi mandi & cuci diri dia sendiri. Zaman sekarang ni majoriti basuh baju guna mesin tak kira mesin basuh kat rumah atau kat luar yang kena masuk duit syiling tu. Zuhud mana pun orang sekarang ni tak ada mana nak menolak kemudahan.. Dah ada cara memudahkan kerja kau tetap nak hidup zaman batu sapa suruh, ye dak.

Tapi bila semakin canggih teknologi kadang2 menyusahkan balik. Kalau memberus secara manual normally masalah2 ni jarang berlaku. Sebab kita berus satu persatu kain baju kita. So takde la jadi bukan bukan berbanding guna mesin basuh ni. Main sumbat semua.. masuk air, masuk sabun pencuci tekan button start je pandai pandai la dia cuci dalam tu. Alih2 lepas siap cuci.. silap haribulan kena cuci balik atau pakaian yang kita cuci tu rosak. Sebabnya mungkin kita ada buat 9 kesilapan ni >> 9 kesilapan mencuci pakaian yang anda perlu tahu supaya tidak menyesal kemudian hari <<

Apa yang perlu kita tahu.. walaupun mesin basuh memudahkan kita untuk mencuci pakaian tanpa perlu menggunakan banyak tenaga tapi bukan semua pakaian atau kain boleh di cuci menggunakan washing Machine ni. Nak basuh guna mesin basuh ni bukan boleh sumbat jer semua pakaian atau kain kotor.. Ada jenis kain yang tak boleh bercampur dengan pakaian lain, ada jenis kain tak boleh dry clean.. Kalau kita beli pakaian pun kat label baju tu pun dah mention.. sesuai atau tak dry clean atau boleh ke tidak campur dengan pakaian lain. Jadi jangan la nak mudahkan semua perkara akhirnya menyesal tak sudah.

Moral of the story.. Mesin basuh zaman sekarang satu keperluan. Walaupun tak ada kat rumah.. Tapi kemudahan mencuci baju guna mesin memang bersepah kat luar sana sebab ramai yang memerlukan. Tak payah nak rasa kau Islamik & alim sangat la hidup tanpa mesin basuh kat rumah padahal gaya hidup kau sebenarnya lebih moden dari orang lain. Islam pun tak menyusahkan umatnya so tak payah acah2 kena hidup menolak teknologi & kemudahan sangat padahal kau pun Guna self laundry.. aku pun tak pernah guna. Yelah.. aku reti guna mesin basuh kat rumah je atau nak basuh selimut tebal2 yang tak muat masuk mesin basuh aku baru hantar dobi. hehehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com