RAHSIA DI SEBALIK GAMBAR 'NO FILTER' & 'NO EDIT' YANG CANTIK

23.7.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

RAHSIA DI SEBALIK GAMBAR 'NO FILTER' & 'NO EDIT' YANG CANTIK. Sekarang ni dengan macam2 aplikasi yang mencantikan wajah manusia tak perlu susah payah nak makeup atau buat plastic surgery macam retis korea membuatkan ramai manusia cantik di media sosial. Kalau rupa tak lawa jangan risau nak masuk contest selfie bagai.. Sebab aplikasi yang ada dapat membantu ada semua. Cuma perlu snap & win je. Dulu aku pun tak tau gambar yang dah di edit atau menggunakan aplikasi camera boleh guna untuk masuk contest selfie ni. Kalau aku tau dah lama aku join. hahahaha.. Bila tengok ada orang yang boleh menang dengan gambar selfie yang dah di edit atau menggunakan aplikasi camera.. Baru aku tau penyertaan macam tu di benarkan. Almaklum la aku ni kadang2 ada jugak perangai lurus macam pembaris. Yelah.. dah nama contest ingat depa nak pilih yang original cantik bukan hasil susuk2 moden guna aplikasi & editing ni. Rupanya contest sekarang dah tak kisah pasal tu. Asal cantik,menarik dan kau memang da'bomb sudah.


Tapi kecanggihan teknologi smartphone sekarang dah tak perlu aplikasi camera. Standard camera yang ada tu pun dah auto edit muka hangpa jadi lawa. Tak payah cakap smartphone Huawei yang baru tu.. Camera dia siap boleh buat effect bokeh bagai. Dah macam DSLR camera dia. Samsung Galaxy S4 Zoom aku ni pun dah include dengan setting yang mencantikkan gambar. Tak payah nak bazir space install 360 camera atau beauty camera dah. Standard camera pun memang dah elok apatah lagi guna mode2 yang tersedia dalam camera tu. So, tak pelik la kalau orang cakap gambar No Filter pun tetap lawa. Sebab camera tu dah filter siap siap.. Yang no filter sebenarnya kau tengok muka kau dalam cermin. Cermin memang tak filter jerawat ke, pori muka ternganga ke hapa. Seketoi2 dia tunjuk kat kau supaya kau sedar diri katanya. hahahaha

Sebab sekarang ni orang nampak macam susah nak beza gambar yang dah edit atau guna aplikasi camera dengan gambar yang tanpa editing atau No filter ni. Kecuali orang2 yang memang arif la. Kalau korang memang terer meh teka antara 15 gambar ni yang mana tak filter @ edit dengan yang dah filter @ edit >> Ramai Orang Gagal Meneka 15 Gambar ni Yang mana Filter & No Filter. Kalau Anda pandai Sila la Jawab <<

Jadi kalau lepas ni orang upload gambar dengan caption No filter tu tak payah teruja sangat la. Sebab camera smartphone sekarang memang mampu buat orang nampak cantik walau tanpa edit atau filter. Kalau nak tau orang tu natural beauty ke tidak kena tengok sendiri depan mata. Gambar2 zaman sekarang ni memang majoriti tak ada yang original sangat termasuk la gambar aku. Kalau tengok live mungkin ada yang baca ayat kursi nak halau jin katanya.. Padahal yang dok depan mata depa tu sebenarnya Suria Lekatlekit hahahaha.

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!