KISAH RUMAH SEWA BERHANTU TAMAN MAHSURI, JITRA KEDAH

28.7.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

KISAH RUMAH SEWA BERHANTU TAMAN MAHSURI, JITRA KEDAH. Mood seram dah kembali katanya. Maka bermula la episod memburu kisah kisah seram serata negeri di Malaysia. Kalau rasa budget lebih nanti terbang jauh sikit buru hantu luar negara. Tapi untuk kali ni sebab ekonomi rakyat Malaysia pun tak berapa stabil dengan bebanan GST & kenaikkan harga barang sampai nak makan ikan sardin tin pun terpaksa beli yang paling murah. Brand2 yang selalu keluar TV tu memang bukan kategori mampu makan dah sekarang. Boleh bocor poket katanya kalau makan ikan sardin tin kerap kerap zaman sekarang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Op's.. termelalut cerita pasal ikan sardin pulak. Ok ok.. kita ke topik asal cerita pasal sebuah rumah sewa yang katanya terletak di Taman Mahsuri, Jitra kedah sana nu.. Sebab dekat dengan polimas maka taman perumahan kat situ menjadi sasaran bebudak poli yang tak dapat hostel menyewa secara berjemaah. Yang dapat rumah di bawah lindungi kaabah tu ok la.. Tapi yang dapat rumah ada penghuni yang orang tak nampak tu la nak jadi bahana.

Alkisah seorang bekas student poli ni cerita balik pengalaman dia menyewa kat rumah sewa berhantu di Taman Mahsuri, jitra kedah. Dia menyewa dengan dengan 8 orang pelajar yang lain. Rumah tu ada 3 bilik tapi bebudak lelaki ni apa dia kisah sangat pasal bilik. Depa tidur bersepah je. Janji ada rumah dah cukup. Menurut cerita budak tu yang sekarang bukan kategori budak dah.. Maybe dah jadi bapak budak sebab peristiwa tu berlaku pada tahun 2005. Dia kata masa dia menyewa kat situ tiap2 malam dia dengar orang mandi tapi sebab dia rasa ada kuasa mistik dalam rumah tu so dia anggap maybe ada budak2 serumah yang mandi sampai pada satu petang ni. Dia baru habis kelas bengkel. Kena pulak haritu aktiviti menyusun batu bata. Sebab dia letih sangat haritu dia tak join la kawan2 lain keluar makan. Bebudak ni jenis dekat nak senja baru nak keluar cari makan. Jadi dia lepak2 kat rumah sambil tengok tv. Masa tengok tv dia terlelap. Tetiba dia rasa macam ada orang buka pintu depan. Sebab dia ingat kawan2 dia dah balik, so dia buat tak tau je la. Lepas tu dengar orang mandi.. pun dia tak layan sebab dia tak fikir bukan bukan. Tapi bila dia terfikir kalau kawan2 dia dah balik kenapa tak dengar bunyi enjin motor depa barulah meremang bulu roma katanya. Time tu dia tido2 ayam dah.. tapi nak buka mata dia takut. Tapi dalam takut2 dia beralih pandang kearah pintu tapi pintu tertutup je. Kunci dia yang tersangkut kat tombol pintu tu pun tak berusik bermakna pintu tu masih terkunci. Baru dia nak bangun tetiba ada satu suara sergah dia. Apa lagi berdesup dia lari lepak luar rumah. Bunyi orang mandi tu pun memang sah bukan kawan2 dia sebab tak ada sorang pun dah balik masa tu. Cuma dia sengsorang je dalam rumah. Siapa yang mandi??? Jeng jeng jeng...

Lama jugak dia lepak kat luar rumah tunggu kawan kawan dia yang lain balik. Tapi dia tak pernah ceritakan pada depa kisah tu sampai la depa semua pindah rumah barulah dia buka cerita. Rupanya bukan dia sorang yang kena sakat dengan 'makhluk' tu malam semua yang menyewa kat situ kena cuma masing2 tak cerita jer. Mungkin tak nak buat kawan2 lain panik. Tu la spesis lelaki takut macam mana pun memang kental simpan rahsia katanya. Ada yang lagi teruk kena sakat

