AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB TIRUAN

22.7.16 Suria Lekatlekit 6 Comments

AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB TIRUAN. Produk yang laris memang berisiko ada tiruan. Produk yang mendapat permintaan tinggi hingga keluar negara seperti Singapore, Brunei, Thailand, Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan India tak hairan la ada yang cuba nak ambil kesempatan untuk buat keuntungan. Almaklum la kalau produk yang bagus, berkesan & harga yang berpatutan memang la menjadi permintaan ramai. Nak nak lagi minyak herba asma mujarab ni. Bukan sahaja mempunya berbagai fungsi malah boleh di gunakan oleh semua golongan dari bayi hinggalah ke warga emas.


Bagi yang tak tahu Minyak herba asma mujarab ni minyak di hasilkan oleh seorang warga tua di sebuah kampung yang mengamalkan perubatan tradisional asli. Minyak herba asma mujarab ni di gunakan untuk merawat masalah semput,lelah,asma,batuk,kembung perut,sakit perut,luka,terkena gigitan serangga atau haiwan berbisa,sakit gigi,terseliuh & banyak lagi la. 

sebenarnya banyak fungsi minyak herba asma mujarab ni. Aku dah guna sebelum ni. Contoh sakit gigi.. Aku sapu je minyak ni bahagian luar tempat sakit gigi.. jangan korang pergi tuang dalam mulut pulak sebab minyak ni untuk kegunaan luar sahaja. Tunggu sekejab. Lepas tu sakit gigi tu beransur hilang. Suami aku gastrik memang bila gastrik menyerang tu aku sapukan je minyak kat bahagian perut dia yang sakit, Alhamdulillah mampu la memberi kelegaan sementara. Untuk anak kadang2 kembung perut, sakit perut... Biasa la budak.. pun aku sapu minyak ni jugak. Sebagai seorang ibu ni kadang2 banyak benda nak fikir jadi stress. Bila stress mula la rasa kepala sakit.. Pun aku sapu minyak ni jugak. Bulan puasa lepas tak semena mena tangan aku jadi gatal gatal macam alergik sesuatu.. Aku try jugak sapu minyak ni. Sebab minyak ni bila di sapu dia akan bagi kesan macam berangin & sejuk. Benda tu mengurangkan rasa gatal jugak. Tu pengalaman aku sendiri yang guna. Memang aku sendiri rasa setiap rumah perlu ada simpan minyak herba mujarab ni lebih2 lagi yang ada anak kecil. Kita sedia maklum kanak kanak ni mudah jatuh sakit.. Jadi kena stanby jugak untuk rawatan sementara di rumah. Lagipun botol dia kecik senang di bawah. Boleh sumbat je dalam handbag. Senang nak bawa pergi travel kemana mana.

Testimoni pengguna

Sebenarnya banyak lagi testimoni yang anda boleh baca sendiri tentang kebaikkan minyak herba asma mujara ni. Kalau nak tahu lebih banyak testimoni boleh baca kat sini >> Penawar Anak Anak Semput,Lelah, Asma Dan Batuk Hingga Muntah Muntah <<

Sebab minyak herba asma mujarab ni mampu merawat banyak masalah & berkesan mereka berdepan dengan lanun lanun yang mencetak rompak produk mereka. Kalau menggunakan bahan & cara pembuatan yang sama tak apa la jugak. Ni dah la entah apa2 bahan dia guna.. selamat ke tidak..Malah kesan selepas penggunaan minyak herba asma tiruan ni jugak tidak sama seperti yang original. Menurut aduan pengguna yang terbeli produk tiruan, katanya memang tak berkesan langsung dan bau minyak herba asma mujarab tiruan ni macam bau asap rokok walhal kalau yang asli memang bau dia sedap sangat & berangin je kalau sedut bau dia tu. Sebab tu kalau hidung tersumbat ke kita letak kat hidung dia boleh melancarkan pernafasan kita dan kerana tu jugak minyak ni di hasilkan untuk orang yang mengidap asma & semput. Kalau yang tiruan boleh nampak sifat minyak ni berwarna jernih, cair dan kurang berangin.

Jadi untuk mengenal pasti yang mana tiruan & yang mana asli meh sini aku nak bagi guidelines sikit.. Kalau dulu Minyak herba asma mujarab yang tiruan.. seal dia berwarna merah tapi yang asli @ original berwarna hijau. Kat situ boleh nampak perbezaannya...boleh rujuk gambar di bawah


Mungkin sebab cara penipuan macam tu dah terbongkar.. Mereka tukar strategik. Guna Seal warna hijau yang seakan akan sama seperti yang original tapi kat ruangan nombor untuk di hubungi di lekatkan sticker seakan akan hologram yang tertera nombor telefon. Yang tu pun tiruan jugak. Boleh rujuk pada gambar.

Palsu
Asli

Sebab dah banyak produk tiruan maka pihak pengeluar minyak ni telah menaik taraf sistem keselamatan produk mereka dengan menampal sticker hologram seperti dalam gambar di bawah..

Yang sampai kat aku adalah seperti berikut.. Ada sticker hologram di belakang botol minyak herba asma mujarab. Kat sticker tu ada tulis Herba Asma Mujarab beserta di bawahnya tertera no siri.

Cara paling mudah untuk anda pastikan minyak herba asma mujarab ni bukan tiruan adalah.. Lihat di belakang botol minyak ni ada sticker hologram macam ni..


Lepas tu untuk lebih kepastikan anda boleh scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website rasmi minyak herba asma mujarab. 

Cara cara nak scan QR code di hologram produk

Atau boleh rujuk video ni untuk mengenalpasti produk Minyak herba Asma Mujarab tiruan atau original


Jadi berhati hati sebelum membeli minyak herba Asma mujarab supaya anda tak terbeli yang tiruan. Yang tiruan kita sedia maklum kandungan bahan dia tak terjamin.. Kalau tak berkesan je ok lagi buatnya dia bagi kesan sampingan yang memudaratkan dah jadi penyakit lain pulak. Jadi penting untuk kita pastikan Minyak herba asma mujarab ni asli sebelum membeli.

Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh layari http://herbaasma.com/ Atau facebok mereka https://www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma/ & boleh hubungi Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner) atau En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran).

6 comments:

  1. better dapatkn drp penjual yg diiktiraf

    ReplyDelete
  2. bhya skrg ni...kejap je produk2 baru ada tiruan

    ReplyDelete
  3. Pastikan ORI baru beli ya...
    Berminat boleh msg/wasap 012-2887468
    http://www.herbaasmaori.com

    ReplyDelete
  4. saya baru beli - 10 ml
    tutup botol warna silver

    ReplyDelete
  5. okey..dh kenalpasti minyak herba asmak asli dgn tiruan..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!