RONASUTRA FACE WASH 4 IN 1 PENYELESAIAN MASALAH JERAWAT, KULIT BERMINYAK & KERING

7/16/2016 11:15:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

RONASUTRA FACE WASH 4 IN 1 PENYELESAIAN MASALAH JERAWAT, KULIT BERMINYAK & KERING. Tak habis habis dengan masalah kulit 2 musim aku ni kan. Kang ada yang tak tahu pulak macam mana kulit dua musim ni. Kulit dua musim ni kulit wajah yang sekejab kering sekejab berminyak. Sebelum ni aku terpaksa guna dua jenis pencuci muka. Bila kulit berminyak aku guna Garden Of Eden Mild cleanser, bila kulit kering aku guna Bio Essence 24k Gold cleaser. Dua2 tu kira membantu la skin aku yang tak consistent ni. Bukan apa kalau berminyak nanti mudah berjerawat & kalau kering pepaham je la. Nampak macam mengelupas. Bila pakai bedak nampak macam berkerak je.Nak kena apply pelembab dulu.


Walaupun tak banyak review pasal produk Ronasutra face wash 4 in 1 ni tapi sebab aku pernah & masih guna kosmetik Ronasutra yang kita sedia maklum, Ronasutra berasaskan mineral yang sangat sesuai untuk orang yang berkulit sensitif & mampu mengurangkan pembiakkan jerawat. Memang sejak guna kosmetik ronasutra memang tak menyebabkan jerawat. Atas dasar kepercayaan pada produk Ronasutra ni maka aku rasa yakin la nak try face was 4 in 1 ni.

Pertama kali apply memang akan rasa kesan dia di mana kulit jadi lembut & licin. Yang best sebab di ada 4 fungsi.. Ada pelembab, toner, boleh di gunakan sebagai make up remover & dah tentu sebagai pencuci wajah yang boleh mencerahkan kulit kalau consistent guna. Kalau jenis spesis malas nak pakai macam2 produk skincare.. Dah cukup rasanya cuci muka guna Ronasutra ni. Lagi satu nak cuci dia tak payah nak basahkan muka.. pump je atas tapak tangan dia akan keluar dalam bentuk buih tu terus je sapu ke muka. Gosok2 sekejab sampai sebati dengan kulit boleh terus pergi bilas dengan air je. Memang boleh rasa kulit jadi lembab macam pakai toner jugak. Kalau ada kesan makeup tu memang face wash ni mampu mencuci bersih walau mascara yang waterproof sekalipun. Yang paling best face wash ni memang tak pedihkan mata. Kau gosok je seluruh muka tanpa was was. Tak macam facial foam yang lain.

Ronasutra face wash 4 in 1. SLS Free. Mengandungi zaitun &  extrak fucoidan. Berfungsi membersihkan wajah, membersihkan kesan make up, melembabkan & melembutkan kulit & mencerah. 

Selepas sebulan lebih aku consistent guna memang kulit jadi normal. Tak kering tak berminyak & tak berjerawat jugak. Kulit pun nampak lembab. Aku ni jenis kalau datang musim malas memang apa2 cream pun aku tak pakai. Setakat cuci muka jer.. Tapi dengan Ronasutra face wash ni Alhamdulillah.. rasa kalau tak pakai cream2 rawatan atau kecantikkan lain pun dah cukup menampung & merawat kulit aku. Yang penting aku dah tak perlu pakai 2 cleanser lagi macam tu sebab masalah kulit yang tak consistent sekejab kering sekejab berminyak. Dengan face wash ronasutra menyelesaikan kedua dua masalah tersebut.

Cara guna dia cuma perlu pump atas tapak tangan kemudian usap seluruh muka sehingga buih tersebut bertukar menjadi toner yang membuatkan muka korang nampak glowing,lembut & licin. Kemudian cuci dengan air. Gunakan 2 kali sehari. Pagi & malam.

Harga yang aku beli RM40 (100ml) dari salah seorang dealer online. Kalau kat luar mungkin di jual dengan harga HQ RM40++.. Jadi pandai2 la survey kalau nak dapat harga murah. Kalau ada yang jual harga lebih murah boleh hello2 aku hehehe.

Jadi pada yang pemalas nak tenyeh macam2 skincare kat muka atau yang ada masalah kulit berminyak,kulit kering,kulit kusam,berjerawat boleh cuba Ronasutra face wash 4 in 1. Insya Allah.. Di jamin puas hati.

1 comment:

  1. Hi Lalalekit. Saya pengguna setia produk ronasutra jgk. Sy slalu beli kat Lazada produk ronasutra. sbb kat Lazada, ada harga diskaun, lps tu klau beli kat apps Lazada guna kad debit/credit, tambah lagi diskaun 10%. N kalau guna kod voucher Lazada pulak, tambah lagi diskaun. Kadang-kadang tu sampai RM20 diskaun saya dapat. Jimat kot.
    btw, yg diskaun 10% guna bank tu depend pd hari. klau sabtu n ahad, bank cimb. kalau hari rabu maybank. gitulah. sy slalu beli hari sabtu ahad sbb sy ada kad debit cimb. hehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com