BERPURDAH TAPI MATA TETAP DI SOLEK SEKSI & MENGGODA

28.8.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

BERPURDAH TAPI MATA TETAP DI SOLEK SEKSI & MENGGODA. Sekarang nampak berniqab atau berpurdah dah macam jadi satu fesyen pulak. Ramai dah orang pilih berniqab tapi tak ramai yang berniqab dengan niat yang betul. Maaf la aku memang tak layak nak cakap pasal aurat sebab aku pun belum sempurna cuma aku tertanya tanya je apa fungsi niqab kalau seorang perempuan itu masih nampak menggoda kaum yang berlawanan jantina?


Sebabnya aku tengok ada antara mereka berniqab ni walau tutup sampai nampak biji mata & kening jer.. Dia punya berhias kening & mata dia kemain cantik & menggoda sampai aku pun tergoda. Yelah.. even dia berniqab tapi dia masih nampak fashionista & seksi gitu. Serius nampak cantik sangat solekkan yang menyerlahkan mata dia tu. Tak perlu kau nak pakai gincu merah ang ang bak kata orang kedah.. dia tunjuk biji mata tu dah seribu kali lebih cantik dari muka aku ni hahahaha. Tapi aku tak tujukan pada mereka yang berniqab untuk photoshoot atau selfie yer... Aku tujukan buat mereka yang memilih berniqab secara kekal tapi masih menyerlahkan kecantikkan mata dengan kaedah solekkan.

Bila tengok fenomena macam tu tetiba tertanya.. Apa motif dia berniqab & apa motif dia solekkan mata dia sampai nampak menggoda & mungkin mengundang nafsu seksual orang lain? Berniqab ni rasanya tak wajib sebab muka bukan aurat. Tapi sebolehnya aku tak nak la sentuh bab aurat sebab aku sendiri pun belum sempurna. Kang jadi kecaman pulak. Cuma aku tertanya tanya golongan yang berniqab ni.. Walaupun bukan semua tapi boleh nampak semakin ramai yang berniqab macam satu trend fashion jer.. Tak ke nampak hipokrit macam tu. Kau nak menutup kecantikkan dari pandangan lelaki yang mungkin berimaginasi nakal & bernafsu buas tapi kau berhias sakan kat mata sampai menyerlahkan kecantikkan & nampak menggoda orang yang tengok kau berniqab pun jadi confuse jugak.

Sebagai perkongsian dengan semua. Selebihnya baca kat sini DRMAZA.com

Bukan apa kesian golongan yang berniqab yang betul2 nak menutup kecantikkan dari pandangan mereka yang bukan mahram tapi bila muncul golongan yang menjadikan niqab sebagai fashion seolah olah mempalit tahi kepada mereka2 yang berniqab dengan ikhlas & cara yang betul. Tak salah pun berniqab.. Yang jadi salah cara anda gunakan niqab tu. Kalau rasa tak bersedia untuk berniqab dengan niat betul.. Rasanya tak perlu la pakai kot. Buat golongan yang masih mencari hidayah macam aku ni confuse je. Niqab di Malaysia satu fesyen atau untuk menutup kecantikkan dari pandangan lelaki yang tak sepatutnya?

Moral of the story.. Dugaan zaman sekarang bagi golongan berniqab adalah selfie & upload gambar. Nak2 kalau ada smartphone ni >> Smartphone Photography Ni Buat Anda Sentiasa Rasa Nak Ambil Gambar << Jadi mungkin sebab teknologi smartphone dengan fungsi camera yang semakin canggih masing2 berlumba nak tunjuk kecantikkan dari gambar membuat Iman seorang wanita berniqab ni jugak tergugat. Tu yang jadi walau berniqab tetap pandangan mata dia nampak seksi dengan solekkan yang menggoda. hehehe

P/S : tetiba teringat iklan produk D'herbs terlajak laris yang menampilkan seorang wanita berniqab dengan solekkan mata menggoda sehingga menawan hati ramai lelaki.. Tetiba bila dia bukan niqab gigi dia agak berserabut & mancung. Ramai orang marah iklan tu seolah2 mempersendakan golongan berniqab tapi apa yang di tonjol memang segelintir mereka berniqab masih nak nampak menggoda walau hanya dengan solekkan mata. Betul la apa yang iklan tu tonjolkan dengan apa yang berlaku sekarang. hehehe

1 comment:

  1. Pernah juga isukan hal macam ni... Sama gak geng berniqab tapi galak dok selfie gedik kat ig...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!