AMEZ CARE BIO HERBAL SANITARY PAD MELEGAKAN SENGUGUT & KEKEJANGAN KETIKA HAID

26.8.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

AMEZ CARE BIO HERBAL SANITARY PAD MELEGAKAN SENGUGUT & KEKEJANGAN KETIKA HAID. Kalau dah di lahirkan sebagai perempuan sampai masa dia akan ada hari di mana di gelar ABC (Allah Bagi Cuti). Bila tiba hari ABC tu para perempuan memerlukan benda ni. Kalau tak ada benda ni confirm la meleleh2.. melekat kat pakaian. Jadi benda ni di ciptakan untuk menampung keperluan wanita ketika ABC.


Satgi dok cakap ABC ada jugak yang tak paham. ABC tu ketika haid atau period timela. Time tu kan Allah bagi cuti dari melakukan beberapa kewajiban sebagai orang Islam. Masa period ni kita sedia maklum la.. Ia berdarah. Kadang2 boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan kalau aliran darah tu keluar banyak. Sampai orang duduk sebelah pun boleh bau. Kalau pakai pad (tuala wanita) yang tak memenuhi ciri2 keperluan seorang wanita ketika datang haid.. bukan saja boleh menyebabkan berbau malah boleh mengalami kebocoran sehingga melekat kat tempat kita duduk. Jijik jugak la kalau benda tu berlaku, kan.

Kat sini aku nak perkenalkan satu produk tuala wanita yang mungkin boleh menyelesaikan masalah berbau & bocor ketika haid. Amez care Bio Herbal Sanitary Pad namanya. Nama pun betapa nak bagitau dia melindungi wanita semasa haid. Amez care Tuala wanita berasaskan herba. Aku dah cuba dia berbau macam green tea & bila pakai akan dapat rasa dingin & sangat selesa di dalam. Kesan dingin & bau wangi  tu bertahan jugak la sampai kita cuci. So, di sebabkan dia berbau Green tea yang menyegarkan jadi dia dapat menyahkan bau bau hanyir darah haid tu. So masa period tak payah risau sangat nak duduk dekat orang kalau pakai amez care pad ni..


Tuala wanita ni di hasilkan dengan bahan bahan seperti lavender, pudina, ekstrak tumbuhan teh, minyak chamomile bukan sahaja memberi kesegaran & keselesaan semasa haid malah membantu melegakan sakit (senggugut), mengurangkan kembung, dan membendung kekejangan semasa haid jadi sekaligus dapat membendung mood tak baik yang selalu di kaitkan bila perempuan datang haid. Yang jadi stress & nak marah2 tu bukan apa.. Bila rasa sengugut & kekejangan terutama di bahagian bawah perut masa haid mempengaruhi mood kita orang perempuan ni. Bila simtom2 tu tak ada masa datang bulan, Insya Allah mengurangkan stress so takde la rasa nak marah semua orang. Aku ni nak kata sengugut sangat tak la.. Tapi masa nak period tu ada jugak la kejang bahagian bawah perut tapi lepas guna pad ni terasa jugak perbezaan sebab period bulan ni tak ada rasa apa2 pun sampai habis. Jadi aku akui keberkesanannya dalam perkara tersebut. hehehehe


Di datangkan dalam 3 bentuk iatu overnight sesuai untuk ketika aliran haid banyak, day sesuai untuk ketika aliran haid dah nak habis & pantyliner ni untuk kegunaan harian la. Memastikan bahagian sulit wanita sentiasa selesa, segar & bersih. Dalam Amez care sanitary pad ni jugak mempunyai Nano Silver, Ion Negatif dan Inframerah di mana benda2 ni untuk memastikan bakteria tidak menghingapi bahagian sulit anda. Jugak berfungsi memastikan kitaran haid anda stabil. Dengan penggunaan Amez Care Herbal Sanitary Pad ni mampu menghindarkan bahagian sensitif anda di jangkiti bakteria atau virus.

Pantyliner dia pun lebar. Cukup tutup keseluruhan underwear tu. Ada pantyliner jenama lain dia punya memang tak lebar. Bila bergerak dia lari2 dari posisi. Yang ni tak payah risau di muat tutup kat celah tu. Boleh guna bila dah hujung2 period masa aliran dah setitik dua tu.

Dari pengalaman aku sendiri guna Amez Care Bio Herbal Sanitary Pad ni.. Memang sangat selesa sebab ia tak tebal. Takde la rasa macam pakai pampers kan. Ada pad yang jenis tebal tu.. Serius cakap rasa macam tampal roti jer kat situ. Tak best langsung. Amez Care Pad ni pun ada wing tau untuk overnight & day pad. So tak payah risau kalau bergerak pad tu lari dari posisi asal. Jenis yang suka pakai pakaian ketat melekat tu takde la nampak berbonjol sangat bila pakai pad ni. Dia memang nipis & mampu menampung aliran haid yang keluar.

Jadi pada anda yang rasa nak cuba Amz care Bio Herba Sanitary Pad ni boleh beli kat sini Amez Care Bio Herba Sanitary Pad. Jangan risau harga dia tak mahal.. lebih kurang harga tuala wanita yang di jual kat pasaran je. Serius! aku tak tipu ok!

So kaum wanita.. hapuskan persepsi masyarakat perempuan period selalu moody. Lepas guna Amez Care Bio Herbal Sanitary Pad ni Insya Allah perkara2 yang buat anda moody setiap kali period akan beransur hilang. Anda akan ceria setiap kali datang bulan katanya. hehehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!