GAMBAR KANAK KANAK MENIRU GAYA DS NAJIB & DS ROSMAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

8/30/2016 04:52:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

GAMBAR KANAK KANAK MENIRU GAYA DS NAJIB & DS ROSMAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN. Hari ni nampaknya ramai dah mula on 'mood holiday' katanya. Kat news feed pun nampak traffic tenang jer. Mak bapak & guru2 pulak mula menayang costume anak2 untuk sambutan hari kemerdekaan. Semua comel2 belaka dengan baju menggunakan corak jalur gemilang. Almaklum la budak2 sarung apapun tetap kecomelan mereka tidak terhakis katanya hehehe. Tapi beza dengan sepasang kanak kanak ni. Depa lari dari costume tipikal dengan corak jalur gemilang tu.. Depa meniru gaya Perdana Menteri Malaysia & isteri sebagai costume untuk sambutan hari kemerdekaan..


Tadi dok scroll news feed kat Instagram terjumpa satu post yang share gambar kanak kanak lelaki & perempuan bergaya ala2 Dato Seri Najib & Datin Seri Rosmah. Siap Nametag tu.. Alahai.. comel pulak depa. Aku cakap bebudak tu yang comel, hokay. Alahai.. Idea sapa gamaknya yer... Lagi comel kalau tiru gaya bapak kemerdekaan sebenar bukan bapa kemeranaan rakyat malaysia sekarang. hikhikhik...

Esok adalah hari sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke...?? cer teka.. cer teka.. Mesti ada yang tak tau & tak ingat kan? Alah apa susah .. 2016 -  1957 dapat la jawapan dah berapa tahun Malaysia merdeka dari penjajah. Tapi kalau tahun bila merdeka pun tak tau memang tak dapat la jawapan kan.

Klon Dato Seri Najibb & Datin Seri Rosmah Paling Comel Tahun ni hehehe. Kalau kat Facebook guna application ni >> 10 Anugerah Yang Anda Boleh Bagi Kepada Kawan Anda Di Facebook << Maybe dapat award icon fashion la kot hehehe

Apapun sekarang ni nampaknya semangat patriotik tu dah semakin kurang di kalangan rakyat Malaysia. Kalau dulu nak sambut merdeka kat kampung pun boleh nampak kemeriahan bendera malaysia di pasang sekarang ni memang suasana tak macam dulu lagi. Mungkin sebab kerajaan pemerintahan sekarang yang buat rakyat rasa macam hidup di zaman jajahan dengan kos sara hidup tinggi, cukai sana sini.. Maka semangat patriotik tu dah semakin kurang.

Walaupun kita tak setuju dengan pemerintah sekarang tetap kita kena sayang negara kita. Jangan marahkan pemimpin bendera Malaysia di bakar sebagai protes. Jalur gemilang adalah maruah negara Malaysia. jangan di pijak2 atau di aibkan.. Tak suka pemerintah sekarang nanti PRU kau gunakan kuasa kau sebagai rakyat. Jangan kena umpan dengan Berim kau dah jadi longlai. hehehe

Selamat Hari Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia. Semoga Kita Memerdekaan hati & diri kita dari di jajah budaya & bahasa. Hehehe

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com