FEMININE WASH PERMATA SUNTI AIRCON UNTUK ALAT SULIT WANITA

17.8.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

FEMININE WASH PERMATA SUNTI AIRCON UNTUK ALAT SULIT WANITA. Kita orang perempuan ni memang segala sudut kena jaga.. Almaklum la perempuan banyak sudut2 sensitif yang perlu penjagaan rapi. Kalau tak jada boleh menyebabkan jangkitan kuman seterusnya mendapat penyakit yang mungkin boleh merosakkan kesuburan tu. Sebab tu kena jaga sebelum berlaku perkara perkara yang tak di ingini nak nak lagi kat tempat2 sulit & tertutup seperti di bahagian Miss V.


Dalam nak jaga Cik Puan V (kemaluan) kita tu bukan boleh main guna je sebarang produk. Kena hati hati jugak pilih produk. Jangan dok nak ketat metat sampai hilang fungsi Cik Puan V kita. Langsung tak boleh guna.. Lagi haru biru unggu kelabu asap bagai. Jadi dalam penjagaan Cik Puan V kita yang sentiasa tersorok & terperam kat dalam tu.. Pastikan anda menggunakan produk yang selamat & berkesan.

Salah satu produk yang anda mesti cuba dalam penjagaan Cik Puan V anda tu adalah produk Permata Sunti. Nak tau kenapa kena guna produk ni.. Takde la suka suka je guna tanpa ada khasiat & kebaikkanya, kan. Terutama yang ada masalah keputihan yang banyak sampai kena pakai pantyliner. Bila masalah keputihan ni berlaku auto ada ada masalah kegatalan kat situ. Bayangkan la gatal.. nak garu kat tempat2 ada orang memang tak boleh. Azab Ooo.. bila rasa merenyam2 kat tempat tu. Ada jugak yang jadi alergik kat situ terutama bila makan seafood... Jadi Permata sunti feminim wash untuk wanita yang ada masalah2 yang di sebut. Tak payah terkepit2 lagi bila rasa gatal melampau kat bahagian sulit tu.


Selain untuk yang mempunyai masalah keputihan sampai kena tukar pantyliner 3 kali sehari, ia jugak untuk mereka yang baru lepas melahirkan anak. Almaklum la.. beranak kot. Mesti ada kesan koyakkan kat bahagian Cik Puan V kita ye dak. Feminim Wash Permata Sunti ni jugak boleh mempercepatkan luka sembuh & bercantum tanpa menyebabkan kegatalan kat bahagian sulit. Jadi yang baru lepas bersalin kalau nak luka cepat sembuh elok guna Permata Sunti ni.


Ada jugak pesakit kencing manis yang mengalami kegatalan kat bahagian sulit dia.. Katanya 10 tahun dok tanggung seksa gatal kat situ. Lepas dia guna Permata Sunti ni.. Terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh bila masalah gatal2 tu dah hilang. Alhamdulillah semua berlaku dengan izin Allah.

Yang ni para2 suami isteri memang suka.. bukan sekadar merawat kegatalan, keputihan bagai ia jugak berfungsi  menguatkan otot dalaman.. Yang mana yang longgar macam biskup hup seng kena rendam dalam air milo tu.. mengelebeh & terngaga. Almaklum la dah beranak pinak katanya.. dah berapa manusia keluar kat situ kan. Jadi atasi masalah longgar & tak tegang kat bahagian Cik Puan V tu dengan feminine wash Permata Sunti ni. Insya Allah mampu mengembalikan malam pertama anda bersama suami. Aipp.. ni bukan cerita sex. Benda ni salah satu faktor untuk kebahagiaan rumah tangga jugak. Jadi kena jaga betul2, hokay!


Secara ringkasnya feminine Wash permata sunti ni sangat berkesan untuk masalah seperti
- Merawat Masalah Kewanita Dengan Cara Paling Mudah
- Merawat keputihan & bau  yang kronik pada bahagian kemaluan wanita
- merawat kegatalan & luka akibat melecet
- mengetatkan otot dalam wanita selepas bersalin
- memberi rasa kering & selesa juga nyaman di bahagian sulit

Kenapa ia berkesan untuk semua masalah tersebut? Sebab permata sunti Feminine Wash ni di hasilkan dengan bahan bahan seperti ekstrak pati pinang muda  manjakani, ekstrak sireh, akar serapat, kacip fatimah
dan gabungan herba terpilih yang bertindak sebagai antiseptik semulajadi untuk semua masalah dalam wanita. Kita sedia maklum bahan bahan tersebut menjadi amalan sejak turun temurun nenek moyang kita zaman dulu cuma zaman dulu tak di formulasi dalam bentuk feminine wash la. Kena buat secara manual terus dari bahan - bahan tersebut. Tapi zaman dah moden.. semua bahan2 semulajadi yang baik untuk kesihatan dalaman wanita tu di permudahkan dalam bentuk feminine wash. Takde la berkerak sangat kan Cik Puan V kita tu.


Produk ni aku dah guna. Memang lepas cuci dengan Permata Sunti terasa energy macam anak dara sunti gitu. Bukan apa bila kita rasa bersih, rasa segar, Tak ada sebarang kegatalan dan sebagainya mempengaruhi mood & semangat kita untuk buat apa saja. Nak2 lagi lepas cuci dengan permata sunti ni rasa macam aircon je kat dalam. Sejuk sebab produk ni memberi memberi kesan dingin selepas kita guna. kau bayang duduk dalam aircon di musim panas macam mana. Gitu la rasanya. Almaklum la Cik Puan V kita ni bukan kawasan yang terdedah. Dia sentiasa tertutup & terperap. Kalau tak jaga & tak cuci dengan pencuci yang betul boleh jadi belengas & rasa tidak selesa nak2 musim panas ni. hehehe


Banyak testimoni pengguna yang mengakui keberkesanan feminine wash permata sunti ni. Termasuk pengasas produk ni sendiri jugak berkongsi rahsia bagaimana produk dia boleh jadi viral dalam masa sebulan. Formula asal produk ni adalah dari seorang ibu di bandung Indonesia. Walau umur dah dekat seabad tapi dia punya energy macam anak dara katanya. Bila buat kerja rumah tak mudah letih. Dialah yang berkongsi ramuan. Katanya Wanita bila rahim sihat maka luarannya jugak akan nampak sihat & cantik tapi kalau rahim tidak sihat maka ia jugak akan memberi masalah kepada seluruh anggota badan yang lain termasuk wajah. Maka pengasas dia menghasilkan produk ni. Jadi kesimpulan menjaga kesihatan dalaman tu lebih penting.. berbanding luaran sebab kalau dalaman sihat luaran juga akan cantik.

Cara penggunaan dia pun senang. Cuma picit sedikit atas tapak tangan kemudian gosokkan di bahagian alat sulit. Lepas tu tunggu 2 minit baru cuci. Tak perlu guna banyak gel dia.. sebab sedikit pun dah cukup berbuih banyak. Sebab tu 100ml pun boleh tahan lama.


Produk ni selamat & ada kelulusan KKM (No Ruj : NOT 151104337 K) & ada status GMP & IMP dan mesra wuduk dengan harga yang mampu milik iatu RM65 (semenanjung Malaysia) & RM70 (sabah/sarawak). Harga tidak termasuk kos pos.Kalau berminat nak cuba Permata Sunti Boleh Whatsapp ke nombor 019 4884682

2 comments:

  1. Botol dia nampak cantik je. Memang attract sangat untuk orang beli..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!