Antara kisah kawan kawan dia yang kena sakat.. kisah kawan pertama
Malam tu katanya semua letih & nak tidur awal. So masing2 dah tak nak tengok tv. Tambah lagi esok harinya tu depa ada ujian. Masing2 nak cukup tidur untuk hadapi ujian esok. Kawan yang pertama ni bilik dia dekat dengan bilik air. Dia paling awal tidur malam tu. Siapa berdengkur katanya, Letih sangat la tu.. Ceriat dia tengah sedap tidur tetiba rasa macam ada sesuatu yang dok panjat kaki dia. Walaupun lelaki risau jugak kot2 ada orang nak meragut teruna ke maka dia pun buka mata. Sekali dia nampak kelibat perempuan rambut panjang tengah merangkak dari hujung kaki dia nak naik ke atas badan. Dengan muka pucat ada kesan darah kat muka siap usya baik je tepat ke muka budak tu sambil dok tayang gigi taring dia. Budak tu dah panik tapi nak menjerit suara pun tak keluar tapi dia cuba jugak baca alfatihah & tutup mata. Bila dia buka mata benda tu dah hilang. Esok pagi semua kawan2 dia perasan muka dia pucat tapi dia tak cerita apa yang berlaku.

Cerita kedua pula berlaku masa depa ni dah habis cuti. Kawan kedua ni dia tinggal tak jauh dari tempat belajar. Orang alor star jugak. Jadi petang tu dia paling awal sampai ke rumah sewa tu. Sampai pun pukul 7.30 malam.. memang time2 syaitan iblis berpesta katanya. Bila dia paling awal sampai so dia lepak2 dulu tengok tv sambil tunggu yang lain sampai. Nak di jadikan cerita tengah layan TV tetiba rasa nak berak pulak. So kalau hajat dah sampai tak elok simpan lama lama. Maka dia tutup TV pergi la tandas. Masa dok melepaskan hajat tu tetiba dia dengar TV terbuka. Macam biasa la dia ingat kawan2 dia dah sampai. Dah selesai berhajat & beristinjak katanya keluar dari tandas. Masa keluar dari tandas dia nampak cahaya dari TV tu sekejab ada sekejab tutup. Sebab rasa pelik & tak puas hati kenapa TV on off tak pepasal dia pergi tengok. Sekali yang dok tengok TV seorang nenek tua elok jer bertinggung depan tv sambil dok main on off TV tu. Dah sapa pulak buang nenek kat rumah sewa depa.. Tapi sebab dia rasa tak sedap hati maka dia lari keluar ikut pintu belakang. Bila dia pusing balik mengintai dari pintu depan nenek tu dah tak ada. Apa lagi terus kunci rumah & balik rumah family dia. Nasib baik dekat kalau jauh tak tau mana dia nak bermalam.

Selebihnya yang kena sakat cuma lebam2 & di tindih masa tidur. Cuma 3 dari 8 orang ni je di sakat agak extreme. Nasib baik la tak ada sapa yang kena histeria. Almaklum la budak lelaki.. Kalau budak perempuan confirm ada yang terjerit2 tengah malam dah. Kalau sampai tunjuk rupa tu kira agak berpuaka la rumah tu. Confirm yang pernah terkena gangguan macam tu tak berani nak tidur dalam gelap. Trauma katanya. Nak2 lagi kalau duduk rumah berpuaka macam tu & tengok cerita seram ni >> Kisah Seram Ni akan buat Anda Akan Trauma Berada Dalam Gelap << Confirm hidup anda akan sentiasa di selubungi misteri. Hanya yang berani je boleh tengok cerita2 macam tu.

Moral of the story.. Tak percaya pun benda2 macam ni memang wujud cuma pada tuan rumah kalau dengar selalu sangat rumah yang anda sewakan pada orang ada gangguan macam tu buat la sesuatu untuk membersihkan rumah anda sebelum menyewakan pada orang. Jangan aniaya penyewa dengan biar je penyewa manusia berkongsi rumah dengan penyewa yang tak nampak. Boleh kacau bilau hidup dengan makhluk ghaib dalam satu rumah ni.

4 comments:

  1. Fuhhh!! nasib baik x baca entry ni malam2...tapi nape baca time siang pon cam seram2 ni...nyampah...hahaha...tapi kire pembersih gak ar antu tu kan...asyik mandi je keje nye...kikiki

    ReplyDelete
  2. Kadang kadang bila kita penat sangat, tido pulak nak dekat maghrib mmg macam macam benda kacau....Sama ada mmg betul betul hantu atau cuma ilusi kita ....Hanya Allah yg tahu.

    ReplyDelete
  3. Rumah mana erk sbb sy pn dok taman mahsuri jitra gak...haha

    ReplyDelete
  4. alamak rumah dah sewa area to . apa no rumah erk ? bahaya ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!