BEDAZZLE DIAMOND SERUM SUSUK BERLIAN MENUKAR MAKCIK JADI REMAJA

9.8.16 Suria Lekatlekit 5 Comments

BEDAZZLE DIAMOND SERUM SUSUK BERLIAN MENUKAR MAKCIK JADI REMAJA. Bila dah masuk zon remaja lanjut usia ni kan.. masing2 sibuk la dok cari produk nak mengekalkan keremajaan kulit. Biarlah umur meningkat angka bersama waktu tapi yang penting kecantikkan, keanjalan, kemudaan wajah tu paling mesti kekal sweet seventeen. Biar bila jalan2 orang sibuk minta ic ingat budak tak cukup umur jalan sorang2 tanpa pengawasan ibu bapa katanya. Tu dia.. melampau sungguh kau nak nampak muda sampai nak nampak macam budak belum akil baligh pulak. hahaha


Siapalah tak nak cantik,muda & remaja walau umur dah di pinggir kubur kan? Sapa tak bangga orang asyik tak percaya je bila kita cakap umur kita dah masuk senja nan merah. Tapi nak kekal awet muda ni kena la jaga makan, jaga kulit & jaga segalanya. Kena la rajin pakai produk2 kecantikkan yang ada untuk memastikan kulit anda sentiasa bersih,sihat & cantik. Baru la kekal remaja hingga ke liang lahat gitu. hehehe

Bagi yang nak maintain muda.. Meh ni nak perkenalkan satu susuk berlian moden yang kalau nak pakai tak payah nak pergi cari bomoh susuk bagai. Korang sendiri boleh bomohkan susuk ni sendiri. Tak payah nak baca mentera pelik pelik.. baca bismilillah.. selawat 3 kali.. terus pakai je susuk ni. Senang.. tak ada unsur syirik atau khurafat walau dia di panggil susuk berlian katanya. Sebab susuk ni dah di formulasikan dalam bentuk serum menggunakan bahan bahan semuladi yang selamat & berstatus GMP. Lulus KKM & ujian klinikal, tidak mengandung bahan terlarang & Diiktirafkan sebagai Worldwide Muslim Product. Kena bagitau awal awal supaya orang tak was was. Baru la rasa confident nak baca review kalau awal2 dah tahu produk ni terbukti selamat.

Tayang dulu testimoni pengguna. Tu dia bila makcik kembali berwajah remaja Uolls.. 

Bedazzle diamond serum menggunakan Formulasi Rahsia Berlian untuk merawat & mengatasi masalah pada kulit wajah. Ia menggunakan teknologi nano Diamond & berasaskan air untuk membantu meningkatkan penghidratan pada wajah. Selain tu ia jugak mempunyai vitamin untuk wajah.

Selain untuk awet muda.. Bedazzle diamond serum ni jugak berfungsi jugak untuk

❄️Memutihkan kulit
🍩Tidak Berminyak
🔬Mengecilkan Liang Roma
💃Anti Penuaan
🌝Merawat Jerawat 
🍎Anti Kedutan
🏇Mengenyalkan Kulit
💧Melembabkan Kulit

Bukan tu je fungsi dia.. ada lagi beb! Ia jugak untuk yang ada masalah jerawat, pori terbuka @ besar, kulit kusam, hitam bawah mata, garis2 halus pada mata. Jadi yang ada masalah tersebut memang di syorkan cuba diamond serum ni. Juga mampu mengecutkan jerawat dengan cepat. Yang paling penting ia sesuai untuk orang yang jenis berkulit sensitif. Insya Allah.. dengan izin Allah ia mampu mengatasi masalah kulit wajah anda. Ada jugak yang aku baca testimoni katanya mampu menyesaikan masalah sunburn. Salah satu perkara yang menakutkan kaum wanita kalau pergi kelaut jadi atasi dengan Bedazzle diamond serum.


Sebab muka aku ni banyak sangat pori2 yang tersenyum mesra sampai aku sendiri nak senyum tengok muka kat cermin pun tak boleh sebab nampak buruk je kalau tak touch up jadi aku try test tengok la keberkesanan serum diamond ni untuk masalah pori di muka aku ni. Untuk seminggu cuba diamond serum ni tak ada drastik tapi nampakjugak la liang roma & pori tu semakin tertutup malu berbanding sebelum ni dia ramah mesra sangat kat muka sampai tuan punya muka pun jadi malu. Takpe aku akan teruskan pemakaian sehingga bertukar seperti kulit baby baru lahir katanya. Tu dia tinggi harapan katanya. hehehehe

Produk ni sangat sesuai untuk golongan yang sibuk mengalahkan isteri perdana menteri sebab dengan serum ni korang tak perlu pakai banyak produk sangat. Sesuai dengan gaya hidup anda yang sibuk memanjang tu. Atau perempuan yang malas tapi nak cantik. Kau malas nak tempek2 cream siang malam pagi petang tu kau guna je la Bedazzle Diamond Serum ni. Tak payah banyak sangat produk nak guna pun kau boleh cantik dengan gaya hidup pemalas tu katanya. hehehehe.

Cara guna dia sangat mudah.. Cuma pump serum ni hujung jari kemudian letak kat muka & sapu ke seluruh muka & kemudian tab2 kat muka yang dah sapu diamond serum tu. Jangan risau serum ni tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah. Untuk kesan yang cepat sila gunakan 2 kali sehari. Pagi & malam. Apply selepas cuci muka ok!

Boleh tengok tutorial cara nak apply Bedazzle Diamond Serum kat video ni. Dia bagitau step by step cara betul nak pakai.

Kesan bergantung kepada kulit korang jugak.. Anda yang mendapat kesan seawal 3 hari.. ada yang perlu ambil masa lama sikit. Cuma perlu consistent guna, Insya Allah keberkesanannya akan nampak jugak. Macam aku selepas seminggu baru nampak kesan tapi bukan kesan yang drastik la. Mungkin faktor kulit jugak kot dia lambat bagi tindakbalas. hehehe

Kalau berminat nak cuba boleh hubungi 010 8410092 atau untuk lebih info boleh layari

5 comments:

  1. makin cung lah makcik lepas ni. hehehe

    ReplyDelete
  2. best best..suami2 patut beli utk si isteri, takyah tunggu isteri bersiap lama2 hahaha

    ReplyDelete
  3. sy pn dh terjebak ni guna bedazzled..setakat ni xpnh missed lg tepek before tido...bgn pagi rasa tegang je kulit muka..best! ^_^

    ReplyDelete
  4. Setakat ni lom ada lagi mintak ic...harap lps ni ramailah yg mintak ic nak tengok umur akak lps pakai Bedazzle ni..hehehe

    ReplyDelete
  5. yey.. the best serum stkat ni.. jom cantik sma2.. :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!